Tempoh berpantang selepas melahirkan anak  merupakan waktu yang ‘agak mencabar’ bagi wanita. Pantang larang sewaktu berpantang haruslah dipatuhi dengan betul. Jangan sesekali pandang mudah dan ambil ringan sewaktu dalam tempoh berpantang ini. Silap-silap nanti boleh terkena bentan dan demam urat yang boleh mengkibatnya sakit seluruh badan dan melambatkan lagi proses pemulihan dalaman bagi wanita.

Namun jika ditakdirkan terkena bentan ketika dalam berpantang, ‘Sushi Garlic’ dikatakan mampu merawat dan atasi masalah ini.Berikut merupakan perkongsian daripada Puan Norliza Mohd Salleh yang merupakan seorang Perunding Jamu.

“Alkisah ramai yang megadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tip untuk merawat masalah bentan.

Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin mejadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.”

Perunding Jamu Kongsikan ‘Sushi Garlic’ Mampu Rawat Masalah Bentan Dalam Pantang

IKLAN

 Bahan-bahan:

1) Nasi panas (lembik sikit)

2) Beberapa ulas bawang putih.

IKLAN

Cara Membuat:

  1. Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
  2. Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
  3. Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.

Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.

IKLAN

Sumber & Foto:Norliza Mohd Salleh

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI