Ini kisah benar. Baru-baru ini Kakak dan Baby selsema dan batuk. Hakak bawa mereka berdua jumpa doktor untuk check paru-paru sama ada kena infection atau tidak. Biasalah selepas jumpa doktor, Hakak akan simpan ubat tu dulu. Hakak akan cuba sembuhkan secara alami dahulu, kalau tak jalan baru try ubat sebab baby masih kecil.

Untuk rawat dan selsema mereka, Hakak akan buat minyak bawang putih. Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Sangat digalakkan untuk makan bawang putih banyak-banyak bila tak sihat.

Ada 2 Cara Buat Minyak Bawang Putih:

Cara 1:

  1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit.
  2. Tak perlu buang kulit.
  3. Cucuk dengan garfu dan bakar di atas dapur.
  4. Bila kulit dah nak hangus, tutup api.
  5. Hiris nipis bawang putih tadi.
  6. Masukkan dalam bekas.
  7. Tambah minyak zaitun.
  8. Ramas-ramas sikit bawang putih tu supaya bercampur dengan minyak tadi.

Cara 2:

  1. Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit.
  2. Tak perlu buang kulit.
  3. Goreng tanpa minyak di dalam periuk kecil.
  4. Bila dah nak hangus, tutup api.
  5. Masukkan dalam bekas.
  6. Tambah minyak zaitun.
  7. Ramas-ramas sikit bawang putih supaya bercampur dengan minyak tadi.
  8. Kalau tak ada minyak zaitun, anda boleh guna minyak masak dan ada juga orang guna minyak kelapa dara.
  9. Anda boleh buat sikit dan  minyak ini tahan untuk 3 hari. Selepas tu, anda boleh buang dan buat baru jika perlu.

Cara Guna Minyak Bawang Putih:

  1. Sapu di belakang betis, dada, belakang badan dan juga tapak kaki anak.
  2. Boleh juga sapu di hidung mereka. Yang ni, Ros akan sapu bila mereka leka sikit atau sedang tidur.
  3. Kerapkan sapu minyak bawang putih ini. InsyaAllah akan berkurangan selsema dan batuk mereka.

NOTA:

Andai anak masih menyusu, ibu digalakkan ambil supplement Vitamin C atau makan buah oren sebab bila anak menyusu anak akan sedut zat itu sekali melalui susu ibu. Untung sebenarnya kalau kita menyusukan anak! Sekurang-kurangnya kita boleh berusaha sama untuk pulihkan selsema dan batuk anak.