Adat orang yang berhutang, kebanyakannya sewaktu nak pinjam cukup manis mulut berkata-kata, berjanji untuk melunaskannya bila sampai waktunya. Hakikatnya, cukup payah untuk membayar kembali jumlah yang dipinjam. Terutamanya bila melibatkan individu terdekat seperti, kawan-kawan,adik beradik mahupun saudara mara.

Jika jumlah yang sikit mungkin boleh ‘pejam mata’ anggap sedekah’, tapi bagaimana jika pinjaman yang diberikan dalam jumlah yang besar, terpaksalah berputih mata, duit tersebut hangus akibat tiada bukti ‘hitam putih’ yang boleh dituntut di Mahkamah.

Sebenarnya, ada cara yang kita boleh dilakukan iaitu dengan menulis ‘Perjanjian Hutang’ sebagai langkah persediaan sebelum memberikan hutang. Perkara ini boleh dijadikan sebagai bukti ‘hitam putih’ yang boleh dituntut di mahkamah.

Berikut merupakan perkongsian ilmu oleh Peguam, Puan Nor Zabetha dari Firma Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co sebagai panduan.

Peguam Ini Ajar Cara Tulis Sendiri ‘Surat Perjanjian Hutang’ Yang Boleh Dijadikan Bukti Di Mahkamah!

Apa isi kandungan Surat Perjanjian pinjaman wang sekirannya hendak buat sendiri?

Kalau pinjamkan pada kawan, kekasih, adik beradik, sepupu sepapat, perlu ada bukti hitam putih. Nanti nak tuntut balik tak boleh maka meleburlah hutang RM5,000 atau RM10,000 atau RM15,000. Apa pun tak dapat!

Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.

Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan cara nak tulis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:-

1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.

IKLAN

2. Perlu ada butir-butir nama PENUH, nombor kad pengenalan dan alamat TERKINI Pemberi Pinjam dan Peminjam.

Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan pulangkan dengan perkataan pinjaman.

3. Nyatakan JUMLAH pinjaman

Contoh:

Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.

IKLAN

4. CARA bayaran bagaimana?

Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?

JANGAN! JANGAN kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku ATAU silap-silap anda kena denda DAN PENJARA dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!

5. Masukkan TERMA PENGINGKARAN

Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.

IKLAN

6. Masukkan syarat bahawa surat menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.

7. Masukkan TERMA PERJANJIAN turut mengikat waris dalam kes kematian.

Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.

TETAPI UNTUK PINJAMAN yang bernilai kecil sesuai untuk rangka sendiri. TETAPI jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.

Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.

Sila share, untuk pengetahuan bersama supaya tidak menjadi PEMBERI PINJAM YANG TERANIAYA.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi selepas ini, pastikan buat “Surat Perjanjian Pinjaman Hutang” terlebih dahulu sebelum memberi pinjaman wang sebagai langkah persediaan untuk menuntutnya di Mahkamah kemudian hari.

Sumber: Nor Zabetha

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI