Musim Raya ni mesti ramai mak-mak dan akak-akak yang turut ada perancangan untuk nak tambah atau nak tukar barang kemas kan. Waktu Raya ni lah selalunya nak melaram dengan barang kemas baru, barulah lengkap bergaya pagi raya nanti.

Tapi nak beli barang kemas bukannya murah, bajet yang cik abang bagi pun cukup-cukup je kan.

Biasanya, cara yang sering kita lakukan ialah dengan Trade In emas yang lama untuk membeli emas yang baru.

Cara ini sebenarnya amat merugikan. Emas kita ditolak dengan harga susut nilai, barang kemas pun tak bertambah. Jangan rasa rugi beli emas iya! Harga emas selalunya akan semakin meningkat dan beli emas merupakan satu aset yang amat berharga untuk kegunaan pada masa akan datang.

Menerusi perkongsian oleh Puan Norhana Binti Hashim, beliau berkongsi cara dan teknik yang lebih mudah yang  dia lakukan untuk membeli barang kemas tanpa perlu trade in, pada masa yang sama koleksi barang kemas turut bertambah.

Berikut antara perkongsian teknik ini;

Ramai wanita yang suka trade in barang kemas. Tahukah anda? Perbuatan tersebut amat merugikan anda sendiri. Kenapa saya kata begitu?

Sebab bila kita trade in barang lama pada yang baru, aset emas kita tetap tidak bertambah malah berkurang. Selain itu perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar emas yang baru jika harga tukaran barang kemas kita rendah. Jadi disitu kita dah rugi besar sebenarnya.

Jadi disini saya mencadangkan JANGAN TRADE IN!

Cuba teknik ini:

1. Bawa emas lama ke ArRahnu dan dapatkan wang tunai.

2. Bila sudah menerima wang tunai, anda boleh pergi beli emas baru dengan nilai wang yang kita dapat atau tambah sedikit bagi barang kemas yang nilai lebih dari nilai pajak sebentar tadi.

3. Jadi sudah boleh melaram dengan barang kemas baru.

4. Lepas raya,kumpul duit tebus semula barang kemas lama.

5. Bila dah tebus kita sudah menambah nilai asset kita.

6.Maka ulang langkah ini setiap tahun.

Maka tiap-tiap tahun boleh pakai barang kemas baru.

Senangkan? Aset pun semakin bertambah.

Info Ekstra

Tempoh pajak di ArRahnu ialah 6 bulan.

Untuk pajakan emas kali pertama, Ar Rahnu biasanya beri 65%  dari harga emas.

Pajakan untuk kali kedua Ar Rahnu akan beri 70% dari harga emas.

Jika mahu harga yang lebih tinggi, boleh pajakkan di  Ar Rahnu Agro Bank, kerana boleh beri sehingga 80% dari harga emas.

Jika dalam masa 6 bulan tak berjaya tebus,boleh bayar bunga dan boleh sambung tempoh tarikh matang untuk 6 bulan lagi.

Selamat mencuba

Sumber Facebook:Norhana Binti Hashim