Selepas melahirkan anak pertama tahun 2005, Noor Zeeda Abd Aziz mengalami post-partum depression atau meroyan. Tahun 2007, selepas anak kedua dilahirkan Allah uji pula dirinya dengan kanser tulang. Dugaan lebih hebat datang menimpa, tahun 2013 implan kakinya alami masalah dan kaki kirinya terpaksa dipotong sampai paras paha.

Ujian Tahun 2005

"Dua tahun selepas berkahwin barulah kami dikurniakan zuriat. Entah mengapa selepas melahirkan dan ketika berpantang, saya sering berhalusinasi. Saya lebih suka duduk seorang diri dalam bilik.

"Saya tak tahu nak ceritakan pada siapa. Bimbang orang anggap saya meroyan dan gelar saya gila. Suami pula bekerja jauh, sebulan sekali baru dia pulang. setiap kali orang luar pegang anak saya, hati membuak-buak nak marah.

"Tapi saya tak mampu nak luahkan. Nak tunjuk pun tak boleh. Saya pendam saja. Saya ingat lagi kata-kata saya dalam hati waktu tu 'Yang kau orang sibuk-sibuk pegang anak aku apahal?' Kuatnya bisikan tu bergema dalam kepala saya.

"Tapi yang paling menakutkan, setiap kali saya pandang anak, saya tak nampak bayi yang comel.Pernah saya berulangkali terbayang di ruang mata, ulang tayang saya ambil gunting dan menikam bayi.Dalam fikiran,'tu bukan anak saya' Walhal inilah anak yang kami nak sangat."

Cepat Tersedar

Dia pelik dengan perubahan dirinya. Nurani keibuan masih kuat, zikir diperbanyakkan dan diri cepat-cepat disedarkan. Tetetapi perasaan itu datang dan pergi.

Akibat perubahan hormon selepas melahirkan anak, pengecutan rahim, payudara bengkak, sakit kontraksi dan bukaan yang digunting, tidak boleh tidur malam sebab menyusukan anak selang dua jam, aturan berpantang yang ketat, tak boleh tidur siang jadi penyumbang tekanan.

Suatu hari, Allah gerakkan harinya menonton rancangan Oprah Winfrey Show. Ada topik Post Partum Depression. Dengan artis jemputannya Brooke sheilds. Dia juga lalui dan bertarung dengan penyakit ini selepas melahirkan.

Dia bercerita tentang apa yang difikirkan, kenapa jadi macam itu, siapa yang bantu dia.

Nah! dia temui jawapan yang selama ini dicari.

Kenapa berprasangka buruk pada anak... Bukan kerana dia seorang ibu yang jahat tapi disebabkan faktor fisiologi, persekitaran dan psikologi.

Sejak itu, saya sihat kembali dan dapat kawal diri. Nak makan apa pun saya makan saja. Ikut keselesaan dan kemahuan diri asalkan tak memudaratkan saya dan bayi.

Ujian Tahun 2007

Gelapnya dunia wanita ini apabila disahkan kanser tulang. Dia terpaksa membuang tulang kaki kiri dan diganti dengan implan yang dipanggil endoprostesis yang menghalang kanser dari merebak.Kos memasang implan itu melihatkan RM70k

Ujian Tahun 2013

Pada tahun 2013, sekali lagi dia diuji lebih hebat apabila implan pada kakinya mengalami masalah dan kakinya terpaksa dipotong sehingga ke paras paha.Dia cuma memiliki satu kaki dan bergerak bebas menggunakan tongkat.

"Barangkali disebabkan ubat dan rawatan kemo, sekali lagi saya alami depression. Ketika itu sedang melanjutkan pengajian di universiti pada tahun seterusnya.

Akhirnya Saya Jumpa Pakar!

"Saya tahu saya tak boleh lagi atasinya seorang diri. Saya jumpa doktor pakar dan kesan rawatan kanset yang dilalui menyebabkan perubahan hormon.

"Saya amalkan pemakanan sihar, makan suplemen yang boleh seimbangkan keperluan tubuh dan dekatkan diri dengan Allah bagi kuat jiwa luar dan dalam."

"Alhamdulillah, ujian ini buatkan anak-anak lebih rapat dengan saya. Danish, 12, Deanna, 10 dan Dafique, 8 begitu manja dengan saya. Sampai hari ini, nak menjentik mereka pun tak sampai hati.

"Saya juga sudah 10 tahun bebas kanser. Nasihat saya, jika ada tanda-tanda alami post partum depression segera mungkin berjumpa pakar sebelum ia menjadi psikosis iaitu peringkat yang lebih teruk".

Via majalah Mingguan Wanita