• 2.7K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    2.7K
    Shares

Percaya atau tak kaum wanita yang sudah berumah tangga sering dilanda kemurungan seiring dengan usia perkahwinan mereka. Lagi bahaya, simptom ini tidak memilih mangsa sama ada wanita bekerjaya atau suri rumah sepenuh masa dua-dua akan lalui tekanan berbeza.

Namun biasanya mak-mak yang berstatus suri rumah lebih merasa tekanannya. Ditambah pula bila diuji suami buat perangai nak kahwin lain dan kata-akat orang sekeliling yang mengaitkan sebab tak kerjalah suami mula berani berpoligami.

Allah… kalau sudah tertulis di luh mahfuz, siapa kita nak menolaknya. Cuma sedikit ralat bila wujud sesetengah orang yang suka mengaitkan dunia mak-mak suri rumah ini tidak mendatangkan hasil pada suami.

Untuk jentik sedikit emosi kita secara berjemaah, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini. Moga kita mampu membetulkan sudut pandang kita yang kadang silap dalam hal ini…

Apabila isteri yang dipoligami itu adalah surirumah, mulalah ada suara yang mengatakan tidak bekerjaya itu antara punca suami kahwin lain.

“Patutlah suami kahwin lain, surirumah je rupanya. Tak ada kerjaya, tak ada pendapatan. Semua harap suami sampai suami lost respect.”

Entah kenapa, masyarakat kita masih memandang rendah pada posisi surirumah, walaupun para asatizah selalu menghujahkan bahawa pekerjaan paling mulia bagi seorang ibu ialah surirumah.

Ditambah dengan berita seperti ini menyebabkan wanita sendiri menjadi takut untuk menggalas status surirumah kerana ia mungkin penyebab suami mencari cawangan lain. Nauzubillah min zaliq.

In Islam, a woman considered as homemaker, she is not a housewife because she is not married to the house. (Dr Zakir Naik)

Allah has acknowledged this aspect of the functional family unit, by instructing women to be “guards” of their husband’s property & honour in the latter’s absence:

“Therefore, the righteous women are devoutly obedient (to the husband), and guard in (the husband’s) absence what Allah would have them guard…” [Surah Al-Nisaa: 34]

Malah, sesetengah ulama’ memberikan gelaran ‘Rabbatul Bayt’ kepada isteri yang duduk di rumah. Rabbatul Bayt memberi makna permaisuri rumahtangga yang mana rumah adalah negaranya, anak-anak adalah rakyatnya & suami adalah rajanya.

MasyaAllah, cantik Ulama’ menukilkan posisi suri pada pandangan Islam.

Maka, berbanggalah wahai isteri yang duduk di rumah, melaksanakan perintah Allah, menguruskan rumahtangga & mendidik anak-anak dengan ikhlas. Kalian hebat.

Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan sebenarnya,

1) Niat isteri untuk keluar bekerja
2) Peranan suami yang beristerikan wanita surirumah

Memang wanita perlu ada duit sendiri, tapi tidak sepatutnya disandarkan pada niat “Nanti suami buat hal, tak adalah terkontang kanting,”

Hati-hatilah wahai wanita yang bergelar isteri, sebenarnya apabila ada sekelumit niat sebegitu sejak sebelum kahwin, bermakna ikatan pernikahan yang dibina itu sejak azalinya telah pun ‘tercemar’.

“Aku kena kerja barulah suami respect & sebagai persediaan, sebab kalau suami kahwin lain, senang aku nak survived,”

Belum apa-apa sudah bersangka buruk. Astaghfirullah.

Hati-hatilah dengan sangkaan kerana ianya boleh jadi doa, boleh jadi juga dosa kerana ia prasangka terhadap takdir rezeki, jodoh, ajal & maut yang ada dalam genggaman Tuhan.

Namun, tidak pula saya menafikan kepentingan & keperluan untuk mengadakan personal saving (seperti Tabung Haji), pelaburan (Public Mutual & simpanan emas) serta backup plan seperti life insurance, atau private retirement scheme seperti CWA atau PRS. Tentunya semua ini sangat penting regardless our career status. Lebih-lebih lagi surirumah ini memang tiada EPF, pencen serta semua itu, maka lebih perlukan perancangan yang tersendiri.

Cuma, seperti yang diingatkan dalam point di atas, niat itu perlulah betul. Innama a’malu binniat. Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu bermula dengan niatnya.

Suami yang beristerikan wanita yang sudi ketepikan keinginan untuk bekerjaya, pegang duit ribu-ribu semata-mata untuk mengabdikan diri pada rumahtangga & mendidik anak-anak sepatutnya berasa sangat bersyukur.

1) Bersyukur kerana dia tidak perlu rasa risau memikirkan keadaan anak-anak di rumah pengasuh atau orang lain. Setidaknya kurang rasa takut kebarangkalian anak-anak yang masih kecil berada dalam jagaan orang yang tidak ikhlas & tidak amanah.

2) Suami juga tidak perlu risau setiap hari memikirkan aurat & ikhtilat (batas pergaulan) isteri semasa bekerja. Tambahan jika isteri jenis suka bertabarruj & memakai wangian berlebihan serta tidak begitu menjaga aurat & batas pergaulan dengan staf berlainan jantina. Tentu seorang suami yang soleh rasa bimbang isteri & dirinya terjebak dosa setiap hari.

3) Bersyukur kerana suami membuktikan kredibiliti sebagai ketua rumahtangga, pencari nafkah, pelindung keluarga yang utama. Bukan suami sahaja yang bangga, isteri juga bangga kerana suami tidak perlukan khidmatnya untuk membayar itu ini. Hidup sederhana apa adanya. Alhamdulillah.

Duit memang penting. Namun, bukan hal duit sahaja yang kita fikirkan atas dunia ini. Apalah maknanya jika ribu-riban kita suami isteri dapat setiap hari tetapi dosa juga bertimbun kerana masing-masing tidak jaga aurat & ikhtilat, gurau senda siap bertepuk bertampar berlainan jantina, duduk rapat-rapat, itu belum lagi teransang syahwat melihat wanita yang berwangian & bermekap keterlaluan. Astaghfirullah.

Maka sepatutnya kalian sebagai suami bersyukur mempunyai isteri yang duduk diam di rumah, menjaga harta kalian, menjaga maruah dirinya & maruah diri kalian. Bukannya memandang isteri sebagai orang yang tidak berguna, tiada jasa, tiada hasil, tidak ‘hot’ seperti isteri orang lain yang keluar bekerja.

Betulkanlah niat kita masing-masing sebagai suami mahupun isteri.

Isteri bukan beban, isteri adalah amanah kalian. Hargailah isteri walau apa jua status kerjayanya. Bila cinta kepadanya, kalian memuliakannya, bila tidak cinta tidak pula kalian menghinanya. Inilah ciri lelaki yang soleh.

Isteri yang tidak berkerjaya gaji tinggi, dipandang hina oleh orang lain tetapi dimuliakan oleh suami yang tinggi pekertinya, tentulah isteri merasa terpuji kerana maruahnya ditinggikan oleh suami, hatinya dilimpahi kasih sayang. Subhanallah.

Begitulah berharganya nilai sokongan & penghargaan seorang suami buat seorang isteri. Tidak sedikit bilangan suri yang depresi kerana tekanan hidup sebagai ibu rumahtangga.

Maka, berbahagialah isteri yang dikurniakan suami yang qowwam.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

NOTA TAMBAHAN:

Ini cuma pendapat peribadi saya sahaja. Tersentuh rasa apabila disalahkan status ‘surirumah’ itu sebagai punca suami berkahwin lain.

1) Sebenarnya setiap wanita itu adalah hebat tidak kiralah apa jua status kerjayanya. Cuma memang fokus tulisan ini untuk surirumah, untuk naikkan semangat mereka & berharap pasangan mereka menghargai mereka seadanya.

2) Hakikatnya baik surirumah (SAHM), isteri bekerja atau work at home mom (WAHM), semuanya ada cabarannya masing-masing. Semua golongan ini tetap ibu & isteri yang hebat selagi mereka berusaha melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.

3) Semua wanita yang ikhlas kerana Allah dalam apa yang dilakukan adalah hebat. Tak kisahlah apa status mereka sekalipun. Just focus on our own life, kerana hidup kita tak sama jalannya, ujiannya & cabarannya dengan hidup org lain. Setiap dari kita adalah unik. So, instead of comparing & judging, let’s be kind & support each other. InsyaAllah.

 

Jangan Lupa Komen

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
KORPORAT   |   POLISI DATA PERIBADI  |  PENAFIAN   |   LANGGANAN   |   PENGIKLANAN   |   KERJAYA   |    HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error:
" "