Kejadian pelik, namun itulah kejadian yang telah berlaku di Slim River, Perak. Seorang kanak-kanak mengadu sakit di tapak kaki selama 2 minggu sebelum doktor mengambil keputusan untuk jalankan pembedahan kecil keluarkan rambut.

Seorang doktor mengalami pengalaman pelik sepanjang karier selama 12 tahun apabila terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan sehelai rambut pada tapak kaki kanan seorang kanak-kanak, di Slim River, Perak.

Menurut Pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE), Dr Hanafi Yahya, pada 11 September lalu, dia didatangi sebuah keluarga dari Sungai Siput, Perak bersama kanak-kanak yang berusia lapan tahun untuk menerima rawatan.

Katanya, kejadian yang berlaku kepada kanak-kanak terbabit bermula pada malam pertama ketika keluarga kanak-kanak itu berpindah ke rumah baharu.

Dua Minggu Mengadu Sakit

“Selama dua minggu kanak-kanak itu mengadu sakit pada tapak kaki kanan menyebabkan ibu bapa kanak-kanak terbabit datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

“Saya dimaklumkan rambut yang terdapat pada tapak kaki kanak-kanak terbabit boleh bergerak menyebabkan saya berasa pelik memikirkan bagaimana sehelai rambut yang lembut dan halus boleh masuk ke dalam tapak kaki kanak-kanak terbabit,” katanya.

Baca Juga Di sini:

IKLAN

Rambut Pun Dia MAKAN, Kantoi BILA Doktor Terjumpa 7KG Gulungan RAMBUT Dalam Perut

Rambut Panjang 6 Meter,TAK PERNAH Potong & Cuci Selama 64 Tahun!

Untuk info lebih menari, klik saja di sini. 

IKLAN

Lakukan Pembedahan Kecil Keluarkan Rambut

Jelas Dr Hanafi lagi, dia juga terpaksa melakukan pembedahan kecil kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan rambut sepanjang 1.5 sentimeter.

“Inilah pengalaman pertama dan pelik saya hadapi sepanjang karier saya terpaksa mengeluarkan sehelai rambut dalam tapak kaki manusia.

IKLAN

“Syukur selepas rambut itu dikeluarkan pada tapak kakinya, kanak-kanak terbabit sudah dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan normal kembali,” katanya.

Menurutnya lagi, sampai sekarang dia masih tertanya-tanya mengenai kejadian terbabit dan baginya apa yang berlaku adalah kuasa Tuhan.

MW: Kisah ini membuatkan kita terfikir bahawa setiap apa yang berlaku adalah atas ketentuan Allah. Walaupun seperti tak logik diterima akal tetapi jika Allah berkehendakkan ia berlaku, ia tetap berlaku.

Sumber: myMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI