Inai, memang cukup popular buat bakal pengantin. Maklum sahaja, ia mungkin dijadikan penyeri untuk raja sehari. Sebab itulah, sehari sebelum akad nikah mesti diadakan majlis berinai dan waktu inilah bakal pengantin akan memakai indah dan dimeriahkan lagi dengan ahli keluarga dan tetamu.

Walau bagaimanapun, inai mungkin hanya dipakai sebelum majlis kahwin dan ada yang tak berapa gemar memakainya sebab ia nampak comot, bila terkena sisa inai.

Itu jika pakai inai yang dibuat sendiri. Namun, sekarang ini, pakai inai sudah mudah, kadang-kadang dengan tepek dan memang ada yang dah ‘ready made’. Siap untuk dipakai. Senang.

Bagi mak-mak yang ada pokok inai, tentu sayang kalau tidak digunakan. Tak semestinya pakai untuk bakal pengantin tetapi boleh sahaja pakai bila ras keinginan. Nampak cantik dengan warna merah di tangan.

Cuma masalahnya, daun ini perlu ditumbuk atau dikisar dan perlu masukkan arang, nasi atau limau nipis bagi nak pastikan ia nampak merah selepas memakainya. Perkongsian daripada Eyang Puteri Bulusari agak menarik. Tidak perlu tumbuk adan hanya tepek sahaja.

IKLAN

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Tebuk Dinding, Tak Payah Nak Sapu Atau Bersihkan Lantai Lepas Drill!

Cara MUDAH Bersihkan Minyak Melekat Pada Bekas Plastik Guna TISU DAPUR

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Guna Inai Muda

“Pokok inai saya tak sempat nak tumbuh lebat sebab seminggu sekali akan di petik untuk dijadikan inai.
“Cara yang saya guna pun tak tumbuh, cumba ambil beberapa helai daun inai dan sapu minyak angin cap kapak.
“Tak payah tumbuk, hanya dilekatkan di jari dan tidak sampai sejam dah merah dan cantik.
“Ambil daun yang paling muda, layukan dulu supaya senang dilekatkan minyak dan tampal mengikut saiz yang kita suka.
“Hanya guna minyak angin cap kapak sahaja.
Pakai Inai Sapu MINYAK ANGIN. Tak Payah Tumbuk, Merah Dan Cantik Lagi

Pakai Inai Sapu MINYAK ANGIN. Tak Payah Tumbuk, Merah Dan Cantik Lagi

Pakai Inai Sapu MINYAK ANGIN. Tak Payah Tumbuk, Merah Dan Cantik Lagi

Pakai Inai Sapu MINYAK ANGIN. Tak Payah Tumbuk, Merah Dan Cantik Lagi

IKLAN

Pakai Inai Sapu MINYAK ANGIN. Tak Payah Tumbuk, Merah Dan Cantik Lagi

Pakai Inai Sapu MINYAK ANGIN. Tak Payah Tumbuk, Merah Dan Cantik Lagi

MW: Nak senang dan tak payah tumbuk-tumbuk, guna minyak angin cap kapak. Boleh cuba nanti.

Sumber: Eyang Puteri Bulusari

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI