MANGO TART WITH MANGO WHIPPED CREAM

BAHAN KULIT TART:

280gm tepung serba guna

12gm kelapa kering

½ sudu teh garam

3 sudu makan gula

225gm mentega

3 biji telur kuning

 

BAHAN KRIM MANGGA:

250gm fresh cream/krim putar

50gm mango curd / seri kaya mangga

 

CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat kulit tart; Satukan  tepung serba guna, kelapa, gula, garam dan mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.

2.Masukkan telur kuning dan uli hingga menjadi doh.

3.Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.

4.Keluarkan dan bahagikan doh kepada bahagian kecil dengan berat antara 12-15 gram.

IKLAN

5.Tekan pada acuan tart atau muffin. Bentukkan kulit tart.  Bakar pada suhu 170˚C selama lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan. Keluarkan dan biarkan sejuk seketika

6. Untuk membuat inti mangga, Pukul krim hingga kembang. Masukkan mango curd dan kaup balik hingga sebati. Picitkan krim mangga ke dalam kulit tart.

7. Hias dengan potongan mangga. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

Resepi Istimewa Untuk Anda Yang Ada Buah Mangga Ranum Di Dapur

 

VANILLA MANGO CUP CAKE

BAHAN-BAHAN:

154gm tepung kek

11/4gm serbuk penaik

½ sudu teh garam

IKLAN

2 biji telur

143gm gula kastor

11/2 sudu teh esen vanila

85gm minyak jagung

85gm susu segar

Acuan kek cawan secukupnya

 

BAHAN MANGO CURD:

400gm isi mangga

100gm gula kastor

3 sudu makan jus lemon

1/8 sudu teh garam

IKLAN

4 biji kuning telur

30gm mentega

 

CARA MEMASAK:

1.Mula,-mula, sediakan mango curd dahulu. Isi mangga dikisar hingga halus.

2.Masukkan jus lemon, gula, garam dan kuning telur gaul sebati.

3.Gunakan kaedah ‘double boiler’ untuk memasak adunan.

4.Masak lebih kurang 15-20 minit hingga adunan memekat.

5.Alihkan dari api dan masukkan mentega. Gaul sebati. Simpan di dalam bekas dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Keluarkan bila hendak digunakan.

6. Untuk menyediakan kek cawan, Panaskan oven 180 ˚ C.

7. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.

8. Dalam bekas berasingan,  pukul telur sedikit dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang.

9. Masukkan esen vanila dan minyak jagung ke dalam adunan dan pukul sebati.

10. Masukkan campuran tepung tadi dan selang-selikan dengan susu segar.

11. Gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas acuan kek cawan 2/3 penuh.

12. Bakar lebih kurang 15-20 minit hingga perang keemasan.

13. Sejukkan seketika. Buat lubang pada bahagian tengah kek cawan. Picitkan mango curd yang telah disediakan lebih awal Sedia untuk dihidangkan. Boleh hias dengan krim putar dan hirisan mangga di atasnya untuk lebih menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI