Kata Mami, Mikan ni diva kecil yang sukakan kamera sambil ditemani rakan-rakan sepermainannya Tedi, Oskar, Loki, Baby Bulan dan Baby Romio.

Apa istimewanya anak-anak bulus, Mikan & Friends ini? Sampai Lebih 40K Follower menyenangi dan tak lokek 'like' setiap kali mami berkongsi gambar personal aksi haiwan kesayangan rasulullah s.a.w ini.

Kisah Grooming & Bulu Gugur

Kucing kacukan ni sensitif sikit dari kucing biasa. Makanan kena bagi yang bagus-bagus sikit. Kalau tak nanti cirit-birit dan bulu gugur. Grooming pun 2 minggu sekali. Kalau tak bulu banyak bergumpal dan banyak sakit kulit.

Kat rumah saya banyak baka campur-campur. Mikan (semiflat+persian), Oscar (persian), Loki (persian+maine coon), Bulan dan Romio (Scottish fold) dan Tedi (domestic long hair)

Ramai sangat yg tanya mami cemana mami jaga budak2 terlebih bulu ni..bulu tak gugur ke?

Jawapannya..tipu sangat la kalau bulu tak gugur..mami hari2 berperang ngan bulu. Senjata mami cuma vacuum masking tape dgn lint roller.

Memang kena rajin bersihkan hari-hari..tu pun sini bersihkan sana berbulu.Sana bersihkan sini berbulu. Pendek kata takkan ada hari yg tak berbulu.Nak tak nak redho je la..

Kenapa Mami Suka Bela Kucing

Dorang ni la penghibur hati saya. Ada je perangai dorang yang buat saya ketawa. Suka manja-manja, suka golek-golek, gedik-gedik. Kalau takde dorang memang sunyi..

Masa kecik-kecik, family ada juga bela seekor dua. Saya sendiri, kucing pertama yang saya sendiri bela, Tedi. Sekarang Tedi dah 13 tahun. Maknanya dah 13 tahun juga saya bela kucing.

Sekarang kat rumah ada 6 ekor. Tapi kat rumah mak saya ada lebih 20 ekor. Yang tu semua kucing yang direscue tepi jalan. Tu pun hari-hari saya bagi makan. Kat rumah saya banyak yang baka campur-campur.

Kalau Anak-anak Bulus Ni Sakit

Rawatan 'depend on' penyakitnya. Apa-apa penyakit pun kalau kena, cepat-cepat bawa ke veterinar dan ambil ubat.

Ada Peminat Datang Rumah?

Yang datang itu ada 2-3 orang saja. Ada sorang je yang bawa 'wetfood tin'.

Tak Serik Pun...

Kehilangan tu belum lagi. Pakcik tedi yang mami jaga 13 tahun ni masih sihat walafiat lagi. Kalau hilang mesti nangis sesangat..Saya sayang sangat dengan budak-budak berbulu ni..

Sumber/Foto: Mami (Siti Rahayu Ismail) Mikan & Friends via Mingguan Wanita