Sakit perut senggugut setiap kali datang haid memang sengsara. Mood pun jadi tak menentu, serba serbi rasa tak selesa.

Sebenarnya, masalah haid tidak lancar dan sakit senggugut ini boleh diatasi dengan petua mudah, hanya menggunakan empat bahan sahaja.Cara nak buat pun senang je.

Bukan mak-mak je yang boleh amalkan, anak dara pun sesuai sangat.

Berikut merupakan perkongsian petua daripada Sumaiyah Abdullah ini‎;

Bahan-bahan:

8 batang serai-diketuk

1 ketul halia sebesar ibu jari

1 sudu besar habatussauda'

1-2 sudu besar madu

4 gelas air

Cara-caranya :

1.Satukan kesemua bahan tadi kecuali madu ke dalam periuk. Kemudian rebus sehingga mendidih dengan api yang perlahan.

2. Tapis rebusan tadi dan biarkan sejuk. Kemudian masukkan madu dan kacau rata. Sedia untuk diminum.

Waktu Minum:

Minum sekali sehari pada permulaan haid dan seeloknya pada waktu malam.

Rasa rebusan teh serai ini sedikit pedas dan segar.

Selamat Mencuba!

Sumber: Sumaiyah Abdullah‎ via MAHN