Wanita murah senyuman, Norsahida Mohamad Said yang lebih dikenal mesra dengan nama (Puan Sheda Said) pernah alami kejatuhan dalam bisnes yang membuatkan dia berhutang sampai RM1 JUTA.

Ini panduan dari Pengasas La Mamma dan Jus Sengat Dara bagaimana keyakinannya pada Allah akhirnya membuka jalan penyelesaian hutang yang tinggi menggunung. Cara ini juga boleh dipraktik buat usahawan lain yang ketika ini berdepan masalah hutang. Ini tipnya:

Cara Langsai Hutang Cara Puan Sheda

Sedikit saya simpulkan bila saya jatuh terduduk, tersembam, tergolek pada tahun 2003-2008 (jatuh dalam bisnes dan ada hutang satu juta) :

  1. Bertenang. Lapangkan fikiran. Jika jiwa kacau dan kalut susah nak nampak jalan keluar.
  2. Bincang dengan pasangan. Jangan bersendirian.
  3. Cut cost apa yang tak perlu. Senaraikan komitmen bulanan yang perlu sahaja.
  4. Senaraikan juga semua hutang dan contact person.
  5. Jangan lari atau berdiam diri. Deal dengan supplier, mahkamah, bank untuk bayaran ansuran ikut kemampuan.
  6. Cari jalan untuk dapat income. Saya buat muka tebal, buang rasa malu pergi berniaga pasar pagi, pasar malam. Angkut anak kecik sekali.
  7. Cari peluang untuk tambah pendapatan dengan keluarkan kos atau tanpa kos.
  8. Ikat perut dan tahan nafsu membeli apa jua kehendak.
  9. Menyimpan walaupun sedikit. Lama lama jadi bukit.
  10. Elak diri bergaul dengan orang. Tujuannya untuk jaga hati sendiri. Sebab kebanyakan mereka suka tengok kita jatuh dan akan mengata kita.

Ujian Tuhan Untuk Mereka Yang Kental!

  • Semoga dapat sesuatu kepada yang sedang nengalami fasa kejatuhan.
  • Ingat satu perkara saja. Jika hari ini, awak di bawah tidak selamanya awak akan dibawah. One fine day, awak akan naik juga ke atas.

Ini adalah salah satu cara Allah tunjukkan kasih sayangNya. Bersabar dan terus mohon petunjuk dariNya, Allah yang Maha Baik