Cabaran paling besar buat ibu menyusu sepanjang bulan Ramadan tentu-tentulah nak menyedia dan memastikan jumlah susu cukup banyak untuk kegunaan bayi yang masih kecil.

Kalau ibu tiada masalah kesihatan, wajib untuknya meneruskan puasa walaupun dia sedang menyusukan anaknya. Sebab itulah, ibu menyusu perlu bersahur agar zat-zat dapat diperoleh si kecil sepanjang menyusukannya di bulan penuh barakah ini.

Mengambil kurma ketika bersahur dan berbuka antara amalan yang selalu disarankan. Sebenarnya, ibu menyusu boleh amalkan air milkbooster paling mudah nak disediakan ini jika mahu susu kekal banyak.

Ini resipi yang dikongsikan Puan Shofi Ibtisam.

Bahan-bahan:

Susu segar (fresh milk)

1 biji kurma

7 biji badam

21 biji kismis

Caranya:

  1. Kisar kesemua bahan ini dan terus minum.
  2. Jangan simpan sebab ia akan menyebabkan anda muak untuk mengambilnya.

Faedah

  • Sesuai dijadikan milkbooster
  • Membekalkan/ mengurangkan rasa lapar ibu yang menyusu semasa bulan puasa

Ini Cara Dapatkan 10 Gelas Air Sepanjang Seharian Berpuasa

2 gelas ambil masa berbuka

2 gelas ambil sebelum solat sunat terawih

2 gelas ambil selepas solat sunat terawih

2 gelas ambil sebelum tidur

1 gelas ambil sebaik bangun tidur

1 gelas ambil sebelum tutup sahur

Agen Penambah Susu Badan

  • Pegaga
  • Jantung Pisang
  • Biji chia seed - tabur dalam air atau atas makanan
  • Kombinasi sayuran dan buah-buahan