Sesetengah pekebun, tanam pokok rama-rama buat hiasan kediaman. Pokok rama-rama ini ada yang warna merah dan ada yang warna hijau. Yang boleh dijadikan penawar penyakit tu hijau warnanya.

Perkongsian dari Roseli Zin memberi cara-cara memilih pokok rama-rama yang boleh dijadikan penawar penyakit...

Dua hari lepas saya ada terbaca tentang pokok Rerama hijau yang rakan post dalam grup ini (Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri).

Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya, yang mula tanam pokok ini hampir 2 tahun lalu semasa pokok ini mula2 dikenali. (Harga sepokok anak pokok pada masa itu paling kurang RM100 baka dari Thai).

Melalui pengalaman saya ianya mampu merawat sakit gout,kencing manis, buasir dan lain2 penyakit bila minum air rebusan daun pokok ini mengikut panduan berikut:

1. Pokoknya mesti matang (selepas 4 bulan ditanam)

2. Rebus daun kering mengikut sukatan. 5gm daun kering +500ml air.

3. Minum 2 kali sehari. (Pagi dan malam).

~ Walaubagaimana sekali pun kita hanya berusaha, ketentuan kesembuhan atas kehendak-NYA jua.

Sumber / Foto: Roseli Zin