Sumber Foto: Instagram Diana Amir

Pesan Diana jangan malu belajar mengaji walau usia lanjut. Belajar mengaji pada usia lanjut adakalanya membibitkan perasaan malu bagi segelintir orang.

Namun sebenarnya rasa itu sepatutnya tidak perlu ada kerana ia melibatkan perihal menuntut ilmu terutama berkaitan agama. Sementelah, menuntut ilmu itu merupakan kewajipan ke atas setiap insan.

Pesan Diana Jangan Malu Belajar Mengaji Walau Usia Lanjut “Semoga Dikurnia Hati, Dekat Al-Quran”

Pesan Diana Jangan Malu Belajar Mengaji 

Begitu juga dengan pesanan dari pelakon wanita yang kini telah berhijrah dan istiqamah dalam perjalanannya sebagai seorang Muslimah sejati.

Menurut Diana perjalanan dirinya dan pembelajaran al-Quran ada jatuh bangun. Namun dirinya tanamkan dalam hati untuk terus mencari guru dan memperbetulkan bacaan.

Paling penting buat diri ibu kepada dua orang cahaya mata ini, Khawlah Al Azwar dan Khadijah Azzehra dalam menimba ilmu jangan pernah malu untuk mengaji walaupun usia sudah lanjut.

Pesan Diana Jangan Malu Belajar Mengaji Walau Usia Lanjut “Semoga Dikurnia Hati, Dekat Al-Quran”

“Perjalanan Diana dan Al-Quran ada jatuh bangun, tapi Allah suka hambaNya yang istiqamah kan?

“Terus mencari guru dan betulkan bacaan, jangan pernah malu walaupun usia tak berapa muda. Semoga dikurnia hati yang sentiasa dekat dengan Al-Quran, amin,” ungkap Diana.

Tumpang Berkat Majlis Ilmu

Sempena sambutan Nuzul Quran Diana telah dijemput untuk mengalunkan ayat suci Al-Quran menerusi sebuah program ilmu.

IKLAN

“Jzk @mcplus.my jemput diana, tumpang berkat majlis ilmu yang dijalankan di hari yang mulia bersama sahabat-sahabat dan guru yang mulia, banyak salah sy ni.

“Doakan terus diberi kefahaman agama dan kefasihan lidah, insyaAllah untuk menjadi ahli AlQuran, amin.

Duduk Di Podium Baca Al-Quran

“Kali kedua duduk kat podium baca AlQuran, masih tak biasa lagi, dupdapdupdap , @hanaalmauzah duk seblah duk kena kacau ngan kita, sabarlah hana..

“Alhamdulillah ‘ala kulli hal, mashaAllah hebatnya hafiz hafizah, qari qariah, boleh duk lama dengan nafas panjang gitu.

“Kalau saya tak mampu, hopefully anak-anak akan mampu menjadi sehebat qari-qari qariah di luar sana, amin,” luah Diana menerusi perkongsin di akaun rasmi Instagrmnya.

Menerusi perkongsian ramai yang mendoakan terbaik buat Diana sekeluarga. Diana jug begitu terharu, “Salam, Haza Min Fadhli Rabbi, terima kasih semua untuk doa yang baik-baik, semoga Allah pelihara ikhlas dalam hati, ampunkan kita di bulan Ramadhan ni, dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. JZK semua”.

Pesan Diana Jangan Malu Belajar Mengaji Walau Usia Lanjut “Semoga Dikurnia Hati, Dekat Al-Quran”

IKLAN

Menarik Lagi : DIANA AMIR Selalu Mengamalkan Membaca Surah 3 Qul 

Mizz Nina & Diana Amir Korbankan Glamor Demi Kerja Amal

Mohon Sahabat Berhati Mulia Doakan “MasyaAllah Hebat, Moga Allah Kuatkan Diana Terus Istiqomah Berniqab”

IKLAN

Mingguan Wanita : Allahu bagusnya penghijrahan Diana Amir. Begitu istiqamah dan menjadi idola kepada wanita lain. 

 Sumber Foto: Instagram Diana Amir

Gigihnya Ayu Raudhah menjaga anak dan sibuk berniaga.

Sedapnya sambal belacan ni, makan dengan nasi panas terus terangkat!

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI