Rumah Tangga Hafiz Hamidun

Masih panas kes rumah tangga Hafiz Hamidun dan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa di media sosial. Kalau anda salah seorang daripada pembaca yang ikuti perkembangan kisah mereka, memang rasa nak tahu apa masalah sebenar pasangan ini sebab baru saja kahwin dah ke turun naik mahkamah!

Terbaru Hafiz memberitahu dia tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Siti Arifah Amin atau Joy Revfa selepas mereka bernikah pada 1 Mei lalu. Haaa… sudah! Apa cerita pula ni, ya?

Menurut sumber MStar online, Hafiz, 33, bertindak demikian berikutan meragui status wanita berkenaan yang tidak menyerahkan sijil perceraian sehingga tarikh mereka diijab kabul.

“Kami tak pernah mengadakan hubungan kelamin, saya tidak sentuh dia kerana sejak hari pertama kami berkahwin sudah ada keraguan.

“Sejak bernikah kami tinggal berasingan kerana saya sentiasa berfikir tentang masalah dikemudian hari,” ujarnya kepada mStar Online.

Surat Cerai Dedah Joy Revfa Isteri Orang Masa Kahwin Hafiz
Hafiz berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Artieffect, Damasara Perdana, di sini, pada Selasa.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini tampil bagi membuat penjelasan berkaitan kemelut rumah tangga dengan Joy Revfa.

Joy dalam kenyataannya menerusi rakaman video siaran mStar pada Selasa berkata mereka sudah ‘bersama’ dan berbulan madu namun Hafiz tidak mempedulikannya selepas itu.

IKLAN

Sementara itu, bercerita tentang kronologi perkahwinan tersebut, Hafiz berkata, keraguannya timbul selepas Joy gagal memberi surat cerai yang dijanjikan selepas mereka berkahwin.

Katanya, dia berkali-kali meminta wanita tersebut menguruskan perkara berkenaan dengan bekas suaminya sebelum hari pernikahan berlangsung.

“Dia mengatakan kepada saya bahawa dia telah bercerai melalui pesanan mesej aplikasi Whatsapp yang dikirim oleh bekas suaminya iaitu Mohd. Rayos bin Abdul Rahim.

“Berkali-kali dia katakan pada saya dokumentasi cerai masih tiada dan mendakwa bekas suaminya tidak mahu selesaikan urusan perceraian.

“Pernikahan diteruskan setelah pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak dia bahawa penceraiannya dengan suami sebelum ini telah berlaku.

IKLAN

“Akhirnya pernikahan di antara saya dan Joy dilangsungkan dengan aku janji untuk memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas majlis akad nikah,” ujarnya.

Hafiz berkata, dalam hal ini dia sudah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan itu termasuk menemani Joy ke Songkhla bagi mendapatkan sijil perceraian daripada suami pertama.

“Pada 1 Jun 2017, saya dan Joy telah ke Songkhla bagi menguruskan Cerai Taklik di antara dia dan bekas suami di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.

“Saya bersungguh untuk selamatkan perkahwinan ini. Tapi saya tidak jumpa jalan mudah dan perkara itu kerap diganggu oleh pelbagai janji yang tidak dilaksanakan pihak sana,” ujarnya.

IKLAN

Dalam pada itu, ditanya tentang perasaannya terhadap ahli perniagaan tersebut, Hafiz berkata, dia sudah tawar hati dengan apa yang telah berlaku.

“Apa yang terjadi ini tidak membenarkan perasaan sayang saya terhadap dia. Kalau nak cakap tentang perasaan saya rasa sudah lakukan yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga ini.

“Kita ikut sahaja keputusan mahkamah pada 14 September nanti,” ujarnya.
Terdahulu, Joy memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.
Permohonan itu dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI