Beriya beli suplemen sampai habis beratus ringgit sebab nak cantik dan langsing. Tapi badan tetap bulat dan kulit tak gebu pun. Sakit hati bila fikir duit habis, hasilnya tak ada.

Sebenarnya ada cara mudah dan murah kalau nak kulit gebu dan tubuh menawan. Hanya amalkan jus buah-buahan.

Buah-buahan adalah satu daripada anugerah alam yang terbaik untuk manusia. Selain dijadikan makanan, buah-buahan juga dapat meningkatkan tahap kesihatan dan sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman serta luaran wanita.

Selain itu, khasiat yang terkandung dalam makanan ini juga dapat membantu wanita menjaga kecantikan diri. Ia sangat bermanfaat untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit serta membantu melangsingkan tubuh.

Kami kongsikan lima resipi minuman istimewa yang  dapat membantu anda tampil cantik, langsing dan lebih anggun. Resipi ini kolaborasi Pakar Dietatik, Indra Balaratnam dan MBG.

1. Jus Kempiskan Perut

Pasti ramai di luar sana yang menghadapi masalah perut buncit, usah bimbang kami kongsikan rahsia untuk miliki perut kempis dan menawan. Pastikan anda benar-benar mengikut sukatan yang disarankan agar hasilnya seperti yang diharapkan.

Bahan-bahan:

½ biji nanas kecil

3 biji buah kiwi} dikupas kulit dan dipotong kecil.

Cara membuat:

1. Potong jambul nanas dan kupas kulitnya, kemudian potong nanas menjadi potongan kecil.

2. Kemudian, masukkan buah nanas dan buah kiwi yang sudah dipotong ke dalam pengesktrak.

3. Ekstrak jus buah-buahan ini, minum segera agar khasiatnya terjamin.

Manfaat:

Jus ini membantu penghadaman dan proses lawas, hasilnya perut akan leper serta rata jika diamalkan secara konsisten.

2. Jus Atasi Jerawat

Kehadiran jerawat sedikit sebanyak menjejaskan penampilan wanita. Jerawat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara. Antaranya, pencemaran, penjagaan kulit yang tidak sempurna, produk tidak sesuai dan perubahan hormon. Kombinasi buah-buahan boleh dijadikan jus khas untuk merawat masalah jerawat.

Bahan-bahan:

1 biji oren}

1biji buah mangga} dibuang kulit dan dipotong kecil

1biji buah pear}

Cara membuat:

1. Masukkan buah-buahan yang sudah dipotong ke dalam pengesktrak.

2. Ekstrak jus buah-buahan ini, minum segera agar khasiatnya terjamin.

3. Anda juga boleh gabungkan khasiat buah-buahan seperti anggur dan lobak merah atau tomato, lobak merah dan epal.

Manfaat: Vitamin C yang terkandung dalam buah-buahan dapat membantu mengatasi masalah jerawat, menghilangkan parut secara semulajadi dan mencerahkan kulit.

3. Jus Untuk Kulit Sihat Bersinar

Kajian yang dilakukan oleh University Of St. Andrews di British menemui fakta menarik tentang khasiat buah serta sayur untuk kecantikan. Menurut kajian tersebut kombinasi jus buah dan sayur dapat menambah baik tona kulit agar menjadi lebih sekata. Ia juga membantu kulit menjadi lebih sihat dan bersinar.

Bahan-bahan:

1 biji tomato

1 biji lobak merah

1 biji epal

Cara membuat:

1. Masukkan buah-buahan yang sudah dipotong ke dalam pengesktrak.

2. Ekstrak jus buah-buahan ini, minum segera agar khasiatnya terjamin.

3. Anda juga boleh gabungkan buah tembikai susu dan timun  atau avakado untuk pilihan jus.

Manfaat:

Dapat membantu mengatasi masalah kulit kering, melembap dan membuatkan kulit lebih halus.

4. Jus Langsingkan Tubuh

Tubuh yang gemuk dan potongan badan menggeleber menjadikan wanita rendah diri serta tidak berkeyakinan dalam apa juga perkara yang dilakukan. Sebenarnya, anda tidak perlu mengambil risiko mengamalkan produk pelangsingan. Sebaliknya, anda mesti mengamalkan diet seimbang.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak, lebihkan makanan yang tinggi fiber. Ia membantu proses penghadaman. Pilih buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti tembikai, tomato dan nanas.

Bahan-bahan:

1 biji oren} kupas kulit dan potong buah menjadi kecil

1 biji lemon}

Sedikit seleri

Cara membuat:

1. Masukkan buah-buahan yang sudah dipotong ke dalam pengesktrak.

2. Ekstrak jus buah-buahan ini, minum segera agar khasiatnya terjamin.

3. Anda juga boleh gabungkan buah oren, mangga dan pear.

Manfaat:

Buah-buahan ini tinggi dengan fiber dan serat, ia membantu tubuh menyerap nutrient yang lebih baik, membantu proses penghadaman dan melangsingkan tubuh.

5. Jus Mata Menawan

Untuk mendapatkan mata yang sihat dan menawan, rahsianya adalah Vitamin C, E, Omega 3, asid folik, Vitamin B12 dan B6. Kesemuanya terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi apa tunggu lagi, minum jus untuk miliki mata menggoda.

Bahan-bahan:

1 biji oren}

1 biji epal} dikupas kulit dan dipotong kecil

1 biji ubi bit]

Cara membuat:

1. Masukkan buah-buahan yang sudah dipotong ke dalam pengesktrak.

2. Ekstrak jus buah-buahan ini, minum segera agar khasiatnya terjamin.

3. Anda juga boleh gabungkan buah oren, epal dan lobak merah.

Manfaat:

Menjaga kesihatan mata, menjadikan mata segar, sihat dan bersinar.