Memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan dan penjagaan kulit, Pinkish Beauty Cosmetic, sudah hampir lima tahun menjual pelbagai jenis produk bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.
 
 
Terbaharu, Pinkish Beauty Cosmetic akan memperkenalkan produk baharu mereka dikenali sebagai Coffee Pink untuk wanita serta lelaki di luar sana.
 
 
Pasti ada yang tertanya-tanya bila membaca nama Coffee Pink tersebut. Adakah kopi keluaran Pinkish Beauty berwarna merah jambu?
 
 
Menurut Pengarah Urusan Pinkish Beauty, Adiliefa Natasha Mohathir, nama tersebut di ambil bersempena nama syarikat mereka selain kulit dan bibir akan berwarna merah jambu jika mengamalkan pengambilan Coffee Pink.  
 
 
“Saya tahu ramai akan tertanya-tanya bila mendengar nama Coffee Pink dan itu merupakan strategi kami dalam melariskan jualan produk baharu ini,” katanya ketika ditemui di Shah Alam.
 
 
Adiliefa Natasha turut berkongsi keistimewaan Coffee Pink yang mana tidak mengandungi kolagen tetapi digantikan dengan bijirin, habbatus sauda dan vitamin A, C dan E.
 
 
“Melalui kajian kami hampir 99 peratus kopi kecantikan di luar mempunyai kolagen. Harus diingatkan bukan semua orang boleh menerima kolagen dalam badan mereka.
 
 
“Jadi kami merupakan syarikat pertama yang mengambil langkah berani menghasilkan kopi kecantikan tanpa menggunakan kolagen menggunakan resipi moden islamik,” katanya.
 
 
Ditanya mengenai kelebihan Coffee Pink, Adiliefa Natasha berkata, produknya itu sesuai digunakan untuk wanita dan lelaki yang mempunyai masalah kulit.
 
 
“Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, kusam dan jeragat bolehlah mencuba Coffee Pink. Tetapi bagi yang mempunyai masalah jerawat tidak digalakkan.
 
 
“Selain itu, Coffee Pink juga sesuai untuk mereka yang berdiet kerana ia mengandungi bijirin yang mengenyangkan dan amat bertepatan dengan Ramadhan yang bakal menjelma minggu hadapan,” katanya.
 
 
Pinkish Beauty turut menyasarkan jualan 20,000 hingga 30,000 botol Coffee Pink setiap bulan selepas ia berada di pasaran pada 11 Jun ini.
 
 
Bagi harga sebotol Coffee Pink keluaran Pinkish Beauty mempunyai 15 paket kopi dan berharga RM65 untuk Semenanjung Malaysia dan RM70 untuk Sabah dan Sarawak.
 
 
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi +6012 348 3179