Ibu ini meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan anak rapat-rapat. Dalam luahannya itu, Puan Liyana Anaqi ibu kepada empat orang anak dan kini sedang menunggu hari untuk melahirkan, menyatakan rasa kesyukuran yang tak terhingga. Bantuan suami dari A sampai Z mudahkan kerja hariannya.

Biarpun di awal waktu dulu, dia pernah menangis sebaik disahkan hamil anak keempat dengan beza 14 bulan dengan anak yang ketiga. “Dulu masa saya tahu saya pregnant si Aiza, nangis oi. Sebab belum sedia. Altaf Aiza beza 14 bulan saja.

Liyana berikan penyusuan eksklusif pada Altaf sampai usianya 10 bulan (kerana dia mengandung 7 bulan waktu itu). “Kendian rasa dah tak larat nak ikut demand dia, maka perkenalkan makanan pejal. Pisang.

Teruskan breastfeed sampai lahir adik dan terus tandem saja.

Perit la juga jaga anak seakan kembar ini. Berak berjemaah, menyusu berjemaah, kau cuit aku, aku cuit engkau. Berebut mak tak yah cerita.”

Sekarang anak-anaknya itu dah sampai peringkat toddler. “Seronok dan syukur pula diaorang lahir rapat-rapat. Ada lah kawan bermain. Abang atas Altaf beza 4 tahun. Dah tak nak main style kecik-kecik ini.”

Begitulah yang ibu ini rasa, kerana baginya Allah Maha Mengetahui apa yang semua hambanya perlukan.

Ketika Mingguan Wanita menghubungi mahukan sedikit tips daripada ibu ini mengendalikan anak rapat-rapat, beliau sudi berkongsi cara yang dilakukannya dengan bantuan suami sepenuhnya.

 

Ini Yang Suami Ini Buat Bila Anak Rapat – Rapat

Suami Uruskan Semua ; Sarapan, Kemas Rumah, Iron Baju

Suami saya yang bersusah payah most of the time. Saya memang fokus jaga anak-anak saya. Housechores suami yang selesaikan.

IKLAN

Dia akan bangun pagi dalam 4.30 macam itu. Kemas rumah dan mop siap. Masak breakfast dan lunch. Baju sekolah anak-anak pun suami dah ironkan. Kemudian dia ke tempat kerja.

Saya cuma uruskan anak-anak saja. Siapkan anak sekolah, layan makan dan hantar depan pintu pagar.

Suami saya guru, dia akan keluar rumah sekitar 6.30 pagi. Dalam pada itulah, Liyana akan layan 4 orang anak-anaknya yang berusia 11,9, 4 dan 3 tahun. Anak ketiga dan keempat itulah yang rapatnya. Dan sedang menjangkakan kelahiran anak kelima dalam bulan depan.

Semasa Pantang Suami Yang Jaga Isteri

Masa saya lahirkan anak ketiga, anak sulung saya darjah 1. Saya masih dalam pantang waktu sesi sekolah bermula. Suami sayalah yang jaga sepanjang saya dalam pantang.

Rutinnya sama, dia bangun awal pagi, settlekan urusan rumah dan masak. Mandikan baby dan saya. All the while bakar tungku. Masa dia tinggal saya itu, baby dah selesa tidur. Saya dok bertungku.

Sama-Sama Bangun Awal Memasak

Sekarang pun, since says dah sarat, kami bangun awal untuk memasak. Saya sediakan rencah. Suami akan buat urusan mengemas. Kemudian, dia masak. Apa-apalah yang ada nasi goreng ke apa ke.

IKLAN

Saya nak berdiri lama-lama kat dapur tak larat dah.

Tak Perlu Marah Kalau Rumah Bersepah

Bila anak dah besar sikit, mereka berdua ada saja projek sama-sama. Selalunya berpakat memunggah lah. Tapi rasa part memunggah ni mereka berdua memang sepakat. Hehe..

Kalau rumah bersepah-sepah, saya jarang marah. Saya tak apa saha. Jadi bila diaorang buat sepah itu. Rasa bahagia je tengok. Nampak bersungguh-sungguh.

Bila anak rapat-rapat ini duduk bersama, rasa lapang saja hati saya. Kebanyakan waktu mereka memang rapat. Asyik berdua.

 

Rezeki ANAK RAPAT-rapat, Penat Ibu Ini Tak Terasa Bila Suami Bantu Dari A Sampai Z
MESRA : Anak ketiga dan keempat tetap mesra sampailah sekarang.

 

IKLAN

Bila Suami Dah Sediakan Semua, Mak Memang Takkan Terasa Penat

Macam everything fall into place. Sebab basic need tu dah ada.” Ini kerana suaminya sudah sediakan semua keperluan sebelum pergi ke tempat kerja.

Anak-anak rapat itu menyusu badan. Jadi tak adalah kena bancuh susu ke apa. Macam kepala saya tak adalah serabut nak kena kemas rumah atau settle baju-baju.

Baju-baju pun suami dah siap pilihkan letak setempat. Termasuk baju saya. Maknanya memang tak payah fikir langsung dah.

Kalau saya gi mandi tengahari, baju tu tinggal ambil saja di tempat dia letak. Kalau anak-anak mandi atau buang air besar pun ambil saja.

Setiap hari suami akan letakkan 2 pasang baju untuk seorang anak. “Memang bukan penuh bakul baju baby. Suami dah buat by set siap-siap.”

Yang perit dialami ketika mengandungkan anak keempat. “Saya jenis yang alahan teruk. Tapi masih kena menyusukan badan anak nombor tiga. Memang nangislah sentiasa.

Lepas bersalin itu rasa lebih lega sebab masa pregnant tu lagi teruk. Kalau anak-anak sebelum, letih muntah boleh rehat. Ni, letih muntah sepanjang hari pun masih kena menyusukan anak ketiga. Perit kat situ lah.”

Sekarang ini anak keempat ini dah boleh accept kehadiran adik dia. Rasa sweet pula budak-budak ini. “Adalah juga gaduh-gaduh. Gaduh rebut mak. Last-last mak baring saja. Sorang kiri, sorang kanan. Dua-dua bahagia.”

Sumber/Foto/Video : Liyana Anaqi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI