Anda tak kan tahu bila tayar kereta akan alami kebocoran. Sebabnya malang itu tak berbaukan. Macam mana kalau tiba-tiba tayar kereta yang dipandu pancit.

Panikkan, lebih-lebih lagi jika anda memandu sendirian. Mana nak guna kudrat tukar tayar, nak panggil 'orang bengkel' bantu. Fuh! Memang berpeluh satu badan.

Dengan adanya teknologi yang canggih, rupanya sudah dicipta satu gajet membantu pemandu mengatasi masalah tayar bocor tanpa perlu menukar atau membuka tayar bermasalah.

Cara Guna

  1. Gajet Kit 'Slime Tire Sealant' ni mudah sangat nak digunakan. Caranya, sambungkan wayar penyambung dari kit ke 'socket cigarette'. Buka penutup angin dan sambung ke tiub angin.
  2. Tekan punat dan tunggu dalam empat minit atau ikut jumlah angin yang diperlukan untuk 1 tayar.
  3. Jangan cabut paku pada tayar. Bila angin dah penuh boleh jalan macam biasa. Anda ada dua pilihan. Sama ada nak guna angin saja atau gunakan slime yang ada dalam kit tersebut.
  4. Kalau kenderaan perlu berjalan jauh, bolehlah guna slime tu. Kalau setakat 25 ke 30 km boleh saja guna untuk angin.
  5. Dalam pada itu, carilah kedai tayar dan tampallah tayar yang bocor itu.

Syarat Tambahan:

  • Cuma sesuai untuk tayar jenis tubeless
  • Jenis kebocoran yang simple, misalnya tertusuk paku.