Dua hari lalu bertebaran dalam grup WhatsApp gurauan nakal banduan dalam penjara. Semuanya gara-gara satu laporan akhbar yang menyatakan 'Admin WhatsApp' boleh dipenjara.

Sekiranya admin grup terbabit gagal membendung penyebaran maklumat tidak benar, fitnah, menghasut, menipu dalam kalangan ahli kumpulan. Dan mereka akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Mulitmedia.

Macam-macam yang korang boleh jumpa kalau google perkongsian dari netizen. Tapi satu grup WhatsApp ini yang menjadikan semua ahlinya admin benar-benar menarik perhatian.

Kalau dah semua jadi admin grup bermakna masing-masing akan pegang tanggungjawab bersama. Ya tak? Ini pun salah satu langkah bernas ke arah semangat setiakawan dan bersatu hati.

Laporan Akhbar Yang Buat Admin Grup Kecut Perut!

Semua Dah Jadi Admin, Selesai Masalah!

Perbualan Sesama Ahli. Ini Barulah Semangat Setiakawan!

via Mingguan Wanita