Bunga Rose Jepun (Portulaca Grandiflorani) cantik betul kalau dijadikan hiasan taman. Letak dekat pagar atau gantung dekat tepi-tepi tingkap rumah. Waktu bunganya berkembang, memang cantik memukau.

Bunga ni ada banyak jenis dan warna. Boleh tanam satu jenis dalam satu pasu atau tanam bermacam jenis dalam sepasu. Terpulang pada cita rasa.

Cuba layan bunga Rose Jepun dekat laman Cik Puan Maimun Jusoh kita ini. Memang tak kelip mata memandang. Ya Allah, cantik sungguh. Lagi best, bila Cik Puan kita ni sudi pula 3 langkah bergambar nak bagi bunga Rose Jepun ni berkembang mekar.

Masalah yang banyak kita hadapi, tanamnya memang senang. Tapi nak bagi kembang tu... BERCINTA! Follow 3 langkah mudah ni. Mana tahu esok jam 10 elok je kembangnya. Tapi kena ada bunga Rose Jepun di taman dululah ya, baru boleh berangan kembang tu..

Ikut Panduan Bergambar

Keratan pucuk benih sepanjang 3 inci, dicucuk ke dalam pasu.. jangan risau Rose Jepun mudah hidup.

Dalam 3 minggu Rose Jepun akan membesar dan subur.. bubuh baja tabur dalam pasu. Pastikan direct matahari dan siram 2 kali sehari.

Taraaa bungo dah kombang.. cantikkan

Cuba Perhatikan..

  • Bunga Rose Jepun ini akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. Sebab itu nama lain untuknya bunga pukul sepuluh.
  • Daunnya berwarna hijau. Bila kena cahaya berlebihan ia akan bertukar keperangan.

Nak Tahu Apa Khasiatnya

  • Daunnya boleh digunakan merawat luka ringan. Caranya hancurkan dan tampal daunnya pada bahagian yang luka.

Sumber/Foto: FB Maimun Jusoh via Mingguan Wanita