Rahsia Cantik Datin Elvina, Amalkan Bangun Awal Pagi & Pastikan Hidup Sentiasa Ceria. Pelakon cantik, Datin Elvina Mohamad yang juga pemilik nama sebenar Norzalina Mohamad akui bukannya mudah untuk bergelar isteri dan ibu serta wanita bekerjaya.
Heroin drama ‘Takdir Cinta Dhia’ ditanya apakah rahsia dirinya kelihatan cantik sentiasa dan tip yang diamalkan, Elvina menerangkan dia merupakan seorang yang ceria.
“Rasanya tak ada tip yang diamalkan untuk kelihatan cantik cuma saya ni jenis yang sentiasa ceria mungkin sebab tu nampak muda,” kongsi wanita yang kini berusia 27 tahun itu.
Menyambung tentang kisahnya, Elvina yang ditemui baru-baru ini akui dia seorang yang sibuk.
“Memandangkan saya jenis yang sibuk dengan shooting dan jaga anak jadi saya akan ambil vitamin untuk kesihatan badan,” luah Elvina.
Selain itu, Elvina juga menerangkan paling penting setiap hari dia akan bangun awal pagi.
“Saya amalkan bagun pagi, tak kisahlah waktu bekerja atau cuti. Saya tak biasa bangun lewat sampai pukul 10 pagi.
“Biasanya saya akan lakukan sedikit senaman seperti yoga,” tambah Elvina.
Suami Memahami
Ibu kepada seorang cahaya mata Karl Mateen, 3. Ini juga menjelaskan dia beruntung kerana suami sangat memahami kariernya dan tidak meletakkan syarat dalam lakonan.
Ads
“Suami tidak pernah meletakkan syarat kerana tahu saya sendiri faham di mana batas saya sebagai isteri.
“Dalam soal ini, saya lebih melihat kepada keperluan dan logik untuk melakukan satu-satu babak itu.
“Jika diminta berpegangan tangan atau membuat aksi romantik yang sememangnya ada dalam skrip, saya okey sahaja.
“Namun jika ia berlebih-lebihan dan tiada keperluan berbuat demikian, saya akan bincang semula dengan pengarah dan mencari penyelesaian terbaik,” jelasnya yang bakal kembali ke set penggambaran drama baharu menjelang Oktober ini.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Perlu sediakan wang RM36000 masa terdekat.” Suami ini buntu cari duit pembedahan jantung isteri.
Bukan mudah bagi suami ini untuk menyediakan wang dalam jumlah yang begitu banyak dalam keadaan sekarang.
Suami Buntu Cari Duit Pembedahan Jantung Isteri
“Saya buntu untuk cari duit dalam masa terdekat bagi pembedahan jantung isteri,” luah Muhammad Aifaa Zulkiffly, 33, berhubung masalah yang dihadapinya bersama isteri, Norsihmah Anuar, 33.
Menurutnya, dia perlu sediakan wang RM36,000 bagi pembedahan memasang alat bantuan jantung (ICD) isterinya itu.
“Doktor maklumkan pada Rabu lalu berhubung perkara itu. Pembedahan isteri sepatutnya dibuat pada Isnin lalu tetapi ditangguhkan kerana perlu menyediakan kos pembedahan.
“Isteri sekarang ada di Hospital Serdang dan saya hanya dapat melawatnya dua kali sehari kerana terpaksa bekerja mencari duit belanja,” katanya.
Perlu Sediakan Wang RM36000 Masa Terdekat
Jelas Muhammad Aifaa, isterinya dikesan menghidap penyakit paru-paru berair sejak dua tahun lalu dan mula mengalami masalah jantung baru-baru ini.
“Selain masalah jantung bengkak dan paru-paru berair, dia juga ada masalah darah tinggi, mungkin kerana bimbang penyakitnya itu.
“Saya buntu mencari dana untuk pembedahan isteri sedangkan doktor mengatakan ia (pembedahan) perlu disegerakan.
“Isteri di masukkan ke Hospital Port Dickson pada 12 September (Ahad) dan dipindahkan ke Hospital Serdang pada 19 September lalu berikutan sudah berada dalam keadaan koma,” ujar bapa dua anak lelaki berusia tujuh dan sembilan tahun itu.
Pendapatan Terjejas
Tambahnya, dia terpaksa kerap bercuti untuk menguruskan isteri dan dua anaknya menyebabkan pendapatan turut terjejas.
“Selain mencari dana untuk pembedahan isteri, saya juga perlu menyediakan wang sewa rumah RM600 sebulan.
“Dirumah pun anak yang masak jika saya perlu bekerja dan mereka terpaksa menguruskan diri sendiri jika saya keluar bekerja.
“Buat masa sekarang, saya amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk pembedahan segera isteri yang mana perlu disegerakan,” katanya.
Dia ditemui selepas menerima sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) hari ini.
Sementara itu, Pengerusi PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, juga berusaha mengumpulkan dana bagi membantu keluarga ini terutama untuk pembedahan isterinya.
Orang ramai yang inging menghulurkan sumbagan bagi meringankan beban keluarga ini, boleh menghubungi Muhammad Aifaa Zulkiffly ditalian 017-369 4630.
Mingguan Wanita : Semoga wang dapat dikumpul secepatnya dan pembedahan tersebut dapat disegerakan serta kesihatan Norsihmah Anuar kembali pulih.
“Saya sangat sedih mengenangkan arwah kerana dia dijangka menimang cahaya mata sulung bulan depan iaitu pada hari kelahirannya. Namun dia pergi buat selama-lamanya meninggalkan isteri yang sarat mengandung.”
Demikian luahan pilu Zaiton Abdul Rahman, 64, ibu kepada Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang maut ditembak di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Luahan ibu arwah Mohd Fuad Fahmie
Menurut Zaiton, kesedihan yang dirasainya bertambah apabila mengenangkan anak keempat daripada enam beradik itu baru sahaja pulang ke rumah mereka di Pasir Mas pada Khamis, sebelum kembali semula ke Golok sekitar jam 3 petang semalam.
“Rutin arwah setiap kali mahu kembali ke Golok, dia akan peluk cium saya dan suami. Selepas enam jam anak kembali ke Thailand dalam keadaan sihat, siapa sangka saya menerima panggilan anak meninggal dunia ditembak.
“Malah hasrat arwah Fuad untuk melihat anak sulung bulan depan juga tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka.
Kehidupan arwah dan keluarga di Sungai Golok
Zaiton yang merupakan pesara guru memberitahu, anaknya telah mendirikan rumah tangga dengan Wan Fatihah Mat Husin, 35, dari Rantau Panjang kira-kira dua tahun lalu.
“Selepas berkahwin anak ulang-alik tinggal di Pasir Mas dan Golok memandangkan besan saya tinggal di Golok, jadi anak saya tinggal di sana sambil berniaga beg dan batu permata dalam talian.
“Boleh dikatakan sekurang-kurangnya dua kali seminggu arwah akan pulang ke rumah memandangkan suami saya sedang sakit dan terlantar.
“Menantu juga menjalani pemeriksaan kandungan di sini dan sepatutnya Selasa ini dia akan pulang semula kerana menantu perlu berjumpa doktor pakar.
“Saya tidak sangka pelukan kami semalam adalah yang terakhir. Tiada tanda pelik ditunjukkan arwah dan kami berborak seperti biasa sambil memaklumkan akan pulang semula pada esok. Apa yang berlaku memang sedih namun reda dengan ketentuan Allah,” katanya.
Jenazah dikebumikan di Kampung Apam
Jenazah Mohd Fuad Fahmie yang maut ditembak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra di sini pada jam 2.30 petang Ahad.
Sebelum ini, jika mahu claim balik Wang Tidak Dituntut, individu perlu ke Jabatan Akaun Negara untuk buat semakan. Rupanya buat secara online pun dah boleh dah.
Lelaki ini, Mohd Rusaini Bin Hashim dah pun mencubanya secara dalam talian. Hasil semakan di online, dia dapat balik Wang Tidak Dituntut sejumlah RM700++. Seronokkan, macam rezeki terpijak pun iya.
“Alhamdullilah.. wang tidak dituntut dalam RM 700++ boleh la buat beli jajan.”
Apa sebenarnya Wang Tidak Dituntut tu.. bahasa mudahnya, duit yang ada dalam akaun bank lama yang dah terbiar atau ditutup tapi mak ayah tak tuntut. Duit tu, masih ada sebenarnya. Dan boleh dituntut.
Walaupun cuma RM10 pun, akan dipulangkan kepada mak ayah. Sebelum ini, perlu ke Jabatan Akaun Negara untuk buat semakan. Sekarang tak lagi. Hadam sini cara nak semak menerusi online.
Cara Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online
Ini cara untuk semakan wang tidak dituntut (WTD) secara online
Ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie berkongsi kesedihan apabila arwah yang maut ditembak di Sungai Golok tidak sempat menimang cahaya mata sulung yang dijangka lahir pada hari kelahirannya.