ayah anak ramai

Bila baca cerita ayah anak ramai ini rasa kagum, bukan sebab jumlahnya ramai tetapi teruja dengan cara dia uruskan anak yang umurnya lebih kurang dan masih bersekolah!

Bayangkan saja macam mana ayah ini kejutkan anak dan uruskan anak-anaknya dalam aktiviti harian. Ya, mungkin sedikit riuh tapi inilah rezekinya. Allah bagi sebab Allah tahu yang dia dan isterinya mampu.

Nak tahu macam mana saudara Baharuddin Mohamed handle anak-anaknya, ikuti perkongsiannya…

Anak saya sembilan orang. Lapan darinya dah bersekolah. Setiap hari mula lima pagi jam loceng dah bunyi. Tapi tak dikejut tak bangun, semuanya tidur mati.

Korang bayangkanlah lapan orang dah macam asrama dah riuhnya kat rumah. Tiap hari macam tu. Paling besar tingkatan lima paling kecil tu kelas pra-sekolah.

Cara Uruskan Anak Sekolah

Masa pagilah waktu yng kritikal. Masa tulah ada yang belum siap kerja sekolah, masa tu hilang buku, masa tu baru teringat cikgu suruh bawa barang tapi belum dibeli.

Itu belum masuk, acara wajib menanggis kurang-kurang 10 minit sebelum masuk bilik air mandi.

IKLAN

Dua tiga orang jadi pengawas. Pengawas kena sampai sebelum jam 6.50 pagi. Jadi yang lain kena siap dan hantar sebelum jam 7. Kalau lewat kena denda seringgit.

Akaknya menjerit macam tarzan suruh adik-adik siap cepat.

Hantar ke dua sekolah, satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Gotong royong dengan isteri, saya hantar sekolah menengah dan isteri hantar sekolah rendah.

Tapi biasanya bawa satu kereta je hantar semua. Kalau viva muat, hantar pakai viva je. Tapi saya ada naza 7 set. Kalau tak muat lagi lepas ni saya beli bas persiaran.

IKLAN

Isteri Tak Kerja

Tiap hari isteri saya ambil anak-anak dari sekolah 14 kali ulang alik. Apa tidaknya sekolah jadual lain-lain. Yang ini keluar dan yang itu baru masuk. Sekolah agama sebelah petang lagi. Belum masuk hantar untuk latihan kawat, siapkan kerja kumpulan sebelah petang. Mana ada masa… nasib baik isteri tak kerja.

Itulah rutin saya #AyahRamaiAnak.

Ragam Anak Tak Sama

Apa ragam anak-anak anda ?

IKLAN

Anak saya ramai. Tiap-tiap hari ada je ragam mereka.

Ragam1
Pagi-pagi bunyi shower je. Tapi rupanya rambut pun tak basah. Duduk lama-lama dalam bilik air. Di jerit baru nak keluar. Rupanya tertidur. Anak-anak nak pergi sekolah, tiap hari itulah cabaranya. Nanti dah jam 7 baru berebut nak pergi katanya lambat takut pintu pagar sekolah nak tutup. Takut kena denda.

Ragam2
Jarang sekali kalau minta ambil gambar boleh dapat semua senyum dengan baik. Jarang dapat kerjasama dan pasti ada yang buat hal dan buat muka seposen. Ada je yang akan tunjuk tak puas hati.

Ragam3
Kalau ada kat rumah, memang macam pasar malam walaupun dah jam 12 tengah malam. Ada je yang disembangkan mereka. Ada yang bergaduh, ada yang menjerit, ada yang marah. Semua ada. Tapi semakin dewasa anak-anak semakin memperbaiki perangan mereka.

Tapi ini semua menjadi hiburan. Kita sebagai ibu bapa nak anak-anak kita bahagia dan berjaya. Doakanlah mereka setiap hari dan jangan lupa maafkan mereka kerana keberkatan dari ibu bapa membuatkan mereka terus hebat.

Kejayaan kita adalah berkat doa ibu kita dan begitu juga mereka.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI