Kata orang, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia hanya Allah yang tahu, begitulah tuah bagi Josua Hutagalung. Seorang pembuat keranda jadi jutawan segera, pabila dirinya jual batu angkasa umpama terima gaji selama 30 tahun.

Sudah tentu bukan sahaja kita, dia juga tentu tidak menyangka seketul batu yang jatuh di atas bumbung rumahnya mempunyai nilai yang terlalu tinggi.

Pembuat Keranda Jadi Jutawan Segera

Seorang pembuat keranda di Indonesia menjadi jutawan segera selepas batu angkasa jatuh di atas bumbung rumahnya ketika kejadian pada Ogos lalu.

Josua Hutagalung, 33, berada di kediamannya di Kolang, Sumatera Utara ketika meteorit berukuran seperti saiz football itu menimpa beranda.

Baca Juga Di sini:

TUAH Pengutip Sampah, Jumpa Batu Wangi Tepi Pantai Bernilai RM2.9 Juta!

IKLAN

Rupa-Rupanya Tun Siti Hasmah Hanya Boleh Masak Jika Guna Batu Giling!

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Umpama Terima Gaji Selama 30 Tahun

Menurutnya, dia telah menjual batu angkasa seberat 2.2 kilogram yang mempunyai nilai kira-kira 1.4 juta pound (RM7.6 juta) yang bersamaan gaji diterima untuk tempoh selama 30 tahun.

“Saya sedang membuat keranda apabila terdengar dentuman yang kuat hingga menyebabkan rumah saya bergegar. Batu itu terlalu panas untuk dipegang. Oleh itu, isteri saya menggunakan cangkul dan membawanya masuk ke dalam rumah,” ujarnya.

IKLAN

Jelasnya, wang diterima hasil jualan meteorit tersebut menyebabkan dia memilih untuk berhenti kerja dan berhasrat mahu membina gereja baharu di kampung didiaminya.

Harap Batu Angkasa Bawa Tuah

“Saya mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan. Saya harap ia akan membawa tuah kepada kami,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Sementara itu, pakar batu angkasa, Jared Collins memberitahu dia mendapat tawaran yang tinggi untuk membeli batu angkasa itu.

IKLAN

Collins kemudiannya menghantar meteorit tersebut ke Amerika Syarikat yang kini disimpan di Pusat untuk Penyelidikan Meteorit di Arizona State University.

Batu Angkasa Yang Sangat Jarang Ditemui

Batu angkasa itu diklasifikasikan sebagai CM1/2 carbonaceous Chondrite, jenis yang sangat jarang ditemui dan dipercayai mengandungi asid amino unik dan unsur primordial lain.

Difahamkan, serpihan meteorit itu turut dibeli pengumpul kedua dan kini dijual di laman eBay. – Agensi

MW: Beruntung pembuat keranda ini, mendapat rezeki yang tidak dijangka. Inilah dinamakan batu bukan sebarang batu.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI