Dapurlah tempat paling utama mak-mak akan fokus, nak nampak bersih dan tak 'semakkan' mata. Jadi kali ini nak kongsi satu idea menarik bagi anda yang tak ada kitchen kabinet, anda boleh cuba buat langsir seperti yang dibuat oleh Puan Ayza Nur menerusi Kelab Dekorasi IKEA Malaysia...

Selamat petang semua... siap sudah diy bawah kabinet dapur, barulah nampk kemas sikit al-maklumlah rumah tak ada kitchen kabinet.

Idea dapat dari sis dalam group nie juga.

1. Barang beli kat MR DIY

2. Shower curtain (2pcs x RM 14. 90)

3. Curtain bar (4 pcs × RM 3. 30)

4. Hook sticker (2 pkt × RM 1. 30)

Cara-cara nak diy:

  1. Kabinet rumah sewa saya ni panjang jadi saya beli 2 keping curtain.
  2. Ukur smpai labuh mana nak, kemudian potong.
  3. Curtain ni masa beli siap ring tu sekali tau.
  4. Rod tu saya beli 4 batang. Rod tue boleh adjust pnjangnya.
  5. Nak lekatkan guna hook yang boleh lekat kat marmar tu, yang macam kita lekat tempat sabun dalam bilik mandi tu.
  6. Dah lekatkan hook tue masukkan rod td dalam ring curtain tue. Kemudian tekan kuat-kuat sikit bagi hook tu melekat kuat-kuat.