sambal hijau

Mak-mak sekarang pasti sibuk dengan rutin Ramadan dan Puan Hani Mynis juga tak terlepas dari siapkan pes sambal hijau untuk dijadikan stok waktu sahur.

Menurut Hani, menu ni salah satu pes wajib buat setiap kali bulan Ramadhan: pes sambal hijau atau family hani panggil pes sambal jawa (walaupun rupa dia bukan macam sambal jawa)

Pes ini antara kegemaran family hani, kalau makan dengan nasi panas-panas makan dengan telur dadar kosong pun boleh habis satu periuk tak sedar. Kadang-kadang hani ratah je makan gitu tanpa makan dengan nasi.

Resepi Sambal Hijau Keluarga Hani

Cili padi hijau banyak-banyak
Bawang merah ✅tomato
Ikan bilis

IKLAN

Cara memasak

Kisar bawang merah dan cili padi sampai hancur, masukkan air (guna food blender biasa je)

Dah hancur bawang merah dan cili padi, masukkan tomato dan ikan bilis, tekan pengisar dua tiga kali je. Kisar kasar. Supaya ikan bilis dan tomato separa hancur.

IKLAN

Tuang semua dalam minyak panas, tunggu sampai air kering dan pecah minyak. Lagi lama masak lagi sedap, api sederhana dan perlahan je, jangan lupa perasakan garam gula semua masa ni ya.

Boleh simpan dalam peti ais (bahagian chille) atau luar peti ais pun. Pastikan simpan dalam bekas bertutup rapat. Ceduk guna sudu bersih dan kering. Pastikan sambal sentiasa dilitupi minyak, jadikan minyak sebagai pengawet.

IKLAN

Selain dari makan gitu je, boleh buat sebagai pes nasi goreng, masak kangkung goreng belacan, masak sayur kailan ikan masin pun boleh.

So kiranya ni pes serbaguna Hani yang kedua selepas pes sambal goreng berlada. Siapa dah try buat pes sambal goreng berlada hani sebelum ni, kena try buat pes ni juga ya.

Semoga bermanfaat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI