<![CDATA[resipi]]> /cmlink/resipi-1.424193 Sun, 28 May 2017 09:21:37 +0000 <![CDATA[Ayam Percik Kuah Merah Kelantan Yang Tersohor, Rasa Mewah & Juicy]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/ayam-percik-kuah-merah-kelantan-yang-tersohor-rasa-mewah-juicy-1.681431 Nadia Mohamad

Jarang kaum wanita nak masak ayam percik setiap hari melainkan ada majlis tertentu atau menyambut bulan puasa. Jadi sempena bulan Ramadan, anda boleh cuba resepi ini untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang dengan menggunakan resepi dari Puan Yuss Aisya ini...

Dalam sebuah dokumentari di astro, sebuah kedai ayam percik tersohor di Kelantan cuma beroperasi 3-4 jam setiap hari. Mengapa? Sebab ayam perciknya habis purata 100 ekor dalam tempoh itu saja.

Resepi Untuk Seekor Ayam

Perap dengan bahan tumbuk:

4 ulas bawang merah kecik

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Sedikit garam.

Lumur mesra biarkan sejam.

Bahan percik:

Amaran...! Kuah percik ini tersangatlah lazat dinasihatkan buat lebih jika tidak menyesal macam saya. Tak cukup!

1/2 kotak santan wajib pekat (200 ml - baki lagi 1/2 kotak masuk kemudian - jika ayam besar guna santan lebih lagi)

2 batang serai

1 inci halia

1/2 inci lengkuas (optional)

5 tangkai cili kering rebus buang biji. (Saya suka pedas saya letak 10)

1 cawan air (cawan besar 250ml)

Blend semua diatas.

2 keping asam keping saiz sederhana

4 sudu gula (tak rasa manis sangat pun tak payah tekejut sangat)

1 sudu garam atau kiub ayam ikut cita rasa sendiri.

Cara Buat:

Masak api sedang kacau perlahan-lahan. Bila dah mendidik, baru masuk ayam.

Masuk ayam. Simbah-simbah kuah. Masak 5 minit kemudian balikkan ayam masak lagi 5 minit. Proses ni akan lock jus ayam dan serap lebih rasa percik. Jangan lupa simbah-simbah dan godek-godek perlahan ayam supaya tak melekat kat buntot kuali. Buat smpai habis ayam.

Lepas 10 minit rebus dalam kuah. Angkat ayam guna sepit. Bubuh atas tray. Pastikan ayam bersalut percik ye. Lapik dengan daun pisang. Saya duk padang pasir tak ada pokok pisang. Gunalah baking paper. Bakar dalam oven yang telah preheated 230°C selama 30 minit. Ayam saya kecik - Jika ayam besar tambah masa lagi.

Baki 1/2 kotak santan masuk dlm kuah percik tadi dan masak hingga berkrim. Rasa. Jika tawar tambah apa yg patut. Ingat... kuah wajib rasa masam, masin, manis, pedas yg seimbang baru jadi.

Texture ayam juicy dan empuk dicecah dengan kuah percik yang creamy. Tidak hairanlah mengapa ramai beratur pjg di kedai ayam percik di sekitar Kelantan.
 

Baca di website

]]> 1.681431 Sun, 28 May 2017 09:21:37 +0000 <![CDATA[Cuma 30 Minit Masak Untuk Iftar & Sahur, Supermom Patut Tahu Rahsia Ini]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/cuma-30-minit-masak-untuk-iftar-sahur-supermom-patut-tahu-rahsia-ini-1.681282 Nadia Mohamad

Sebenarnya tak susah pun nak masak setiap hari untuk keluarga tersayang, tetapi mak-mak kena ikut cara ini. Tip ini memang memudahkan kerja anda di dapur, jom tiru cara cepat di dapur seperti Puan Asrimah Bakri ini...

Dalam Peti WAJIB Ada Pes ini:

1. Sambal tumis bilis

2. Pati asam pedas

3. Pes rendang ayam

4. Pes tomyam merah

5. Pes tom yam putih

6. Pes kari ayam+ ikan

7. Pes sup ayam + ikan+ daging

RESEPI SAMBAL TUMIS

Bawang besar 2 biji

Bawang besar 2 biji(hiris bulat)

Bawang putih 5 ulas

Cili kering 4 genggam(potong,rebus,basuh,kisar)

Asam jawa,garam,gula,perasa.

CARA:

  1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau, masukkn asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang.(seimbangkn rasa)
  2. Bila dah siap, bekukan dan bila nak makan unfreeze, goreng bilis, masukkan sambal tumis.

PES ASAM PEDAS

Bawang besar 3 biji

Bawang putih 6 ulas

3 inci halia

2 batang serai tetak

Seikat daun kesum

1 sudu besar halba (sejenis herba rupa mcm biji jambu batu)

Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)

Asam jawa, garam, gula, perasa.

CARA:

  1. Panaskn minyak, masukkn halba, serai dan terus tumis lada sampai pecah minyak dan naik bau, masukkn pati asam jawa, garam, gula, perasa dan daun kesum. Masak dalam 3 minit lagi.
  2. Siap, bekukann. Bila nak makan unfreeze, masukkn ayam/ikan, bendi ke tomato ke, air asam lagi (nama pun asam pedas, mestilah masam baru kaw)

PES TOM YAM MERAH

Bawang Merah 10 biji

Bawang besar 5 biji

Bawang putih 5 ulas

Segengam cili kering (tak perlu rebus, terus masukkan dalam blender)

Cili Api 10 biji (optional)

Lengkuas 1 inci

halian 3 inci

Serai 5 batang

Daun limau purut 5-6 helai

NOTA: blender semua bahan diatas

5 biji Air limau purut/( semasam yg anda mahu)

Sos ikan(nam pla)

CARA:

  1. Tumis semua bahan blender. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut, nam pla, garam, gula dan perasa 1 sudu (saya guna maggie cukup rasa ganti kiub).
  2. Siap, bekukann. Bila nak makan unfreeze, didih air dalam periuk, masukkan ayam/daging/seafood ke, sayur-sayuran, tabur daun ketumbar (wajib).

Tip Masak: Kalau nak tomyam yang betul-betul pekat, blender tomato jadi pes masukkn dalam tomyam.

NOTA: Kalau nak tonyam kungfu masukkn susu pekat FN 3 sudu.

PES TOM YAM PUTIH

Bawang Merah 10 biji

Bawang besar 5 biji

Bawang putih 5 ulas

Cili Api 10 biji (tetak)

Lengkuas 1 inci

halia 3 inci

Serai 5 batang

Daun limau purut 5-6 helai

NOTA: blender semua bahan diatas

5 biji Air limau purut/ (semasan yg anda mahu)

Sos ikan (nam pla)

CARA:

  1. Tumis semua bahan blender. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air limau purut, nam pla, garam, gula dan perasa 1 sudu (saya guna maggie cukup rasa ganti kiub).
  2. Siap, bekukan. Bila nak makna unfreeze, didih air dalam periuk madukn pes dan masukkn ayam/daging/seafood ke, sayur-sayur, tabur daun ketumbar(wajib). siap!

NOTA: Kalau nak tomyam kaw masukkn susu pekat FN 3 sudu.

RENDANG AYAM

Bawang besar 5 biji

Bawang kecil 10 biji

Bawang putih 6 ulas

Halia 3 inci

Lengkuas 2 inci

Kunyit hidup 2 inci (optional)

6 batang serai

2 gengam Cili kering (tak perlu rebus, masuk terus dalam blender)

Santan 2 kotak harmoni

Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.

CARA:

  1. Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut dan daun kunyit.
  2. Siap, bekukann. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air secawan, masukkn ayam, masak sampai kering dan ayam empuk.

PES SUP

Bawang besar 5 biji

Bawang kecil 10 biji

Bawang putih 6 ulas

Halia 5 inci

6 batang serai

6 sudu besar Rempah sup faezah

NOTA: blender semua bahan

REMPAH 5 SEKAWAN (optional)

CARA:

  1. Panaskan minyak, masukkan rempah 5 sekawan (saya tak guna sebab lebih suka light sup). Then masukkan bahan blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau, rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air, tumis lagi 2 minit, garam, gula, perasa.
  2. Siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air seperlunya, masukkn ayam, sayur-sayuran.

PES KARI

Bawang besar 5 biji

Bawang kecil 10 biji

Bawang putih 6 ulas

Halia 5 inci

6 sudu besar Rempah kari daging faezah pek kuning.

blender semua bhn

REMPAH 5 SEKAWAN (optional)

1 sudu halba

CARA:

  1. Panaskan minyak, masukkan rempah 5 sekawan, halba. Then masukkan bahan blender tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau, rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, tumis lagi 2 minit, siap.
  2. Siap, bekukan. Bila nak makan unfreeze, ambil pes masuk dalam kuali, masukkn air dan asam jawa seperlunya, masukkan ayam, sayur-sayuran.

Baca di website

]]> 1.681282 Sat, 27 May 2017 23:32:09 +0000 <![CDATA[Popia Coklat Nestum, Biskut Laku Keras Di Kalangan Anak-anak ]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/popia-coklat-nestum-biskut-laku-keras-di-kalangan-anak-anak-1.681088 Nadia Mohamad

 

Tak adalah awal sangat, kalau nak cuba buat biskut raya... sekarang pun anda sudah boleh mula. Dan pastinya kaum mak-mak suka buat biskut yang anak-anak suka makan. Ini salah satu biskut yang laku keras bagi anak-anak, resepi yang dikongsi Puan Cik Eirah Abraham. Jom cuba!

Bahan-bahan diperlukan:

Kulit Popia

Gandum

Minyak

Coklat masakan

Nestum

Cara buat:

Kulit popia itu ikut suka nak potong berapa, kalau suka makan kecil anda boleh potong banyak.

Saya cuma bahagi kepada 4 bahagian.

Gulung kulit popia, lekatkan guna bancuhan gandum. Kemudian jemur sekejap bagi dia keras. Selepas itu boleh goreng dan toskan minyak.

Cairkan coklat masakan. (Saya guna coklat masakan yang biasa, beli kat kedai barangan kek)

Celup popia tadi dalam coklat dan salutkan dengan nestum. Nak masuk dalam peti ais pun boleh kejap bagi coklat itu keras. Tak bubuh tak apa, nestum boleh guna pelbagai perisa.

Tapi kalau yang original lagi best! Serius ni salah satu makanan kegemaran anak-anak.

Baca di website

]]> 1.681088 Sat, 27 May 2017 04:09:46 +0000 <![CDATA[Sambal Tumis Ikan Bilis Berkacang, Wanita Ini Kongsi Penambah Selera Paling Mudah Waktu Sahur]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/sambal-tumis-ikan-bilis-berkacang-wanita-ini-kongsi-penambah-selera-paling-mudah-waktu-sahur-1.680797 Nadia Mohamad

Macam mana dengan menu sahur pagi nanti? Haa... mesti mak-mak sedang kalut tanya 'encik google' ya? Nak juga cari menu yang boleh buat keluarga tersayang berselera makan untuk hari pertama berpuasa. Apa kata kali ini anda cuba resepi yang boleh tahan lama ini, perkongsian dari Puan DrNorwaliza Abdul Wahab‎...

Sambal tumis ikan bilis berkacang. Kegemaran anak-anak. Buat banyak-banyak boleh simpan untuk sahur. Ikan bilis dan kacang kena goreng garing-garing dulu baru 'mabeles'.

Resepi:

Ikan bilis dan kacang tanah goreng garing-garing.

Bawang besar, bawang kecik hiris.

Cili boh.

Garam dan gula secukup rasa.

Cara masak:

  1. Goreng bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh. Masukkan gula dan garam. Tumis sampai cili garing.
  3. Masukkan ikan bilis dan kacang tanah. Balik-balikkan. Siap.

Baca di website

]]> 1.680797 Fri, 26 May 2017 07:36:48 +0000 <![CDATA[Pes Masakan Untuk Mudahkan Kerja Mak-mak, Nak Masak Banyak Jenis Lauk Waktu Berbuka Pun Sempat!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/pes-masakan-untuk-mudahkan-kerja-mak-mak-nak-masak-banyak-jenis-lauk-waktu-berbuka-pun-sempat-1.680478 Nadia Mohamad

Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Tambah pula bula puasa dah dekat, yang memerlukan anda masak dengan cepat tetapi sedap untuk keluarga. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa... inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je! Petua ini dikongsikan oleh Puan Sapina Shahabudin, kalau ini gayanya, nak masak macam-macam waktu sahur pun boleh! Jom semak apa bahan yang diperlukan...

Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Hari terlebih rajin... Dari pukul 2.00 tadi sampai pukul 5 baru selesai masak. Lega... Alhamdulillah.

PES IKAN BAKAR

1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.

2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.

3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

PES SAMBAL TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.

2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES GULAI IKAN

1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.

2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bwg putih dan sedikit cili kering.

3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.

(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya

KUAH BLACK PEPPER

1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.

2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.

3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar

4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.

5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.

6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah

7. Masak hingga pekat dan naik bau.

(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain)

PES NASI GRG IKAN BILIS

1.Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.

2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.

(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.

PES ASAM PEDAS TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.

2. Tumis dalam minyak panas.

3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam/perisa.

(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)

SELAMAT MENCUBA.

Baca di website

]]> 1.680478 Thu, 25 May 2017 14:59:34 +0000 <![CDATA[Sambal Cili Api Berapi, Penambah Selera Makan Ketika Sahur & Boleh Buat Perencah Nasi Goreng ]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/sambal-cili-api-berapi-penambah-selera-makan-ketika-sahur-boleh-buat-perencah-nasi-goreng-1.679016 Nadia Mohamad

Pastinya kaum mak-mak gigih mencari resepi atau sejenis 'penambah selera makan' waktu bersahur, bukan? Haaa... jadi kali ini nak kongsi sajian yang dikira memudahkan kerja masak mak-mak di dapur, jom buat Sambil Cili Api Berapi, perkongsian daripada Puan Imah Rahman.

Taraaaa... dah siap saya punya stock utk bulan puasa. Sambal Cili Api Berapi. Fuhhh... boleh terbakor bibir! Sedap dimakan dengan nasi panas-panas, buat perencah nasi goreng pun boleh atau pengganti sambal belacan.

Bahan-bahannya:

4 genggam cili api (3 cili api merah+1cili api hijau-kalau tak suka pedas boleh pakai cili api hijau sahaja atau boleh kurangkan kuantitinya)

1 genggam ikan bilis

4 biji bawang besar dibelah 4

5 biji bawang kecil dibelah 2

7 ulas bawang putih

3 biji tomato dibelah 4

1 inci belacan-nak bakar atau tidak terpulang

Sedikit asam jawa/cuka

Garam dan gula

Cara-caranya:

1. Goreng ikan bilis separuh garing-angkat dan ketepikan.

2. Dengan minyak yang sama, goreng sekejap cili api, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan tomato.

3. Blend semua bahan-bahan digoreng tadi bersama belacan dan minyak menggoreng tadi (jangan sampai jadi hancur. Biar kasar-kasar sikit baru cantik). Kemudian masukkan dalam kuali, perasakan dengan garam, gula dan asam jawa dan masak sampai pecah minyak.

Selamat mencuba!

Baca di website

]]>
1.679016 Tue, 23 May 2017 07:00:04 +0000
<![CDATA[ Aiskrim Malaysia Guna Dadih, Menu Sesuai Untuk Musim Panas]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/aiskrim-malaysia-guna-dadih-menu-sesuai-untuk-musim-panas-1.678271 Nadia Mohamad

Musim panas 'lit-lit' ni, eloklah anda cuba buat aiskrim sendiri. Apa yang istimewa kali ini anda perlu guna dadih. Nak tahu sedap ke tak, sila godek resepi perkongsian dari Puan MasitahLubis NinaLabuchi ini dan buat untuk anak-anak...

Bahan-bahan:

Plastik asikrim

Sebungkus dadih (Perisa boleh pilih)

NOTA: Saya guna perisa anggur

Cara buat:

1. Tambah air 2 botol yang berukuran 1.5 liter.

2. Tambahkan gula dan susu cair.

3. Saya tambah ribena tetapi kalau tak nak tambah pun tak apa bukanlah wajib.

4. Kacau-kacau sampai mendidih baru matikan api.

5. Masukkan dalam bungkus plastik aiskrim malaysia.

6. Dah siap bungkus.

7. Simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku.

Baca di website

]]>
1.678271 Mon, 22 May 2017 05:27:57 +0000
<![CDATA[Puding Roti Gebu Gebas Hijau Bakar Guna Dapur Gas, Jimat Elektrik!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/puding-roti-gebu-gebas-hijau-bakar-guna-dapur-gas-jimat-elektrik-1.677944 Nadia Mohamad

Resepi yang cukup mudah untuk anda yang nak sediakan menu sedap untuk anak-anak tetapi tak ada oven. Haaa... siapa sangka, masak puding dalam kuali bertutup penuh pun boleh! Ok, jom cuba buat resepi yang dikongsikan oleh Puan AtihHapipah Ramli ini..

Resepi Puding Roti Sos Kastard

(Bakar dalam kuali btutup penuh dengan api slow atau oven 40 minit)

Bahan A

1 cawan teh susu segar/fresh milk

8 keping roti (gardenia/high 5)

Carik2 kn roti -rendam dgn susu 30 mnit

Bahan B

4 sudu makan gula halus

2 sudu makan butter / planta

3 biji telur ayam

2 sudu teh esen vanilla

1 sudu mkn tepung jagung

Sedikit pewarna hijau/merah/pink/biru

(Blender je bahan-bahan diatas sebati) nak kacau dengan senduk pun boleh

Dah blend tuang kat roti yang direndam tadi

Pastu bakarlah dalam kuali bertutup dalam 40 minit, tak payah buka-buka nanti puding batat.

Kalau pakai oven pun sama, dalam 40 minit api 180c.

Bahan C KUAH

1 tin susu cair

2 sudu makan tepung kastad dibancuh cair dgn sedikit air

2 sudu makan gula pasir

Perasa: Sunquick oren 1 sudu makan kalau nak rasa sedap kuahnya.

  1. Masakkan semua diatas kuali dengan api kecil sampai pekat.
  2. Boleh juga guna buat perisa coklat/stawbery/blackcurent.
  3. Bila dah sejuk, tuangkn atas roti gebus gebas ini yang dah siap dipotong-potong.

Baca di website

]]>
1.677944 Sun, 21 May 2017 09:13:35 +0000
<![CDATA[Daging Rebus Asam, Puasa Nanti Boleh Cuba Sebab Cuma 3 Langkah Dah Boleh Makan!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/daging-rebus-asam-puasa-nanti-boleh-cuba-sebab-cuma-3-langkah-dah-boleh-makan-1.677676 Netty Ah Hiyer

Walaupun ada beberapa hari lagi nak sampai ke bulan puasa, mak-mak dah kena fikirkan menu untuk berbuka mahupun bersahur.

Sila buat senarai lengkapnya dari sekarang, Daging rebus ais asam ini salah satunya. Resipi yang dikongsikan Puan Zurini Ismail ini mudah sekali nak sediakan. Makan waktu sahur pun menarik ni.

Bahan-bahan

500 gram daging

1 biji bawang besr

2 biji tomato

2 biji limau kasturi

10 biji cili api (kalau suka pedas letak lebih. Tapi bulan puasa ni elok moderate saja)

1 cm belacan

Garam secukup rasa

Cara Buat:

1. Bersihkan daging rebus sampai empuk.

2. Bersihkan semua bahan potong. Siap potong masukkan dalam mangkuk dan gaul.

3. Bila daging dah empuk potong nipis/ ikut selera kita.Masukkan dalam bahan yang dah dipotong. Masukkan sedikit air rebusan dan gaul sebati.

Rumput Beijing Empukkan Daging

Daging ini biasanya ambil masa nak direbus. Sebenarnya boleh guna rumput beijing untuk melembutkannya. Masa merebus itu masukkan 4 ke 5 helai rumput beijing. Paling penting, ia takkan pengaruhi rasa daging anda. Pokok ini juga dikatakan suplemen yang baik untuk kanser.

Sumbe/Foto: FB Puan Zurini Ismail via Mingguan Wanita

Baca di website

]]>
1.677676 Sat, 20 May 2017 10:23:34 +0000
<![CDATA[Sosej Ayam Homemade, Menu Ini Lebih Selamat Bagi Anak-anak Makan]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/sosej-ayam-homemade-menu-ini-lebih-selamat-bagi-anak-anak-makan-1.677111 Nadia Mohamad

Sosej dan nugget memang sedap cuma pada yang nak kawal pengambilan makanan proses, anda boleh cuba buat sendiri sosej dirumah.

Kalau nak beri yang lebih sihat untuk anak-anak jom cuba resepi asas membuat sosej ni, perkongsian resepi dari Puan Siti Zarina Jaidon...

Bahan-bahan:

1 kg Isi Ayam

1 1/2 sudu teh garam

3 ulas bawang putih

1/2 sudu teh lada sulah

1/2 sudu teh thyme

1/2 sudu teh oregano

1 tangkai cili kering (nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh)

1 gelas air / stok ayam

NOTA: Boleh tambah/tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.

Gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam

Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim.

Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.

Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.

Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried.

Juga boleh disimpan beku.

Ini sosej ayam siap digoreng.

Selamat mencuba!
 

Baca di website

]]>
1.677111 Fri, 19 May 2017 08:32:41 +0000
<![CDATA[Pisang Tumbuk Cicah Sambal Kicap, Menu Petang Yang Hanya Guna Pisang Putik!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/pisang-tumbuk-cicah-sambal-kicap-menu-petang-yang-hanya-guna-pisang-putik-1.675249 Nadia Mohamad

Sesekali jemu juga kalau asyik nak makan menu pisang yang biasa buat, jadi kali ini apa kata kalau anda cuba resepi Pisang Tumbuk Sambal Kicap, resepi dari Puan Qema Fazri ini...

Yang mana ada pisang muda kat rumah, tak tahu nak buat apa, cuba buat resepi Sangar pappek@pisang tumbuk@pisang ketuk. Sedap... tak rugi cuba! Kali pertama cuba buat terus jatuh hati. Senang pula resepi asal bugis, makan cicah sambal belacan tapi malam tadi kat rumah tak ada belacan dan tomato so akak tibai buat sambal kicap sweet dan spicy, pun sedap! Jom intai resepi...

Bahan-bahan:

Pisang tua yang masih muda (akak guna pisang abu)

Air

Secubit garam

Minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

1. Larutkan garam dalam air.

2. Kupas pisang dan rendam dalam air garam 15 minit. Bagi garam meresap dalam pisang, nanti pisang ada rasa lemak masin sikit.

3. Lepas 15 minit, toskan pisang.

4. Panaskan minyak dalam kuali dan masukan pisang sebiji-sebiji. Tak payah belah 2, 3 bahagian, letak je seketul tu.

5. Goreng sampai sekejap bagi lembut sikit. Jangan sampai garing lak ye. Pandai-pandailah korang bajet.

6. Angkat dan sejuk sekejap.

7. Lepas itu alas dengan plastik dan tumbuk pisang dengan lemah lembut, kasi leper itu pisang. Jangan bagi putus pula pisang korang, kang jadi cucur pisang.

8. Lepas itu goreng semula pisang yang dah dileperkan tadi.

9. Goreng sampai kuning keemasan dan rangup.

10. Nak goreng garing pun boleh, rasa cam keropok pun ya jugak.

Resepi sambal kicap

Cili

Garam

Gula

-Kicap

Cara-cara:

Campak semua bahan dalam lesung. Tumbuk lumat dan letak kicap (resepi asal bugis cicah dengan sambal belacan atau sambal tomato)

Baca di website

]]>
1.675249 Tue, 16 May 2017 07:02:21 +0000
<![CDATA[Kuih Mor, Sesuai Untuk Menu Petang Dan Persediaan Kuih Raya]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/kuih-mor-sesuai-untuk-menu-petang-dan-persediaan-kuih-raya-1.672075 Nadia Mohamad

Petang ini buat hidangan apa untuk anak-anak? Kalau tak ada idea mungkin anda boleh cuba sediakan Kuih Mor atau nama asalnya Kuih Makmur, perkongsian resepi daripada Puan Mas Mastura Nurraysa ini. Sesuai buat kuih raya juga!

Bahan-bahan:

1kg tepung gandum goreng tanpa minyak (Hingga kekuningan)

Cairkan 400gm minyak ghee

Asingkan 7 biji kuning & putih telur (Ambik kuning sahaja)

Cara buat:

1. Ayak tepung supaya tekstur halus & tak berketul.

2. Campurkan 3 bahan tadi, tepung masukkn sikit-sikit.

3. Uli hingga jadi doh dan tak melekat di jari.

4. Selepas itu boleh bulat-bulatkan, susun dalam loyang.

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.672309.1494383045!/image/image.jpg

5. Bakar suhu 180° ikut oven memasing selama 15-20 minit.

6. Bergantung oven kadang ada yang cepat masak.

Dah siap bolehlah tambah gula aising. Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba!
 

Baca di website

]]>
1.672075 Tue, 9 May 2017 08:56:22 +0000
<![CDATA[Kerepek Biji Durian, Tak Rugi Beli Durian Kalau Biji Pun Sedap Dimakan!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/kerepek-biji-durian-tak-rugi-beli-durian-kalau-biji-pun-sedap-dimakan-1.671281 Nadia Mohamad

Kalau anda tak cuba tak tahu, tetapi kalau ikut pengalaman Puan Mazitah Ahmad Nur Solehah, sampai rasa tak nak makan isi sebab makan biji lagi sedap!

Haaa... tidaklah rasa beli durian mahal kalau sampai biji durian pun boleh makan! Jom semak cara nak buat macam mana.

Bahan yang diperlukan:

Biji durian

Garam

Serbuk kunyit

Cara Nak Buat:

1. Semasa nak goreng letak garam dan serbuk kunyit.

2. Dah siap, boleh makan! Sedap, rasanya rangup macam kerepek dan anak-anak anda pasti suka!

Selamat mencuba!

Baca di website

]]>
1.671281 Mon, 8 May 2017 05:22:05 +0000
<![CDATA[Palak Pecah, Makanan Glamour Bulan Puasa. Buat Makan Petang Pun Sedap!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/palak-pecah-makanan-glamour-bulan-puasa-buat-makan-petang-pun-sedap-1.670974 Nadia Mohamad

Menu ini sesuai untuk anda yang gemar makan pisang. Bosan-bosan buat kek dan cekodok, apa kata kali ini anda cuba menu glamour orang boyan, resepi istimewa yang dikongsi oleh Teh Carls. Serius, sedap! Lemak-lemak manis git, lagi best makan pada bulan Ramadhan nanti!

Bahan yang diperlukan:

Pisang (jenis pisang nangka/raja)

Gula

Garam

Cara buat:

1. Kupas kulit pisang dan lumur garam.

2. Goreng sebiji jangan dibelah sampai kekuningan.

3. Angkat dan toskan.

4. Tekan pisang dengan garfu, jangan kuat sangat (buat satu-satu).

5. Pisang itu boleh dipotong dua.

6. Tabur gula atas pisang yang panas tu, biar sekejap gula akan cair sendiri dan bersatu dengan manis pisang.

7. Dah siap dan boleh ngap!

Baca di website

]]>
1.670974 Sun, 7 May 2017 09:36:08 +0000
<![CDATA[Resipi Coleslaw Super Sedap, Mengatasi Keenakan Menu 'Fast Food', Follow 6 Step Mudah Ini!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/resipi-coleslaw-super-sedap-mengatasi-keenakan-menu-fast-food-follow-6-step-mudah-ini-1.669110 Netty Ah Hiyer

Sebenarnya tak susah pun nak buat coleslaw yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.

Bahan-Bahan Perlu Ada

1 mangkuk Kubis - hiris halus

1 mangkuk lobak merah hiris halus

2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)

Sedikit gula

11/2 sudu besar susu tepung penuh krim

Sedikit limau nipis/oren

Step 1

Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.

Step 2

Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka.Gaul rata.

Step 3

Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..

Step 4

Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.

Step 5

Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.

Step 6

Gaul rata dan biarkan adunan selama 12 jam dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh saja terus dimakan.

Nota:

Kubis hijau boleh juga diganti dengan kubis ungu atau campurkan sekali.

Sumber/Foto: via Mingguan Wanita

Baca di website

]]>
1.669110 Wed, 3 May 2017 11:16:05 +0000
<![CDATA[Makaroni Celup Tepung Viral, Kudapan Ralit Yang Patut Anda Buat]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/makaroni-celup-tepung-viral-kudapan-ralit-yang-patut-anda-buat-1.668599 Nadia Mohamad

 

Biasanya bab main celup tepung kita guna cendawan tetapi kali ini anda boleh ubah selera dengan buat menggunakan macaroni. Haaa... kalau anda jenis suka mengunyah waktu tengok TV, eloklah cuba buat macaroni salut tepung, salah satu resepi yang dikongsikan oleh Puan Nur Ain Rahman...

1. Rebus macaroni separuh masak dengan sedikit minyak kemudian bila dah masak toskan airnya.

2. Bila macaroni agak suam bolehlah gaul bersama tepung tadi, saya guna tepung bestari.

3. Agak-agak je berapa sudu nak letak tepung dan gaul rata hingga semua macaroni tadi bersalut tepung.

4. Goreng macaroni tadi bersama api yang sederhana dan minyak yang banyak. Bila dah nampak warna berubah keperangan angkat toskan minyak, sedia dimakan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

TIP MASAK:

Nak goreng tambah daun kari pun boleh, lagi sedap!

Baca di website

]]>
1.668599 Tue, 2 May 2017 09:05:07 +0000
<![CDATA[Pai Cendawan & Daun Pegaga, Lagi Sedap Rasanya Kalau Selit Bahan Ini! ]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/pai-cendawan-daun-pegaga-lagi-sedap-rasanya-kalau-selit-bahan-ini-1.668118 Editorial Mingguan Wanita

Inilah rahsia sebenar nak buat Pai yang intinya sedap, paling best bila digigit rasa nak lagi! Serius tak perlu gigih nak beli di kedai lagi sebab cara dan bahan untuk buat Pai Cendawan ini senang nak dapat, jom semak cara penyediaannya...

Tempoh penyediaan: 45 minit

Hidangan: 3-4 orang

Bahan- bahan yang diperlukan:

* ¾ cawan keju Ricotta

*½ cawan keju Kambing

* ¼ cawan keju Parmesan

* 2 sudu teh Fresh Rosemary

* 5 ulas bawang putih

* 1 sudu besar mentega

* 1 sudu besar Minyak Jagung Mazola

* 4 cawan cendawan campuran yang dihiris

*2 cubit daun pegaga yang dihiris

* ¼ cawan krim masak

* ½ sudu teh garam

Bahan – bahan Kerak Pai:

* 2 cawan tepung gandum

* ½ cawan minyak jagung Mazola

* 5 sudu besar air

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan Minyak Jagung Mazola dan air ke dalam tepung untuk membentuk adunan.  
  2. Bahagikan kedua-dua bahagian.
  3. Gulung dengan dua kertas.

Cara -Cara Penyediaan:

  1. Gabungkan keju ricotta, kambing, parmesan dan rosemary dalam satu mangkuk. Diketepikan.  
  2. Panaskan mentega dengan Minyak Jagung Mazola didalam kuali yang besar dengan suhu yang sederhana.
  3. Masukkan cendawan dan bawang putih, kacau dan tunggu cendawan menjadi keperang- perangan selepas itu masukan krim bersama-sama daun pegaga yang telah dihiris. Tambah bahan perasa secukupnya dan diketepikan.
  4. Panaskan ketuhar kepada 180C, taburkan campuran keju ke atas cendawan yang telah di masak tadi.
  5. Gunakan sebahagian lagi tepung yang telah diuli untuk menutupi bahagian atas pai. Membakar pai ini sehingga jadi perang-perang selama 25 hingga 30 minit.

Baca di website

]]>
1.668118 Mon, 1 May 2017 23:48:36 +0000
<![CDATA[Wanita Ini Kongsi Rahsia Sebenar Buat Sos Pencicah Thai, Rupanya Cukup Mudah! ]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/wanita-ini-kongsi-rahsia-sebenar-buat-sos-pencicah-thai-rupanya-cukup-mudah-1.667837 Nadia Mohamad

Nak buat sos pun kena ada 'bakat' tetapi kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin ini, pasti anda rasa puas! Untung-untung boleh buat bisnes sebab senang dan rasanya sedap luar biasa! Sesuai dimakan dengan cucur waktu petang-petang ni. Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan...

Bahan-bahan:

3 Ulas bawang putih dikopek kulit

2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)

1/2 cawan gula pasir

3/4 cawan air

1/4 cawan cuka

1/2 sudu besar (tbsp) garam

1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 susu besar air.

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisasran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukkan cairab tepug jadung dan kacau sehinga tepungnya masask dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

Selamat mencuba!

Baca di website

]]>
1.667837 Mon, 1 May 2017 00:16:21 +0000
<![CDATA[ Pekasam Daging Homemade, Kena Tahu Cara Susun Barulah Rasanya Meletoopp!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/pekasam-daging-homemade-kena-tahu-cara-susun-barulah-rasanya-meletoopp-1.667107 Nadia Mohamad

 

Siapa suka makan daging pekasam, mesti terus meleleh bila tengok resepi ini, yang penting sedapnya luar biasa sebab buat sendiri.

Dengan rasa masin-masin masam apabila digoreng dengan bawang... fuh, cedok nasi tak hengat!

Apa yang anda perlu cuma daging, limau kasturi dan garam. Alahaaiii... mudah dan cepat, sesuai nak buat lauk bersahur bulan puasa nanti. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Nor Hasilah Razali ini...

Bahan-bahan:

Daging yang separa beku, senang nak potong (cuci seketul besar, lap dengan tisu baru potong nipis-nipis ikut suka. Lap lagi dengan tisu bagi air kering)

Garam

Jus limau kasturi

Kena Tahu Cara Susun

Daging-garam-jus limau kasturi-daging dan begitulah seterusnya.

Perap sekurang-kurangnya seminggu. Saya bubuh dalam peti ais.

Selamat mencuba!

Baca di website

]]>
1.667107 Fri, 28 Apr 2017 16:05:02 +0000
<![CDATA[Sosej Ayam Salut Maggi, Kudapan Mudah Untuk Makan Sambil Tengok Tv]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/sosej-ayam-salut-maggi-kudapan-mudah-untuk-makan-sambil-tengok-tv-1.664303 Nadia Mohamad

 

Sedap ni, sejenis makanan menu petang yang rangup di luar tetapi lembut di dalam. Haaa... memang mak-mak patut cuba buat sendiri, bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Jom buat menu petang rahsia masak dari Puan Indah Yani ini...

Bahan-bahan:

Sebungkus Maggi

Sebungkus Hotdog

Telur 2 biji

Tepung gandum 2 sudu

Tepung beras 2 sudu

Maggi Cukup rasa setengah sudu

Sedikit Garam

Lada sulah

Cara Buat:

1. Masukkan telur, garam, lada sulah dan Maggi Cukup rasa dalam bekas kemudian pukul sampai kembang.

2. Selepas itu, masukkan tepung gandum dengan tepung beras dan ketepikan.

3. Pastikan maggi celup air panas sekejap, jangan lama nanti lembik susah nak balut sosej pula.

4. Ambil hotdog balut dengan Maggi. Kemudian celup sosej maggi tadi dengan telur kemudian goreng. Siap dan boleh dimakan!

Baca di website

]]>
1.664303 Sun, 23 Apr 2017 07:19:55 +0000