Amoi Jamu a.k.a Amanda Tan berkongsi lagi petua cantik dan langsing. Kali ini cara-cara nak kempiskan perut dengan amalkan minuman berkhasiat dan semula jadi. Amanda ini sekali pandang dah macam ratu jamu pun ya. Ini perkongsian darinya.

Singkirkan Perut Buncit Cara Alami

Bila sebut sahaja bab perut buncit, ramai wanita amat risau bagaimana cara menanganinya secara sihat yakni semula jadi.

Sebagai seorang wanita, sama ada wanita korporat atau suri rumah, kita sering mencari jalan cepat, selamat dan semulajadi untuk dipraktikkan.

Boleh cuba resipi ini secara konsisten untuk seminggu ke dua minggu. Anda akan merasai perbezaannya.

Bahan-bahan:

1 inci Halia bentong atau halia tua *saiz ibu jari

4 ulas Bawang putih

1/2 Lemon

1 cawan Air masak *300ml

2 sudu besar Madu

Cara Penyediaan

1. Sediakan semua bahan ikut sukatan. Ini adalah sukatan untuk satu orang. Jika lebih orang, boleh tambahkan sukatan bahan.

http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.667663.1493537595!/image/image.jpg

2. Cuci bersih bahan dan potong kecil kecil supaya senang dikisar.

3. Masukkan halia, bawan  putih, setengah lemon dan air  ke dalam blender.Blendkan kesemua bahan sampai sebati.

4. Selesai diblendkan, asingkan jus and hampasnya ke dalam satu cawan.

5. Gunakan sudu plastik dan tambahkan madu. Kacau rata. Siap diminum.

* Kenapa sudu plastik? Kerana besi akan merosakkan khasiat madu.

Apa Kaitan 4 Bahan Utama Ini Dengan Perut Kempis

*Bawang Putih:

Bagus untuk menurunkan berat badan, melancarkan peredaran darah, mengelakkan terbentuknya sel sel lemak di dalam badan.

*Halia Bentong:

Memecah lemak , membuang angin dan toksin di dalam badan.

*Lemon:

Kaya dengan serat dan vitamin C untuk meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan.

* Madu

Manisan semula jadi yang membekalkan tenaga.  

Kalau Langgar Pantang Ini, Tak Jadi.. Korang Jawablah Sendiri!

  • Sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki.
  • Plastik sudu digunakan untuk mengekalkan khasiat madu. Jangan tambahkan madu ketika mengisar bahan bahan sebab pisau pengisar adalah besi. Ia akan merosakkan khasiat madu.
  • Tidak digalakkan ditambah ais. Sebab ais menyukarkan proses penghadaman kita lalu menyebabkan perut buncit.
  • Amat digalakkan untuk menjaga pemakanan kita seperti mengurangkan pengambilan makanan berminyak, goreng atau manisan yang berlebihan jika kita inginkan hasil yang lebih memuaskan.
  • Setiap amalan harus konsisten dan istiqomah untuk mendatangkan hasil yang bagus dan berpanjangan.

Sumber/Foto: Amoi Jamu a.k.a Amanda Tan via Mingguan Wanita