Rumah terbuka bukan sekadar nak kena sediakan makanan, ia lebih daripada itu.Banyak sebenarnya perkara yang nak kena ambil perhatian, baru lah majlis berjalan lancar dan tetamu pun rasa selesa dan tak rasa serik nak datang ke rumah kita lagi.
Buat mak-mak yang bercadang nak buat rumah terbuka lebih-lebih lagi pertama kali mahu diadakan ada, boleh ikut tip asas dan panduan daripada Azizul Azli Ahmad yang juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Dalaman ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
1. Jika kediaman kita kecil, letakkan semua perabot rapat kedinding agar mudahkan laluan tetamu.
2. Sediakan meja utama untuk hidangan utama dan dibahagian tengah rumah.
3. Kediaman boleh dihiasi juga dengan lampu ‘lip lap’ yang ada diluar dibawa masuk kedalam ruang dalaman.
4. Kurangkan hiasan atas lantai dengan permaidani, jika ada yang tertumpah sukar diuruskan nanti.
5. Jika kediaman kecil banyakkan pencahayaan agar kelihatan lebih besar dan luas.
IKLAN
6. Pastikan kebersihan bilik air dijaga dan dibersikan dulu, sediakan pewangi atau lilin wangi.
7. Jika kita tidak suka orang lain masuk ke ruang dapur kita, sediakan pemisah atau sediakan pinggan dan cawan pakai buang sahaja.
8. Zaman sekarang orang gila bergambar, sediakan satu ruang yang sesuai untuk bergambar dengan latar dan pencahayaan yang baik disitu. Selain bergambar orang juga boleh bersembang dan makan disitu.
9. Jangan terlalu banyak hiasan kecil dan koleksi kita dipamerkan sewaktu rumah terbuka, kemas dan simpankan.
10. Sediakan sebuah cermin yang besar kerana semua tetamu ingin kelihatan cantik walaupun dia ‘mak-mak orang’.
IKLAN
11. Susun meja secara ‘island’ dibahagian tengah agar orang boleh mengelilingi dan tiada ‘jalan mati’ yang perlu undur semula.
12. Sediakan bakul sampah yang bersih dan cantik serta pastikan tidak cepat penuh sampah
13. Jika dapat sediakan satu ruang khusus untuk anak anak kecil bermain atau makan.
14. Sediakan satu ruang jika tetamu minta ‘boleh saya tumpang solat”, “Anak saya nak menyusu”
15. Jadilah tuan rumah yang tenang dan tidak kelihatan letih sewaktu tetamu datang.
IKLAN
16. Sediakan ais yang mencukupi dan air minuman yang sedia diminum, kita tak mahu membuang masa membancuh air didapur. Air mineral dan kosong penting.
17. Jangan pasang lagu raya terlalu kuat kerana tujuan majlis adalah mengeratkan siraturahim dengan bertanya khabar dan bersembang.
18. Sediakan makanan yang sihat dengan pengurangan gula, garam dan lemak demi kesihatan bersama bukan sekadar banyaknya makanan kita.
19. Maklumkan anak anak kita agar membantu dan berikan kerjasama agar kita menjadi hos yang baik. briefing awal penting.
20. Banyakkan berdoa dan betulkan niat kita agar majlis rumah terbuka bukan untuk berlumba tetapi untuk meraikan bulan Syawal yang diraikan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Azizul Azli Ahmad (Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Dalaman)
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak nafikan harga bahan mentah dah semakin naik. Tapi kalau macam inilah gaya caj harga untuk sebungkus nasi goreng cina kosong, memang ‘boleh pergi haji cepat’ lah tokey kedai tu.
Inilah yang jadi dekat mantan penyanyi kumpulan Elite, Fiza Abd Halim apabila dia kirim belikan makanan untuk anak-anak pada sepupunya.
Lebih terkejut bila tengok harga untuk 2 bungkus nasi goreng cina yang isinya cuma nasi dan telur, dia dicaj RM23.60.
Berbaloikah 2 Nasi Goreng Kampung Kosong Dicharge RM23.60
Bermakna satu nasi goreng cina itu harganya RM11.30. Yang menambah ketidakpuasan hati, bila nasi goreng cina yang sampai ke tangan semata-mata nasi dan telur.
Dalam instagram miliknya Fiza meluah rasa bertanyakan pada para followernya adalah berbaloi dengan pembelian 2 bungkus nasi goreng cina kosong, tak ada sayur, tak ada ayam. Just nasi dan telur sahaja dia dicaj sehingga RM23.60.
Makanan yang dikirim itu untuk anak-anaknya.
Sebelum Letak Harga, Tengok Dulu Apa Pembeli Beli
“Terkejut beruk saya dengar bila cousin saya bawa balik nasi dan bil ni. Takkan nasi goreng bodoh macam ini jatuh sampai RM11 lebih.”
“Agak-agak lah pun nak ikut menu nya harga.”
“Tengoklah makanan dulu sebelum nak kira kan. Gila ke apa hanya nasi dan telur harga dikenakan sampai macam ini.”
Pintanya agar pihak yang berkenaan memantau para pekerja mereka yang baginya tidak adil langsung untuk dirinya sebagai pembeli.
MW : Pun setuju dengan apa yang Fiza luahkan itu. Kadangkala peniaga ini pun, letak harga macam tak agak-agak rasionalnya.
Hakak sendiri pernah dicaj RM16 untuk 2 bungkus nasi kosong dan sepinggan kecil sotong goreng kunyit.
Yang lebih rasa PEDIH tu, gerai makan itu taraf-taraf gerai tepi jalan je.. bukan bistro atau restoran tau.
Puas suruh kira semula. Tetap peniaga tegaskan itulah harga betul yang dia letak. Hmm… dunia.. dunia..
Setiap kita ada alahan yang dialami. Bayangkan tak boleh berdiri terlalu lama dan paling lama hanya tiga minit sahaja. Selebihnya hanya baring di atas katil.
Inilah yang dialami oleh seorang wanita dari AS yang mengalami alahan pada graviti dan tidak boleh berdiri terlalu lama. Kebanyakan masanya dihabiskan di atas katil dan hanya bangun untuk makan dan mandi sahaja.
Seorang wanita telah mengalami keadaan yang jarang berlaku, di mana dia boleh pengsan setiap kali berdiri. yang bermakna dia pengsan setiap kali dia berdiri.
Lyndsi Johnson, 28 tahun, yang sebelum ini bekerja sebagai mekanik diesel penerbangan dan kini menghabiskan 23 jam di atas katil dan tidak boleh berdiri lebih lama daripada tiga minit.
Penyakit yang dikenali sebagai Postural Tachycardia Syndrome (PoTS), yang bermaksud setiap kali berdiri atau duduk, degupan jantungnya semakin laju, yang mana Lyndsi turut merujuk sebagai alahan kepada graviti. Keadaannya sangat teruk sehingga dia pengsan sehingga 10 kali sehari dan hanya boleh bangun untuk makan atau mandi.
Keadaan ini mula dikesan apabila dia mula mengalami sakit perut dan belakang pada Oktober 2015, dengan simptomnya semakin teruk – mendorongnya untuk berulang kali berjumpa doktor, sebelum didiagnosis pada Februari 2022.
Kini dia berubat, Lyndsi pengsan tiga kali sehari tetapi masih tidak dapat berbuat sebarang aktiviti untuk dirinya dan terpaksa bergantung harap kepada suaminya, James, 30 tahun.
Alah Kepada Graviti
Lyndsi, dari Bangor, Maine, AS, berkata: “Saya alah kepada graviti – macam pelik tapi ia benar. Saya tidak boleh berdiri lebih lama daripada tiga minit tanpa rasa pengsan, sakit atau pengsan.
“Saya berasa lebih baik jika saya berbaring, berada di atas katil sepanjang hari – sehingga 23 jam sehari. Saya tidak pernah menyangka bahawa pada usia 28 tahun saya perlu menggunakan kerusi mandi.
“Saya tidak boleh meninggalkan rumah saya lagi. Tiada penawar tetapi saya sangat berterima kasih untuk James dan apa yang saya ada.”
Lyndsi mula-mula mula tidak sihat semasa dia bekerja dalam penyeliaan tentera laut.
Semasa berkhidmat di bahagian tentera laut
Gejalanya berterusan dan dia bergelut dengan sakit kronik tetapi doktor tidak dapat mengetahui masalah yang dihadapi.
Pada Mei 2018, dia telah diberhentikan secara perubatan daripada tentera kerana penyakitnya.
Pada Oktober 2020, Lyndsi pengsan dalam lif dalam perjalanan untuk temu janji hospital.
“Ia benar-benar menakutkan. Saya pengsan di mana-mana. Bila ke pasar raya, saya terpaksa duduk kerana terasa ingin pengsan. Saya juga boleh pengsan selepas anjing saya menyalak.”
.
Lyndsi terpaksa berhenti memandu dan kena membongkok untuk elakkan rasa pening.
“Saya akan muntah sehingga jantung saya mula mengalami selang QT yang berpanjangan dan saya akan berada di hospital untuk pemantauan jantung,” kata Lyndsi.
“Saya akhirnya dapat bercakap dengan pakar kardiologi lain yang menyedari bahawa saya mungkin mempunyai PoTS.”
Secara Rasmi Menghidap PoTS
Lyndsi menjalani ujian kecondongan pada Februari 2022 – yang mengukur kadar denyutan jantung, tekanan darah dan oksigen darah anda – dan dia secara rasmi didiagnosis dengan PoTS.
“Saya sangat bersyukur akhirnya tahu apa masalah kesihatan yang saya hadapi dan bersedia untuk mendapatkan rawatan seterusnya,” katanya.
.
Lyndsi kini menggunakan betablocker yang telah mengurangkan pengsannya kepada tiga kali sehari dan membantu mengatasi loyanya.
“Saya masih tidak boleh berbuat apa-apa dan benar-benar melemahkan – saya tidak boleh melakukan kerja dan James perlu memasak, membersihkan dan membantu saya mandi dan membasuh diri.
“Saya telah berminggu-minggu tidak memberus gigi kerana ia hanya membuatkan saya lagi teruk.
“Jika saya menyediakan hidangan untuk James, saya kena berada di atas katil dan tidak dapat melakukan apa-apa untuk tiga hari akan datang.”
Walaupun sakit, Lyndsi berharap untuk berpindah dari rumah flat yang didiaminya supaya dia dapat menghabiskan masa di luar.
Lyndsi sebelum mengalami PoTS.
“Jika saya baring saya rasa sihat tetapi sebaik berdiri saya pening dan pengsan,” katanya.
“Saya benar-benar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu ini dan akur dengannya. Saya menggunakan alat bantu mobiliti dan itu sangat membantu saya.
“Saya bersyukur dengan apa yang saya ada dan saya masih boleh belajar perniagaan muzik yang menakjubkan.
Mingguan Wanita : Macam-macam penyakit sekarang ini yang kita sendiri tidak terjangkau.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Ajal, maut semuanya ketentuan tuhan. Bila dan dimana waktunya semuanya telah tertulis.Namun kehilangan orang tersayang meninggal secara tiba-tiba akibat kemalangan memang sukar untuk menghadapinya.
“Kira-kira jam 9 malam, seseorang yang memperkenalkan sebagai pegawai polis menghubungi saya gunakan telefon adik menyatakan adik sudah meninggal dunia,” kata Maslinawati Abdullah.
Adik bongsunya, Nor Hayati Abdullah, 42, adalah seorang daripada dua mangsa maut dalam tragedi kejadian jambatan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dalam pembinaan runtuh menimpa van pekerja dinaiki lima orang termasuk pemandu ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pada 5.58 petang semalam.
Maslinawati, 43, berkata, dia balik dari tempat kerja pada 6.30 petang dan mendapat panggilan daripada penyelia adiknya itu pada 7 malam.
“Penyelia adik (panggilan manja Nor Hayati dalam keluarga) menyatakan ada berlaku kemalangan ketika adik dan rakannya dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang elektronik di Subang Mewah.
“Dia maklumkan belum tahu lagi situasi sebenar bagaimana.
“Dari semasa ke semasa saya berhubung dengannya selain saya lihat secara langsung di televisyen,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) selepas membuat pengecaman jenazah adiknya, malam tadi.
Lihat Keadaan Seperti Tidur
Dia yang ditemani suaminya, Faizal Yusof, 47, menjelaskan pegawai polis yang menghubunginya meminta ke hospital untuk melakukan pengecaman jenazah.
“Kali terakhir kami berjumpa Ahad lalu di kampung. Terasa sangat kehilangan ini…seperti tak percaya berita ini.
“Saya lihat tadi keadaannya seperti tidur…Insya-Allah, kita sama-sama doakan untuknya,” katanya.
Beliau berkata, tragedi itu sangat menyedihkan terutama baru dua tahun lalu kematian kakak yang ketiga akibat barah payudara.
Menurutnya, selepas bedah siasat pada 8 pagi hari ini, jenazah adiknya akan dibawa ke Kampung Jerang Belanga, Sungai Besar untuk dikebumikan.
Katanya, setakat tengah malam tadi, ibunya, Hasmah Sohor, 77, yang kurang sihat masih belum mengetahui cerita sebenar dan berita kematian adiknya.
MW: Salam takziah buat mangsa-mangsa yang terlibat dengan tragedi Jambatan Lebuhraya (SUKE). Semoga diberi kekuatan dan kecekalan menghadapi ujian ini.
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...