<![CDATA[resipi]]> /cmlink/resipi-1.424193 Sun, 25 Jun 2017 11:27:04 +0000 <![CDATA[Hidangkan Puding Kastard Susu Buah-Buahan Ni Waktu Rumah Terbuka, Mesti Ramai Suka!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/hidangkan-puding-kastard-susu-buah-buahan-ni-waktu-rumah-terbuka-mesti-ramai-suka-1.694373 Suhaidah Abd Wahab

Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut ketika Majlis Rumah Terbuka, Majlis Hari Jadi, Kenduri kesyukuran dan sebagainya.

Rasanya pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak disamping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini waktu adakan rumah terbuka, pasti ramai yang suka.Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, pasti berpuas hati dengan hasilnya nanti.

Bahan-Bahan (Puding):

1 tin susu cair jenama IDEAL

1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)

4 tin air

Setengah tin gula pasir

Cara Membuat:

1.Larutkan semua bahan didalam kuali.

2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.

3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.

4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.

5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.

Bahan-Bahan (Kuah Susu):

2 tin susu cair jenama (IDEAL)

1 tin susu pekat

1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)

1/2 tin air

1 tin buah-buahan koktail

Cara Membuat:

1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.

2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan  kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.

3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.

Tip Ekstra:

Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.

Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.
 

Baca di website

]]> 1.694373 Sun, 25 Jun 2017 11:27:04 +0000 <![CDATA[Sayang Lebihan Ketupat & Nasi Impit Yang Masih Berbaki, Boleh Cuba Resipi Ini, Sedap!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/sayang-lebihan-ketupat-nasi-impit-yang-masih-berbaki-boleh-cuba-resipi-ini-sedap-1.694298 Suhaidah Abd Wahab

Dah masuk raya ketiga, rendang & kuah kacang pun dah habis.Tapi jika masih masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.

Ketupat & nasi impit ini boleh diolah semula. Caranya macam kita nak buat  'mee goreng' tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat & nasi impit ini.

Sedap! Mesti kena cuba.

Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.

Bahan-Bahannya:

Nasi Impit/ketupat secukupnya(potong saiz sederhana)

Bahan Kisar:

1 biji bawang merah besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)

3 biji cili padi

1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)

Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.

Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)

Rencah:

Isi ayam/daging(potong kecil)

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar kicap manis

1/2 kiub pati ayam

2 biji telur

Sawi

Kobis

Lobak Merah (potong memanjang)

Taugeh

Daun Kucai

Cara Membuat:

1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.

2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.

3.Masukkan udang dan isi ayam.  Kacau seketika.

4.Masukkan telur dan kacau hancur.

5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.

6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.

Selamat Mencuba!

Info Ekstra:

Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.

Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan

Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.

Baca di website

]]> 1.694298 Sat, 24 Jun 2017 01:13:26 +0000 <![CDATA[Doh Keropok Lekor Buat Sendiri Memang Lembut, Tapi Inilah Yang Jadikannya Sedap & Rasa Manis Ikan]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/doh-keropok-lekor-buat-sendiri-memang-lembut-tapi-inilah-yang-jadikannya-sedap-rasa-manis-ikan-1.693218 Netty Ah Hiyer

Salah satu rahsia nak jadikan keropok lekor sedap adalah campuran ikan yang banyak. Tapi kalau beli di kedai, jumlah ikan tu dah ditentukan oleh tuan kedai. Resipi keropok lekor homemade ini mudah saja sebenarnya, paling penting isi ikannya banyak.

Cik Puan Nurul Huda Anas kita ini anak jati Terengganu. Kiranya keropok lekor dah jadi menu wajib orang Terengganu. Memandangkan ketika ini, dia tinggal di Melaka, agak payah nak cari keropok lekor yang rasa ikan.

"Yang ada pun rasa tepung, bukan ikan." Inilah sebabnya Cik Puan kita ini buat sendiri. Nak makan pun tak was-was.

Bahan-bahan

1 mangkuk/ 1kg ikan kembung/selayang (ikan sardin) ambil isinya saja, buang kulit nipis & tulang

1/2 mangkuk tepung ubi/sagu (tepung biar sama banyak dengan ikan)

2 sudu makan tepung gandum

Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

2 sudu kecil garam

2 sudu kecil serbuk perasa (ajinamoto)

Cara Membuat

1. Tumbuk isi ikan sampai halus guna lesung. Kalau nak kisar pakai pengisar boleh juga tapi lebih sedap pakai lesung. Nota: Jika guna pengisar, tambah sesudu air untuk mudahkan proses mengisar.

2. Gaul semua bahan kering; tepung dengan serbuk perasa & garam.

3. Masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh.

4. Ambil sedikit doh, kepalkan kecil-kecil.

5. Taburkan tepung atas papan atau dulang, supaya semasa menggentel doh tak melekat.Nota: Doh memang akan lembut sikit tapi inilah yang akan menghasilkan keropok yang lembut dan sedap. Barulah ada rasa manis-manis ikan.

6. Kemudian gentel doh kecil tadi panjang-panjang. Nota: Ikut cita rasa bentuknya sama ada nak panjang atau bulat.

7. Didihkan air dalam periuk.

8. Rebuskan doh yang sudah dibentuk tadi sehingga masak. Nota: Doh yang dah masak akan timbul ke permukaan.

9. Angkat dan toskan airnya.

Nota Tambahan

Bagi yang tak suka direbus. Anda boleh terus menggoreng sebaik siap menggentel. Pastikan keropok tenggelam dalam minyak.

Sentiasa balik-balikkan keropok, api pula jangan kuat takut hangit.

Bila keropok dah kembang bolehlah angkat dan hidang dengan sos pencecah.

Cara Nak Simpan Dalam Peti Sejuk

Keropok lekor yang dah direbus dan separuh goreng, boleh disimpan beku. Bila nak makan boleh dipanaskan bila-bila masa yang anda mahu.

Sumber/Foto: FB Yuyu Al-Huda via Mingguan Wanita
 

Baca di website

]]> 1.693218 Wed, 21 Jun 2017 08:58:34 +0000 <![CDATA[Nak Kuah Kari Jadi Lebih Sedap Ada Caranya, Ikut 11 Tip Ini Gerenti Jadi ]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/nak-kuah-kari-jadi-lebih-sedap-ada-caranya-ikut-11-tip-ini-gerenti-jadi-1.692877 Suhaidah Abd Wahab

Selain rendang dan kuah kacang, kuah kari baik  kari ayam mahupun daging juga merupakan antara hidangan yang sering disediakan dan menjadi pilihan ramai ketika hari raya.

Kuah kari ni banyak padanannya. Sedap dimakan bersama, nasi impit, ketupat, roti jala, lemang, pulut kuning dan macam-macam lagi lah.

Nak sediakan menu kari memang mudah. Rasanya sesiapa pun boleh menyediakannya.Ikut je resipi sedia ada. Tapi nak dapatkan rasa kuah kari yang power dan kawww, itu yang kena tau caranya.

Mak-mak boleh cuba tip ini untuk jadikan masakan kari lebih sedap;

1.Pilih Rempah Asli

Pemilihan rempah kari juga sangat penting bagi memastikan kuah kari jadi lebih sedap. Pastikan memilih rempah kari yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan. 
Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & seafood. Tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.  

2.Tumis hingga garing

Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan.

3.Santan

Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan agar menambah rasa lemak pada kuah kari. Namun bagi kari jenis makanan laut seperti udang,ketam, sotong mahupun ikan, tidak perlu menambah santan untuk menjadikan ia lebih sedap dan tidak 'kacau' rasa.

4.Lebihkan hirisan bawang putih dan halia

Hirisan bawang putih dan halia juga dapat membantu meningkatkan keenakan rasa dan aroma hidangan kari yang disediakan.

5.Asam jawa

Jangan pernah tinggal untuk menambah asam jawa ke dalam masakan. Ini akan dapat membantu memberi rasa masakan lebih enak dan bercita rasa.

6.Kentang

Perlu tahu kentang lebih enak ditambah didalam kari ayam atau daging, berbanding kacang bendi yang lebih sesuai dimasukkan dalam kari udang mahupun ikan. Hirisan kentang juga berperanan untuk memekatkan lagi kuah kari dan sekali gus menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.

7.Hilangkan bau

Jika anda ingin menyediakan kari ikan, sebaiknya campurkan asam jawa dan ramaskan bersama hampas kelapa parut untuk ‘hilangkan’ bau hanyir ikan tersebut.

8.Tambahkan rempah

Selain rempah kulit kayu manis dan bunga lawang, boleh juga dicampurkan dengan rempah lain seperti biji sawi, halba dan jintan putih. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.

9.Garam

Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik dan setelah masukkan santan perasakan sekali lagi dengan garam.

10.Tomato

Memberi rasa masam yang original, masukkan bersama hirisan tomato untuk rasa yang lebih sempurna.

11.Daun kari

Tumis daun kari bersama dengan bahan tumisan lain untuk memastikan aromanya mewangi.  

Selamat Mencuba!

Baca di website

]]> 1.692877 Wed, 21 Jun 2017 03:13:03 +0000 <![CDATA[Punyalah Mudah Nak Buat Apam Pisang Gebu Ni, Peram 1 Ke 2 Jam Atau Semalaman Pun Tetap Naik Cantik!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/punyalah-mudah-nak-buat-apam-pisang-gebu-ni-peram-1-ke-2-jam-atau-semalaman-pun-tetap-naik-cantik-1.692483 Netty Ah Hiyer

Resipi ini sebenarnya mudah nak dibuat. Anda cuma perlukan 4 langkah saya nak siapkan apam pisang gebu ini. Ini perkongsian dari Puan Siti Fatimah Che Awang yang diperoleh dari kawannya yang berniaga.

Haa.. bukan nak suruh berniaga time-time raya ni. Cuma, bila dah dapat resipi ini, bolehlah buat di rumah dan jamu tetamu yang bertandang sebelah pagi mahupun petang.

Kalau tengok teknik dan gambar ini memang boleh dibayangkanlah keenakannya.

Bahan-bahan Kisar

1 cawan gula

1 cawan minyak masak

3 biji telur

Bahan-bahan Lenyek

3 biji pisang emas/kapas

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil baking soda

Cara Membuat

1. Kisar bahan kisar sampai gula hancur.

2. Dalam bekas lain, lenyekkan pisang. Masukkan tepung gandum, baking soda  dan baking powder. Gaul rata.

3. Masukkan bahan kisar dalam tepung. Gaul sebati. Peram 1 ke 2 jam. (Kak Siti pernah peram semalaman, masih tetap naik cantik) Atau sehingga tepun dan bahan kisar bersatu.

4. Panaskan air kukusan, sapu bekas acuan lompang dengan minyak. Tuang adunan 1/3 bekas. Kukus selama 20 minit dengan api besar.

5. Siap! Boleh dinikmati ketika sejuk atau suam-suam semasa sarapan atau menjamu ahli keluarga atau tetamu di petang hari.

Sumber/Foto: FB Siti Fatimah Che Awang via Mingguan Wanita

Baca di website

]]> 1.692483 Tue, 20 Jun 2017 08:25:46 +0000 <![CDATA[Tauhu Berlauk, Resipi Sihat & Ringkas Untuk Berbuka, Gerenti Sedap!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/tauhu-berlauk-resipi-sihat-ringkas-untuk-berbuka-gerenti-sedap-1.692139 Suhaidah Abd Wahab

Biasalah bila dah nak masuk penghujung Ramadan ni, mak-mak mesti dah naik buntu nak memikirkan menu nak masak apa untuk keluarga. Baik menu untuk waktu bersahur mahupun untuk berbuka.Sampai kering idea lah, gitu.

Dan ada masa tertentu juga memang kita nak makan yang ringkas-ringkas je, tak lalu nak yang berat-berat macam  nasi dan mee.

Mungkin mak-mak boleh cuba resipi tauhu berlauk ni.

Tauhu jika digoreng kosong agak menjemukan. Apa kata tauhu yang ada didalam peti sejuk itu, mak-mak olah jadi Tauhu Berlauk ikut resipi ni.

Bukan je sedap dan ringkas, malah resipi tauhu berlauk ni, cukup sihat kerana kaya dengan protien dan pastinya mengenyangkan.

Bukan kata anak-anak, mak ayah pun gerenti suka punyalah!

Bahan-Bahan:

4 ketul tauhu

2 tiub Tauhu Jepun (Tauhu Telur)

50 gram udang atau isi ayam

1 tangkai cili merah

1 batang daun bawang dan daun sup

4 biji telur  

sedikit garam, serbuk lada putih, serbuk perasa secukup rasa

Cara Membuat:

1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur , udang atau isi ayam didalam mesin pengisar.

2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawang,cili merah dan kacau sebati.

3. Masukkan pula garam, serbuk lada putih,serbuk perasa secukup rasa dan gaul rata.

4. Kemudian masukkan bahan bancuhan tadi didalam bekas dan kukus dalam anggaran 15-20 minit sehingga adunan menjadi keras.

5. Biarkan ia sejuk seketika, selepas itu potong dalam bentuk yang dikehendaki.

6. Akhir sekali, pukul 2 biji telur, celup dan goreng sehingga bertukar warna perang keemasan.

Siap!

Info Ekstra!

Tauhu Berlauk ini juga enak dicicah bersama sambal cili, cili kicap atau kuah rojak.

Selamat Mencuba!

Baca di website

]]>
1.692139 Tue, 20 Jun 2017 02:25:52 +0000
<![CDATA[Comelnya Biskut Tembikai Ni, Letak Dalam Balang, Raya Nanti Mesti Ramai Yang Berkenan]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/comelnya-biskut-tembikai-ni-letak-dalam-balang-raya-nanti-mesti-ramai-yang-berkenan-1.691021 Suhaidah Abd Wahab

Macam-macam jenis kuih dan biskut yang akan tersedia raya nanti.Biskut dan kuih raya, bukan sekadar rasa je nak kena sedap, tapi 'rupa' pun kena cantik dan helok.

Biasanya yang jadi pilihan mestilah yang comel, unik dan ada tarikan tersendiri. Contohnya biskut tembikai ni.Comel dan warna warni.

Jom cuba resipi Biskut Tembikai perkongsian oleh Ainun Badariah ni, gerenti ramai yang berkenan nak rasa nanti.

Bahan-Bahan:

250gm mentega (buttercup)

180gm gula halus

300gm tepung gandum (diayak)

150gm tepung jagung (diayak)

5 sudu cornflakes (dikisar halus dan diayak)

1 biji kuning telur

pewarna kuning, merah, hijau

Bijan hitam (untuk hiasan)

Cara Membuat:

1. Masukkan mentega  dan gula dan kacau dalam mixer hingga sebati

2. Masukkan kuning telur (kacau lagi hingga sebati)

3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + cornflakes, letak sikit-sikit dan gaul hingga rata.

4. Bahagikan doh kepada 2/3 bahagian bergantung warna yang diinginkan nak sama ada warna merah atau kuning atau nak dua-dua dan warna hijau.

5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning.

6. Buat bulat-bulat kecil ikut selera masing-masing (buat sama banyak)

7. Leperkan bulat-bulat hijau sebab nak jadikan kulit luar.

8. Masukkan bulat-bulat merah or kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau tu meliputi kesemuanya.

9. Buat sampai siap dulu baru ambik pisau yang paling tajam untuk potong.

10. Bulat-bulat yang dah siap tadi dibelah 4 macam belah telur tu ( potong perlahan-lahan).

11. Susun bijan dengan tahap kesabaran yang paling tinggi,(anggaran masa untuk susun bijan bagi setiap biji ialah 6-9 saat)

12. Kemudian, masukkan dalam papercup.

Bakar pada suhu 200°c 15 - 20 minit

Boleh dapat dalam 130-140 biji ikut saiz yg dibuat)

Siap untuk dihidang

Selamat Mencuba!

Baca di website

]]>
1.691021 Sat, 17 Jun 2017 09:40:13 +0000
<![CDATA[Cara Mudah Buat Makanan Basah (Wetfood) Untuk Kucing Kesayangan]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/cara-mudah-buat-makanan-basah-wetfood-untuk-kucing-kesayangan-1.690577 Suhaidah Abd Wahab

Berita baik buat pemilik kucing. Sebenarnya senang sahaja  jika hendak buat makanan kucing  sendiri, tidak perlukan bahan yang rumit mahupun perlukan masa yang banyak, malah lebih menjimatkan.

Lebih menarik resipi ini mempunyai campuran sayur-sayuran yang pastinya berkhasiat dan bebas daripada bahan pengawet untuk si comel kesayangan.

Ikuti cara berikut untuk membuat makanan basah (wetfood)  sendiri di rumah.

Bahan-bahan:

3 ekor ikan selar

1 batang lobak merah

Sedikit sayur bayam

1 peket kecil agar-agar

Cara Membuat:

Rebus ikan selar dan ambil isinya. Asingkan tulang dan air rebusan ikan.

Kisar isi ikan tersebut bersama lobak merah dan sayur bayam dan masukkan kedalam periuk.

Kemudian masukkan air rebusan ikan dan kisar bersama tulang ikan tadi.

Tapis kisaran tulang ikan tadi dan masukkan kedalam periuk.

Masukkan pula agar-agar kedalam periuk. Kacau dan masak sehingga agar-agar hancur.

Siap! Selamat Mencuba

Info Ekstra!

Selepas siap disediakan masukkan dalam bekas, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk.

Agar-agar berfungsi bagi memekatkan bancuhan serta memudahkan kucing untuk makan.

Selain sayur bayam, boleh juga gunakan buah labu.

Boleh juga gantikan ikan dengan organ dalaman ayam (hati, pedal, jantung dan hempedu ).

Gunakan sudu plastik bila menceduk, bagi memastikan wetfood ini tidak mudah basi.

Sumber Facebook:  Liyana Kamaruzam

Baca di website

]]>
1.690577 Fri, 16 Jun 2017 10:09:34 +0000
<![CDATA[7 Cara Masak Untuk Lembutkan Daging Lembu, Sesuai Nak Masak Banyak Musim Raya Nanti]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/7-cara-masak-untuk-lembutkan-daging-lembu-sesuai-nak-masak-banyak-musim-raya-nanti-1.689530 Nadia Mohamad

Ini salah satu makanan basah yang agak glamour di musim raya sebab ada yang nak buat rendang guna daging, gulai, masak merah, dan macam-macam. Tetapi jika tidak tahu cara yang betul sewaktu memasak, daging akan jadi liat dan kurang sedap.  

Kalau rebus lama, ingat daging jadi empuk tetapi sebenarnya cara ini akan buat daging mudah hancur. Anda boleh guna beberapa cara ini untuk melembutkan daging. Jom lihat satu persatu...

1. Letak daging yang bersih dalam peti

Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin anda rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.

Langkah-langkah:

  1. Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  2. Rebus daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan guna jika perlu.

2. Guna daun betik

Daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya mudah, ramas daun betik muda hingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging.

Langkah-langkah:

  1. Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  2. Rebus daging (bergantung menu masakan).
  3. Bungkus dengan daun betik muda yang sudah diramas, kemudian biarkan lebih kurang 1 jam sebelum dimasak.
  4. Apabila daging sudah direbus, maka proses ini sekali gus membantu penyerapan rempah.

3. Cuci dengan nenas

Anda boleh menggunakan parutan nenas muda.Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat-serat daging sehingga menjadi lebih empuk ketika dipotong.

Langkah-langkah:

  1. Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  2. Biarkan selama 30 minit sebelum dimasak.

4. Rebus dengan rempah

Langkah-langkah:

Cara menggunakannya mudah, setelah daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk.

Langkah-langkah:

  1. Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  2. Tabur daging dengan rempah sambil ramas tapi jangan sampai terlebih rempah, ya.

5. Guna daun nangka

Langkah-langkah:

  1. Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.
  2. Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

6. Daun pisang abu

Langkah-langkah:

  1. Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih.
  2. Carik-carikkan daun pisang abu.
  3. Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

7. Pinang tua

Langkah-langkah:

  1. Ambil 1/2 atau 1 biji pinang tua.
  2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua.
  3. Masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.

Semua cara yang kongsi ini dapat membantu melembutkan daging, anda boleh pilih salah satu cara yang paling praktis dan mudah.

Baca di website

]]>
1.689530 Thu, 15 Jun 2017 02:40:00 +0000
<![CDATA[Kerepek Popia Ikan Bilis, Patutlah Ramai Yang Dah Buat, Senang!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/kerepek-popia-ikan-bilis-patutlah-ramai-yang-dah-buat-senang-1.688737 Nadia Mohamad

Ramai netizen yang viralkan sejenis kerepek bilis ini, jadi kali ini nak kongsi resepi paling senang untuk dihidangkan pada Hari Raya, Kerepek Popia Ikan Bilis. Rahsia masakan ini dikongsi oleh Puan Norliza Tahir, ok jom tengok bahan apa yang diperlukan...

Bahan:

Kulit popia (saya guna yang sedang)

Ikan bilis

Kacang tanah

Tepung gandum + air

Cara-cara:

1. Lipat kulit popia dan potong, ambil satu bahagian tadi lipat memanjang dan potong, satu bahagian yang memanjang tadi lipat 4 dan potong.

2. Kacang tanah dibasuh dan dijemur sampai betul-betul kering. Kalau basuh masa tu dan masa tu nak goreng, luar kacang garing dalam. Lemau! (petua arwah mak mertua)

3. Ikan bilis basuh dan jemur, yang ini kena. Perhatikan selalu.

4. Susun potongan. Popia atas dulang, sapu bancuhan tepung tengah-tengah popia dan letak ikan bilis dan kacang tadi.

5. Akhir sekali bolehlah digoreng sampai warna keemasan.

NOTA:

Selain kacang tanah, anda boleh guna kacang hijau atau kacang dal, pastikan direndam dulu sampai kembang.

Kalau tak ada ikan bilis (abis stok) boleh guna udang geragau kering, pastikan basuh dan keringkan dulu.

Selamat Mencuba!

Baca di website

]]>
1.688737 Wed, 14 Jun 2017 00:53:24 +0000
<![CDATA[Kecoh Mak-mak Satu Malaysia Sebab Biskut Ulat Viral Ini.. Jangan Ada Yang Pengsan Sudah!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/kecoh-mak-mak-satu-malaysia-sebab-biskut-ulat-viral-ini-jangan-ada-yang-pengsan-sudah-1.688624 Netty Ah Hiyer

Mak-mak dah mula intai-intai resipi biskut ke tu? Biskut warna hijau bentuk 'ulat' ini memang rare dan tak pernah lagi nampak kat Malaysia. Tapi mak-mak satu Malaysia dah kecoh sebab bentuk biskutnya yang sesuatu.

Ini perkongsian dari seorang ibu dalam grup Masak Apa Hari Ini (MAHN). Katanya, sebab viral dia pun nak mencuba sama.

Yang lucu, bila anak-anak tengok biskut yang dah siap. Anak-anak pun menjerit.

"Mak! Banyaknya ulat. Kenapa mak masak ulat? Tak nak makanlah. Geli... nanti gatal."

Ya ampun.. hati mak pun retak.

Biarpun retak, Cik sue Misah tetap sudi berkongsi resipi dan cara-cara membuatnya.

Bahan-bahan

1 biji kuning telur

1 1/2 cawan marjerin atau sebuku butter

1 cwn tepung jagung

2 3/4 cawan tepung gandum

sedikit pewarna hijau

Sedikit esen perisa pandan

Coklat cip

Bahan Inti

Guna kurma potong le ikut suka ya

Cara Buat

Adun macam nak buat kek.

Masa membakar guna suhu 140 darjag Celsius selama 15-20 minit (bergantung pada oven).

Taburlah gula halus yang diwarnakan kuning.

Baca di website

]]>
1.688624 Tue, 13 Jun 2017 09:37:55 +0000
<![CDATA[Roti Sardin Balut Popia, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/roti-sardin-balut-popia-rangup-di-luar-lembut-di-dalam-1.688597 Nadia Mohamad

Apa kuih muih anda berbuka puasa anda hari ini? Hakak teruja nak kongsi resepi dari Puan Arieza Rieza ini, sebab tengok semacam dia punya sedap! Jom semak bahan dan cara buat...

Hai semua, bulan puasa ni mulut kerja nak mkn macam-macam, jadi hari ni nak repost balik menu ringan feveret kami sekeluarga. Mini sandwich frozen rangup diluar lembut didalam. Jom la pakat try...

Roti gardinea yang dah nak expired dijadikan mini sandwich frozen goreng rangup, rangup di luar lembut di dalam. Elak prmbaziran..

Cara buat:

1. Sapukan margerin/planta pada roti.

2. Roti dibahagikan kepada 2 bahagian.

3. Bubuh inti pada roti. Saya pakai tuna sardin, kalau nak pkai inti lain pun tak apa. Jangan banyak sangat nant masa nak melipat habis inti terkeluar.

4. Roti yang dah ada inti dilipat 2.

5. Ambil kulit popia dan lipatkan roti tadi dan gam hanya pakai bancuhan tepung gandum saja. Nak pakai putih telur pun boleh.

6. Lepas gam perlu keringkan dahulu takut nanti melekat masa nak susun dalam bekas.

7. Dah siap bolehlah susun dalam bekas dan dimasukk dalam fridge. Nak goreng ambik je dalam fridge.

(Inti masak macam biasa kita nak buat sandwich. Masak dulu.)

Selamat mencuba!
 

Baca di website

]]>
1.688597 Tue, 13 Jun 2017 09:11:47 +0000
<![CDATA[Takde Idea Untuk Menu Berbuka, Boleh Cuba Resipi Pizza Tanpa Uli Ni,Mudah Sangat Nak Buat!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/takde-idea-untuk-menu-berbuka-boleh-cuba-resipi-pizza-tanpa-uli-ni-mudah-sangat-nak-buat-1.688366 Suhaidah Abd Wahab

Bila masuk hari ke-18 berpuasa, mulalah mak-mak ni takde idea nak masak untuk menu berbuka kan.Apa kata cuba resipi pizza paratha ni.Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini sudah tersedia cara yang paling mudah.

Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, hidangan ini pantas memikat selera suami dan anak-anak. Jom cuba untuk hidangan berbuka petang ini. Malah, sediakan untuk waktu bersahur pun pun boleh sangat.

Bahan-bahan:

Roti Paratha Segera (sejuk beku)

Sos Spagetti segera

Sosej (dihiris nipis)

Nenas (dipotong kiub)

Bawang Holland (dipotong dadu)

Keju Mozarella

Cara membuat:

1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.

2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.

3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.

4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.

5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.

6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.

Info Ektra: Selain sosej, boleh juga gantikan dengan udang, hirisan ayam dan sebagainya.

Sumber: Rafiza Idayu (Facebook)

Baca di website

]]>
1.688366 Tue, 13 Jun 2017 04:29:30 +0000
<![CDATA[Petua Masak Untuk Mak-mak Yang Suka Buat Kerja Nak Cepat Tapi Bahan Segar & Jimat!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/petua-masak-untuk-mak-mak-yang-suka-buat-kerja-nak-cepat-tapi-bahan-segar-jimat-1.687485 Nadia Mohamad

Ini tip ringkas dari seorang suri rumah, Suhana Mat Rasu yang mana cara penyimpanan yang diguna berkesan untuk tempoh masa lama bagi bahan-bahan masakan yang mesti ada di dapur tapi kadang kita guna sikit je...

1.Daun sup

Pokok daun sup perlu di simpan di dalam botol plastik (bekas minuman 1.5L) dan diletakkan didalam peti ais

Caranya:

Potong 2 botol minuman, masukkan pokok daun sup dan tutup. Penting untuk memastikan air diletakkan sedikit sahaja setakat cecah pada HUJUNG AKAR sahaja. Air yang banyak akan menyebabkan bahagian batang pokok tenggelam dan batang daun sup jadi lembik dan busuk.

Pokok yg disimpan dengan kaedah ini dapat bertahan lebih dari sebulan.

2.Lengkuas dan Serai

Disimpan di dalam botol kaca dan di isi dengan air sehingga tenggelam keseluruhan lengkuas dan serai tersebut.

Air boleh ditukar 2 minggu sekali atau ikut keperluan.

Perlu disimpan dalam peti ais dan mampu bertahan berbulan lamanya.

3.Cili api dan Lada Merah

Cili api dan lada merah perlu dibuang tangkai terlebih dahulu sebelum disimpan utk mengelakkan tangkai menjadi lembik sekaligus menyebabkan cili dan lada menjadi busuk.

Disimpan dalam bekas bertutup yg di alas dengan tisu dapur atau kertas surat khabar.

Setiap kali menggunakan bahan ini, rajin-rajinkan diri untuk lap penutup bekas simpanan cili supaya wap-wap air hilang dan salin tisu dan kertas jika dah terlalu basah.

Simpan dalam peti sejuk InshaaAllah akan tahan lama.

Bahan-bahan yang disimpan dengan cara yg betul akan dapat bertahan lama. Di samping memudahkan dan mengelakkan pembaziran, duit belanja dapur kita juga dapat dijimatkan.

Selamat mencuba!
 

Baca di website

]]>
1.687485 Sun, 11 Jun 2017 00:14:18 +0000
<![CDATA[6 Rahsia Telur Dadar Jadi Gebu & Sedap; Antaranya Campurkan Mayonis]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/6-rahsia-telur-dadar-jadi-gebu-sedap-antaranya-campurkan-mayonis-1.687120 Suhaidah Abd Wahab

Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.

Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan iklan didalam tv.

Antaranya:

1.Tambah Mayonis

Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.

2.Pukul telur dengan lebih lama

Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.

3.Tapis telur yang telah dipukul

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.

4.Masukan sedikit air

Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.

5.Tambah perahan limau nipis

Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.

6.Tambahkan serbuk penaik

Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.

Selamat Mencuba!

Baca di website

]]>
1.687120 Fri, 9 Jun 2017 18:02:51 +0000
<![CDATA[Kacang Salut Tepung, Laku Keras Kalau Ikut RAHSIA MASAK Ini!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/kacang-salut-tepung-laku-keras-kalau-ikut-rahsia-masak-ini-1.686081 Nadia Mohamad

Agak bosan juga kalau setiap rumah hidangkan biskut, jadi apa kata kalau anda sediakan kudapan mudah ini untuk tetamu. Laku keras kalau buat sendiri, jom tengok rahsia resepi yang dikongsikan oleh Puan Ida Elvira Harizal ini...

Siapa sini suka kacang? Nih acik nak share resepi kacang tepung berempah.Kudapan paling laju habis kalau Hari Raya...

Bahan-bahan:

500gram kacang tanah (bersihkan, cuci dan keringkan sehari sebelum goreng)

5 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar gula

3 sudu kecik garam

2 butir telur ayam

5 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar tepung beras

Cara membuat:

Semua bahan dicampurkan dan gaul sebati, kecuali tepung.

Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras, gaul sebati.

Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana. Pecah-pecahkan kacang yang melekat dengan sudip.

Bila dah nampak garing, angkat dan tos kan minyak. Jangan goreng terlalu garing, kacang akan rasa sedikit hangit.

Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Baca di website

]]>
1.686081 Thu, 8 Jun 2017 05:48:25 +0000
<![CDATA[Wanita Ini Teruja Bila Kualinya Yang Hitam Legam Bertukar Jadi Putih, Tak Sangka Berkesan!]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/wanita-ini-teruja-bila-kualinya-yang-hitam-legam-bertukar-jadi-putih-tak-sangka-berkesan-1.685698 Nadia Mohamad

 

Ini memang kes biasa, bontot kuali jadi hitam tetapi dan kadang siap kat dalam pun hitam. Bukan tak nak cuci tetapi kalau perempuan jenis rajin masak dan terus gosok, akhirnya kuali jadi hitam.

Tetapi kalau ikut orang zaman dahulu, sebenarnya ada kebaikan periuk hitam berjelaga, lagi tebal jelaganya lagi baik, sebab periuk susah nak bocor.

Jangan risau, anda boleh cuci kuali yang hitam itu dengan tip yang dikongsikan oleh Puan Dania Ellyka‎ ini...

Tengok betapa legamnya kuali akak, mula kawin duk rumah mertua. Dah ada anak pindah duduk rumah sewa. Kuali inilah mertua bagi sebelum akak beli yang lain. Tak tahu berapa puluh tahun dah umur dia. Bila rajin macam cermin, bila malas jadi legam. Malam ini cuba cuci dengan soda bikarbonat, sangat terbaik. Kejap saja bersinar-sinar, abaikan telinga tu yer..

Cara Buat:

Terus sental dengan berus dawai, jangan guna air banyak. Agak-agak basah saja, dah hilang semua hitam baru cuci dengan air.

Mudah, bukan?

Ok, ini cara kedua cara basuh belakang kuali.

1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar (supaya senang nk rendam kuali atau periuk)

2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.

3. Masukkan kuali atau periuk didalam air asam tersebut selama 4-5minit.

4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.

5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

Selamat mencuba!

Baca di website

]]>
1.685698 Wed, 7 Jun 2017 08:54:45 +0000
<![CDATA[Resipi Sambal Bilis Terlajak Sedap, Wajib Cuba Bagi Yang Nak Menu Ringkas Untuk Berbuka]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/resipi-sambal-bilis-terlajak-sedap-wajib-cuba-bagi-yang-nak-menu-ringkas-untuk-berbuka-1.683455 Suhaidah Abd Wahab

Boleh dikatakan sambal menjadi kemestian sebagai pembuka selera ketika makan. Dimakan pula dengan nasi putih panas sahaja pun, dah boleh buatkan kita makan bertambah-tambah, sampai mak mentua lalu pun boleh tak perasan lah. Jom cuba salah satu resipi sambal terlajak sedap ni, sebagai salah satu pelengkap hidangan ketika berbuka nanti. Yang mana satu menjadi pilihan dihati?

SAMBAL BILIS PEDAS

Bahan-Bahan:

1 cawan ikan bilis ~ di goreng

15 tangkai cili padi hijau dan merah ~ kalau nak pedas lagi boleh tambah

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1.Goreng ikan bilis ~ ketepikan

2.Goreng juga bawang dan cili padi dengan sedikit minyak hingga layur.

3.Tumbuk bawang dan cili hingga lumat

4.Kemudian tumbuk ikan bilis kasar-kasar

5.Gaulkan semua bahan dalam mangkuk

6.Perasakan dengan garam secukup rasa

Tip: Makan dengan nasi panas begitu sahaja atau lebih enak dinikmati bersama kuah lemak sayur kampung serta ikan goreng mahupun ikan masin.

SAMBAL TOTOK JAWA

Bahan-Bahan:

Segenggam ikan bilis

10-15 tangkai cili padi

3 biji cili merah

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci belacan bakar

Minyak untuk menggoreng

Garam dan gula secukup rasa

Jus limau kasturi secukupnya

Cara Membuat:

1.Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.

2.Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga layur.Angkat dan ketepikan.

3.Belacan di bakar atau jika nak goreng sekali pun boleh.

4.Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan.

5.Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.

6.Perasakan sekali dengan garam dan gula.

7.Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi

8.Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata.

Tip: Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis.

Kredit Gambar & Resipi: norazlitaaziz.blogspot.my
 

Baca di website

]]>
1.683455 Tue, 6 Jun 2017 06:00:02 +0000
<![CDATA[Jangan Sampai Termakan Telur Luput Tarikh, Ketahui Cara Simpan, Masih Segarkah & Selamat Dimasak! ]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/jangan-sampai-termakan-telur-luput-tarikh-ketahui-cara-simpan-masih-segarkah-selamat-dimasak-1.684853 Netty Ah Hiyer

Bukalah mana-mana peti ais, tersedia rak telur di bahagian pintunya. Itu tandanya telur memang makanan wajib ada dalam setiap rumah. Tapi selama menyimpannya, sejauh mana anda tahu yang telur itu masih selamat dimakan dan tak busuk.

Sebabnya, telur kalau dah busuk, sekali dia terpecah boleh buat seisi rumah 'pengsan' berhari-hari tak menahan dengan baunya yang teramat 'pening'.

Bila anda beli telur di kedai atau pasar raya, jangan sesekali membasuhnya dan memasukkan dalam peti sejuk. Itu cara yang salah. Sebaiknya, terus letak pada rak peti ais (barangkali ini alasan rak ini direka di bahagian atas).

Jika anda sudah terbasuh telur yang baru dibeli, ada baiknya anda masak saja.

Kenapa?

Sebabnya pada cangkang telur ada protective bloom yang melindunginya daripada bakteria salmonella. Kalau dah terbasuh bermakna pori-porinya dah terdedah dengan bakteria tersebut. Bayangkan kalau ia dah termasuk dalamnya, anda pun akan sama berisiko terdedah dengan bakteria jahat itu. Itu yang boleh sebabkan sakit perut dan serangan cirit-birit.

Telur Dalam Peti Ais

.    Bila dah simpan telur dalam peti ais, jangka hayatnya cuma antara 2 ke 5 minggu saja. Kalau lebih dari itu 'harap maklum'.

.    Pada pek telur akan ada tarikh luput. Lihat tarikh 'baik sebelum'. Jika sudah melepasi tarikh itu, sehari dua ia sebenarnya masih boleh digunakan. Tapi gunakan untuk membuat kek atau rebus saja. Jangan sesekali menggoreng, jadikan telur dadar atau rebus setengah masak.

6 Tip Simpan Telur

1.    Simpan telur di tempat redup. Jangan letakkan di tempat yang kena cahaya matahari ataupun bahang dapur. Perubahan suhu semasa telur disimpan menyebabkan putih telur mencair.

2.    Telur yang bermutu baik mengandungi kuning telur yang pekat dengan di kelilingi putih telur yang pekat dan satu lagi lapisan putih telur yang cair.

3.     Letakkan bahagian telur yang besar di atas untuk memelihara mutunya.

4.     Jauhkan makanan yang berbau kuat dalam peti sejuk kerana telur boleh menyerap bau makanan lain.

Nota: Andai terpaksa boleh letak makanan berbau dalam bekas kedap udara.

5.     Keluarkan telur dari peti sejuk sekurang-kurangnya setengah jam sebelum digunakan.

6.     Jika hendak merebus telur, gunakan suhu panas yang sederhana rendahnya.

Tentukan Kesegaran Telur

Cara biasa yang kita lakukan adalah pecahkan telur dan jika kuningnya masih bulat bermakna telur masih segar. Kalau kuningnya dah cair, bermakna telur dah tak segar. Sebenarnya ada satu lagi kaedah yang boleh dicuba untuk menentukan kesegaran telur yang tiada tertulis tarikh luput.

1.    Ambil semangkuk air, rendam telur dalam air dan perhatikan.

2.    Jika telur tenggelam mendatar dalam mangkuk bermakna telur itu sangat segar.

3.     Jika telur dalam kedudukan tegak dan masih menyentuh dasar mangkuk bermakna telur itu tak begitu segar tapi masih boleh dimakan.

4.     Jika telur terapung bermakna ia tak lagi segar, busuk dan tak boleh dimakan. Telur yang terapung ini disebabkan ia sudah membentuk gas di dalamnya.

Cara Lain Yang Boleh Dicuba

1.     Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.

2.    Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.

Nota: Selepas melakukan ujian ini anda perlu menggoreng telur dan jangan simpan dalam peti ais. Kerana ia sudah terdedah dengan lembapan dan berkemungkinan bakteria salmonella mudah melekat padanya.

3.     Pecahkan telur dan letakkan atas pinggan atau mangkuk besar. Periksa keadaan putih dan kuning telur. Jika bentuk telur masih kental bermakna ia masih segar. Jika ia mencair, ia tak lagi segar.

4.     Perhatikan putih telur, jika warnanya keruh ia sangat segar. Jika warnanya jernih, bermakna ia dah lama. namun, masih boleh dimakan.

5.     Sebolehnya beli telur yang ada tarikh luput. Memudahkan anda untuk mengenalpasti telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya.

Sumber: Blog Aminah Hafizah via Mingguan Wanita


 

Baca di website

]]>
1.684853 Tue, 6 Jun 2017 03:11:29 +0000
<![CDATA[Nak Sambal Tumis Cantik Warnanya, Sedap & Tahan Lebih Lama, Ini Caranya]]> http://www.mingguanwanita.my/dapur/nak-sambal-tumis-cantik-warnanya-sedap-tahan-lebih-lama-ini-caranya-1.684435 Suhaidah Abd Wahab

Sambal tumis memang enak dinikmati bersama nasi lemak, lontong mahupun dimakan bersama nasi putih sahaja.Tak kiralah nak gandingkan dengan lauk apa sahaja, semuanya pasti membuka selera.Bahkan, makan dengan ikan goreng sahaja pun dah mampu buat kita tersandar kekenyangan.

Namun ada cara dan tip tertentu  bagi menjadikan sambal tumis cantik warnanya, sedap dan yang paling penting tahan lebih lama.Perkongsian ini oleh blogger masakan terkenal, Azlita Masam Manis.

1.Warna Sambal Cantik

Untuk mendapatkan warna sambal yang cantik dan merah menyala, petuanya ialah pastikan masa memotong cili ambil yang berwarna merah sahaja. Buang cili yang berwarna coklat atau kelihatan seperti dah buruk. Ini lah yang menjadi sebab, jika cili tersebut di kisar sekali sambalnya berwarna tak cantik.

Lagi satu, rahsia sambal warna merah cantik ialah gula kena banyak. Sambal yang sedap ianya mesti secukup rasa manis,pedas,masin dan masamnya.

2.Sambal Sedap

Sambal tumis bukan sahaja bergantung pada cili tapi juga pada bawang yang di gunakan. Jika sambal nak sedap gunakan bawang merah kecil, jangan guna bawang besar. Bawang merah kecil ini letak banyak-banyak barulah kuah sambal tu manis dan enak.Jangan lupa masukkan sekali hirisan bawang besar setelah sambal mendidih.

3.Sambal Tahan Lama

Pastikan gunakan minyak yang banyak ketika menumis. Minyak yang banyak akan buatkan sambal tahan lama, berhari-hari walaupun tidak dipanaskan terutamanya sambal ikan bilis.

Masa menumis juga kena lama, supaya bawang dan cili benar-benar garing dan hilang bau atau rasa maung cili.

Sumber:norazlitaaziz.blogspot.my

Selain itu, antara petua lain yang boleh dicuba:

Kisar Minyak

Cili kering yang direbus dengan air panas hendaklah dikisar dengan minyak masak. Ini menjadikan sambal lebih cepat ditumis dan rasanya juga lebih enak.

Malah tekstur sambal juga menjadi lebih halus dan sempurna.

Elak Air Banyak

Ketika menumis sambal, elak memasukkan air yang banyak kerana ia akan hanya membuatkan sambal lambat masak. Malah sambal juga dikatakan tidak tahan lama. Masukkan air sedikit demi sedikit dan jika inginkan kuah berlebihan, tambahlah kemudiannya.

Guna Gula Melaka

Mungkin resipi ini sudah biasa bagi masyarakat sebelah pantai timur. Memasukkan nisan atau gula melaka juga gula kabung adalah cara untuk menaikkan rasa lebih lemak pada sambal.

Buat Sendiri Pes Cili Kisar

Asas membuat sambal yang enak haruslah menggunakan cili kering yang dikisar sendiri.Elakkan sama sekali cili pes segera yang dijual di kedai. Pes segera biasanya sudah ditambal dengan beraneka bahan lain sehingga hilang keasliannnya. Jadi pastikan cili kering sentiasa ada dalam stok di rumah anda.

Selamat Mencuba!
 

Baca di website

]]>
1.684435 Mon, 5 Jun 2017 06:00:51 +0000