Hilang barang, boleh diganti tetapi kalau hilang kasih ibu inilah rasanya. Namun, anak-anak redha dan sedar bahawa ibu atau ayah adalah satu pinjaman dari Ilahi. Kalau kita sendiri, mampu ke terima sebuah PEMERGIAN?

 

Selayaknya, selagi ada mereka di sisi cuba hargai dan untuk anda sedar betapa indahnya susunan yang Allah bagi, bacalah perkongsian dari saudari ini...

 

Rindu tak terbalas. Tapi aku tahu Allah jaga dia sebaik baiknya. Doaku buatmu xpernah putus bonda. Tidurlah, rehatlah, damailah di sana sayang.

 

Bila ingat balik, cantik aturan Allah. Niat umi nk bwk semua anak cucunya rupanya bersebab. Untuk yang kali terakhirnya. Ramai yang tanya pasal umi haritu xsempat nak balas semua. Ni sy cerita sikit. Sampai madinah umi dah nampak letih. Perjalanan ambik masa lebih 14jam dia gagahkan jua. Sempat dia sembahyang di Masjid Nabawi 2kali.

 

Malam sblm nak ke mekah esoknya umi dah mula sebut Allah di mulutnya tak henti henti. Nak bawak ke hospital malam tu esoknya dah nak ke Mekah. Kitorang hold dulu nk bagi smpai mekah dulu. Nasib baik kakak n adik nurse diorang dapat tlg pantau keadaan umi, masuk salur kencing semua.

 

Esoknya masa perjalanan ke mekah, umi makin tenat masa niat umrah kat miqat. Sampai je mekah, kitorang berpecah sbb umi kena tolak laluan lain. Masa tu abah, kakak n adik je ada ngan umi. Yang lain ikut ustaz siapkan umrah. Umi sempat tengok kaabah. Orang arab tgk keadaan umi terus bwk ke emergency. Diorang tolak lajuuu sangat. Sampai je emergency room doktor check gula umi bacaan 1. Allah. Biasa kalau umi hypo dia akan bagitau n nmpak dia terketar ketar. Ni tak pn. Kuatnya umi tahan sakit.

 

Tiga hari umi kat icu xsedarkan diri. Bp makin hari makin drop. Hari hari kami datang peluk umi kucup umi bagi semangat kat umi. Smpai hari last melawat dia doc ckp stndby in 24hour je. Allah. Masa tu Allah je tahu perasaan kami sekeluarga. Kami kena redha. Pukul 6ptg jantung umi stop. Umi pergi perlahan lahan. Tenang je. Abah datang masuk tgk umi.

 

Allah, hati aku rentap sangat tengok abah. Abah bagi salam kat umi. Senyum dalam tangisan. Kucup isterinya dengan penuhhh kasih sayang. Dibelai belai rambut umi lemah lembut. Dibisiknya di telinga isterinya 'Idah pergilah. Rehatlah. Alang redha'. Sungguh sebak. Allahuakbar. Abah dah jadi suami yang baik abah. Abah sentiasa disisi umi masa umi sakit. Abah sanggup buat apa saja buat umi.

 

 

Malam tu umi kena simpan dalam bilik mayat dulu sbb kena ada surat dari kedutaan dulu baru blh tanam di mekah.

 

Esoknya tghari dh setel dh surat. Kami terus dibawa ke tempat mandi jenazah. Kat sana sepatutnya ahli keluarga tak boleh masuk. Tapi entah kenapa diorang bagi semua anak anak perempuan umi mandikan umi. Terima kasih Allah. Masa mandikan umi, subhanallah subhanallah subhanallah. Hanya tu yang terucap di bibir kami. Cantik sangat umi. Senyuman xlekang di bibir umi. Sampaikan staff panggil member yang lain tgk umi. Kami mandikan umi dengan penuhhh kasih sayang. Senang je nak alihkan umi.

 

Bayangkan 3orang anak perempuan n seorang staff je yang angkat umi untuk dikafankan. Ringan sangat. Masa lap rambut umi pn cepat je kering. Memang cepat. Muka umi segar sangat. Allahuakbar alhamduliah. Lepas siap kami semua kucup untuk kali terakhir. Sejukk je umi. Umi cantik tau haritu. Allah. Lepas tu umi terus dibawa ke masjidilharam untuk disembahyangkan. Lepas maghrib ribuan jemaah bangun untuk sembahyangkan umi. Tak sempat habis salam, orang ramai berpusu pusu nk tolong angkat umi. Anak anak smpai kena kejar nak angkat sekali. Subhanallah. Mudah sangat urusan di sana. Sampai di kubur pn kubur dah siap gali. 3orang je turun sambut umi. Senang sangat masukkan umi di liang lahad.

 

Selesai pengebumian abah minta kami semua buat umrah untuk umi. Allah. Esoknya kami terima berita kakak ipar selamat lahirkan cucu permpuan umi. Sebijik secomel umi. Allah. Cantik sangat susunan Allah untuk kami di sana. Allah permudahkan segalanya. Umi insan terpilih. Bukan calang orang blh meninggal di sana. Tenanglah umi di sana. Halalkan makan minum ijah umi. Halalkan susu umi untuk ijah.

 

 

Terima kasih umi. Al-fatihah.

 

Sumber: Ijah Ahmad