Bila satu Malaysia tonton video viral Pengarah dan Pemilik Syarikat Metrowealth Production, David Teo ditampar pelakon, pelawak Sulaiman Yassin @ Mat Over, macam-macam pandangan dan persepsi diberikan oleh netizen.

Kejadian yang berlaku sewaktu sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, Putrajaya ini bermula bila David suarakan rasa tak puas hati terhadap Datuk Rosyam Nor.

Selaku moderator, beliau ditegur kerana hanya memberi tumpuan kepada penonton di barisan hadapan saja.

Ini Jawapan Datuk Rosyam Nor

“Alhamdulillah, ALLAH SWT berikan kematangan bagi saya mengendalikan situasi ini yang mana ia mungkin sukar buat orang lain. Namun, bukanlah bermakna saya ingin besar diri kata saya bagus. Cuma ALLAH SWT dorong saya untuk mengendalikan insiden tersebut sebegitu, lagipun saya bukanlah baru jadi pengacara, dah lama.

“Tidak sepatutnya insiden tersebut berlaku kerana kita diberi peluang oleh orang paling tinggi di negara kita jadi bila dia bertindak begitu, saya bersyukur sebab dapat mengawal kemarahan saya.

“Kemudian, setelah fikir semula sebab utama pertemuan ini diadakan, saya membuat keputusan untuk ‘damai’kan mereka berdua di hadapan ramai dan ia disambut baik oleh penonton yang memberikan tepukan,” tambahnya lagi seperti mana yang dipetik menerusi Media Hiburan Online.

Pandangan Salma Mentor

Baik Tua Atau Muda Perlu Saling Hormat

"Pada saya tak sepatutnya berlaku. Sebabnya yang pertama perkara tersebut nampak seperti kita tidak hormat pada Perdana Menteri. Kedua, sememangnya perkara tersebut tidak bagus untuk dijadikan contoh apabila insiden itu berlaku di depan artis lain.

“Samaada kita ni usia tua atau muda perlu hormat satu sama lain. Malah kita juga perlu hormat pada kaum lain. Tunjukkan sifat saling menghormati. Tapi dah berlakukan jadi saya tak nak banyak cakap."

Foto: Youtube