Nooryana Najwa janji jaga ibu & adik, doakan ayahnya sentiasa dalam lindungan Allah. Bekas Perdana Menteri Malaysia ke- 6, Datuk Seri Najib hari ini didapati bersalah dalam kes menyeleweng dana SRC apabila wang RM42 juta dimasukkan ke akaun peribadinya. Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama barisan panel hakim menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Difahamkan, Datuk Sri Najib atau mesra disapa Bossku di kalangan pengikutnya akan transit ke Penjara Kajang petang ini sebelum dibawa menuju ke Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman atas kesalahan dilakukannya.

Dalam pada itu, pastinya anak sulung beliau, Nooryana Najwa menjadi tumpuan apabila turut mengiringi ayahnya di mahkamah. Pastinya apabila dijatuhkan hukuman, dirinya amat sedih.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI:- Pertama Kali Dalam Sejarah 9 Perdana Menteri Malaysia, Bossku Ke Sungai Buloh

IKLAN
Nooryana Najwa Janji Jaga Ibu & Adik, Doakan Ayahnya Sentiasa Dalam Lindungan Allah
Inilah keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak

Menurut laporan Malaysia Gazatte, Nooryana Najwa Najib mendoakan ayahnya, Datuk Seri Najib Razak yang akan menjalani hukuman penjara petang ini terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah.

Dalam luahan hatinya, Nooryana berkata, dia bangga dengan kekuatan ayahnya yang berjuang dalam perbicaraan di mahkamah.

”Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita. Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati dalam sebab dan tujuan kita sehingga kita menentangnya selama empat tahun ini.

IKLAN

”Namun anda tidak mendapat hari keadilan hari ini, kami juga tidak berpeluang bertempur,” luahnya yang percaya perjuangan Najib tidak berakhir di sini.

Dalam luahan itu, Nooryana turut berjanji akan menjaga ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya, Ashman dan ‘Abang Jaja’.

IKLAN

Dia juga berjanji akan terus berjuang bersama keluarga dan penyokong-penyokong ayahnya sehingga Najib kembali ke pangkuan keluarga dan menegakkan keadilan.

”Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan ayah dengan saya setiap hari, “mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran kita.

”Tetap kuat, Allah bersamamu ayah. Sentiasa bersama anda, pada masa ini dan selamanya,” katanya.- MalaysiaGazette / Foto :- HAZROL ZAINAL

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI