Taman kebun Puan Lisa Yusuff di kalangan netizen memang dah terkenal dengan keindahan dan kesuburan pokok-pokok sayur dan bunga-bungaannya. Istimewa taman tepi rumah Puan Lisa ini sampai hari ini masih dalam pemantauan Jabatan Pertanian.

Terkini, Puan Lisa cuba membela kelulut untuk mendapatkan madunya. Kelulut tak menyengat. Ia berbeza dengan lebah.

Step By Step Buka Sarang Kelulut Di Taman

1. Saya beli siap bermakna standy tapak saja. Penjual yang masuk hutan buat perangkat kat batang kayu untuk kelulut buat sarang. Bila ibu dan kelulut lain dah betul-betul bersarang barulah penjual hantar.

2. Apa itu tapak? Ia susunan batu-bata untuk letak sarang kelulut satu koloni.

3. Masa penjual hantar, sarang masing bertutup dengan plastik. Bila sampai ke tapak, masih dengar bunyi dengung kelulut dalam sarang.

4. Pesan pegawai pertanian, plastik perlu dibuka dalam masa satu jam. Masa nak buka, saya pakailah jaring tutup muka dengan sarung tangan takut juga kena sengat. Tapi rupanya tak ada apa pun.

5. Sebaik dibuka kelulut terus terbang merata-rata dalam kebun. Sebelah petangnya, saya perati seekor demi seekor mula terbang masuk balik ke sarang. Macam tulah hari kedua dan ketiga. Akan nampak kelulut dekat pokok-pokok bunga tu.

Syarat Penting

  • Perlu ada bunga-bungaan warna terang. Sediakan banyak-banyak pokok bunga.
  • Kalau tak kelulut akan cari sarang lain. Risau juga dekat sini ada dua tiga pembela kelulut. Sebab itu kena jaga bunga pastikan berbunga dan subur.
  • Dalam taman ini ada zinnia, cosmos, jasmine, bunga tahi ayam
  • Saya pernah dengar kelulut suka bunga air mata pengantin. Anak pokoknya dah ada cuma belum berbunga lagi.
  • Ada juga bunga dari pokok-pokok sayur.

Bila Boleh Dapat Madunya?

  • Kalau kelulut tu rajin dalam sebulan dah boleh ambil madunya.
  • Gunakan picagari untuk ambil madunya. Sedut dari dalam kantung madu yang ada dalam topping dia.

Trend Bela Kelulut

  • Kos madu kelulut mahal ketika ini, sebotol dalam RM50.
  • Barangkali itu yang orang membela
  • Kos membela satu koloni antara RM310 ke RM500

Sumber/Foto: FB Puan Lisa Yusuff via Mingguan Wanita