Mudahnya Kakak Hafal Sifir 2, 4, 6, 8, Ibu Ini Dedah ‘Tidur Awal’ Rahsia Otak Anak Cukup Rehat, Fresh Belajar Pagi Hari

Seronoknya bila anak-anak bijak matematik. Sebab itulah antara subjek sukar dikuasai anak-anak kecil kita. Berbeza dengan anak sekolah usia 10 tahun ini, Khalysh Najlaa Binti Ahmad Lotfi yang hafal sifir 2,4,6,8 dengan formula kotak ajaib.

Video perkongsian sifirnya itu telah ditonton lebih sejuta viewer. Mingguan Wanita menghubungi ibunya, Sarah Rahim untuk bertanyakan lanjut tentang Khalysh yang dipanggil Kakak ini. Mahu tahu tip dari ibu bagaimana dia mendidik kakak sehingga bijak menghafal sifir.

Satu hal yang menarik tentang Kakak ini, kata ibunya anaknya itu memang TIDUR AWAL. Sebaik masuk saja 9.30, kakak dah tak boleh fokus apa dah. Haa.. nak tahu lanjut macam mana kakak boleh bijak sifir walaupun tak dihantar ke kelas tuisyen, baca kisah kakak selanjutnya.

Semua mak mesti nak anak-anak dia boleh menguasai matematik kan? Saya pun macam tu juga. Lebih-lebih lagi bila saya sendiri kecil-kecil dulu tak minat langsung matematik.

Sampai lah ke peringkat menengah saya masih tak sukakan matematik. Dan rasa stress setiap kali time waktu mata pelajaran matematik.

4 Tip Mak Ayah Ini Latih Otak Anak Bijak Hafal Sifir

Pertama : Biasakan Anak Bermain Dengan Nombor

Saya tak nak anak-anak saya seperti saya. Dari kecil saya sedaya upaya membiasakan mereka bermain dengan nombor.

Game simple-simple yang seronok. Contohnya baca plat no. kereta. Baca menu harga makanan.

Biasakan seronok bermain dengan nombor.

Kedua : Guna Kaedah Hafal Al-Quran

Masa anak mula belajar sifir darjah 2 dulu nampak dia stress menghafal dan untuk faham sifir pada masa yang sama.

Pada masa yang saya mencari-mencari alternatif untuk merangsang otak anak. Saya jumpa kaedah hafalan Al-Quran yang mengaktifkan otak kanan dan kiri.

Walaupun tak ada kena mengena dengan matematik secara langsung tapi saya yakin jika anak saya di ajar untuk aktifkan penggunaan otak beliau. Apa saja proses pembelajaran akan jadi lebih mudah.

Beliau mula mengikuti dan dapat rentak menghafal Al-Quran serta pada masa yang sama saya mula nampak peningkatan dalam pelajaran matematiknya.

Lebih cepat tangkap dari sebelumnya. Bila cepat tangkap dia lebih seronok nak belajar lagi.

Ketiga : Tidur Awal Lingkungan Jam 9.30 Ke 10.00 Malam

Tentang rutin anak-anak belajar. Oleh kerana saya bekerja, waktu agak terhad. Waktu yang ada hanyalah selepas makan malam.

Waktu yang terhad inilah digunakan sebaiknya untuk siapkan homework dan ulangkaji sedikit. Mereka akan masuk tidur setiap hari dalam lingkungan jam 9.30 ke 10.00 malam.

IKLAN

Kami suami isteri sangat strict tentang waktu tidur. Kerana kami nak pastikan yang otak anak-anak mesti cukup rehat. Bangun pagi fresh dan sentiasa bersedia untuk belajar setiap hari.

Kakak tak pernah ke tiusyen. Disebabkan faktor masa yang suntuk dan kakak dah biasa tidur awal. Lebih dari 9.30 kakak dah tak boleh fokus apa-apa dah.

Kat mana-mana pun dia boleh tidur selamba. Sejak umur dia 2 tahun lebih dah dibiasakan tidur awal. Masa itu baru dapat adik si kembar. Jadi nak tak nak terpaksa tidurkan semua awal-awal. Supaya mak boleh siapkan kerja-kerja rumah.”

Keempat : Kurang Didedahkan Dengan Gajet

Kakak anak sulung, jadi dari kecil lagi kakak kurang didedahkan dengan gajet berbanding adik-adiknya. Kakak banyak bermain dengan kertas dan pensel, menulis serta melukis.

Rasanya itulah rutin biasa yang kami suami isteri yang sibuk bekerja ini amalkan untuk bantu anak-anak dalam pelajaran.

Dari kecil lagi minat dipupuk perlahan-lahan. Sekarang ini bila soalan matematik semakin sukar, kakak memang selalu buat latih tubi. Practise makes perfect.

Sifir kotak-kotak itu dia belajar dari cikgunya dan dia ajar semula pada saya.

Inilah Sifir Formula Kotak Ajaib Kakak

Terimalah hakikat di abad ini, yang skill sifir anak-anak kau lagi terre (handal) dari kau.”

 

IKLAN

Ringkasannya Dalam Bentuk Bergambar Pula

 

Mudahnya Kakak Hafal Sifir 2, 4, 6, 8, Ibu Ini Dedah TIDUR AWAL Rahsia Otak Anak Cukup Rehat, Fresh Belajar Pagi Hari

 

Mula-mula buat kotak macam ni. Masukkan nombor-nombor seperti berikut. Jangan tanya kenapa susun macam tu, nak pandai kan? Mak pun tak tau, mak ikut jer kah kah kah. Ini kotak formula ajaib namanya, khas untuk sifir 2,4,6,8.

 

Mudahnya Kakak Hafal Sifir 2, 4, 6, 8, Ibu Ini Dedah TIDUR AWAL Rahsia Otak Anak Cukup Rehat, Fresh Belajar Pagi Hari

 

Dah siap kotak formula ajaib? Haaa masa ni la nak tunjuk terre. Kalian tengok video kat atas tu, kakak ajar step by step. Sifir 2,4,6,8 sampai sifir 9 kakak share. Kakak cuba share dengan cara yang paling mudah faham.

 

IKLAN

Mudahnya Kakak Hafal Sifir 2, 4, 6, 8, Ibu Ini Dedah TIDUR AWAL Rahsia Otak Anak Cukup Rehat, Fresh Belajar Pagi Hari

 

Tak pandai hafal sifir pun boleh buat. Senang kacang yakmat. Ikut logik thinking dan common sense saja. Kurang sikit stress nak hafal sifir ala-ala Siti Sifir tu. Lama-lama dah biasa dan faham otomatik akan melekat dalam kepala kan kan kan.

p/s : Kat sifir 8 tu kakak tersilap tulis, mohon betulkan yer.

 

Mudahnya Kakak Hafal Sifir 2, 4, 6, 8, Ibu Ini Dedah TIDUR AWAL Rahsia Otak Anak Cukup Rehat, Fresh Belajar Pagi Hari

Macam-macam Teknik Belajar Matematik Sekarang.. Kudos Cikgu!

Kata Kakak, cikgu ajar bahagi pakai teknik pagar-pagar. Ibu ingat nak tolong ajarkan, tapi ibu tengok pun dah tekebil-kebil. Ok tak pe, ibu percaya kat kakak. Nanti kakaklah yang ajar ibu yer. Hari ni rehat dulu. Hehehe.

Macam-macam kaedah unik cikgu-cikgu zaman sekarang ni ajar kan? Kudos buat cikgu-cikgu yang sentiasa berusaha keras sedaya upaya dalam memupuk minat anak-anak murid belajar matematik dengan teknik-teknik yang menyeronokkan.

Zaman ibu dulu, baru nampak bumbung kereta cikgu matematik, ibu dah ketaq lutut yakmat. Kah kah kah. Aduh! Terasa perut dipiat-piat. Lepas kena piat terus jadi pandai. Hehehe. Terima kasih cikgu.

Bila kakak suka matematik, semestinya Ibu lagilah suka, kan?

Ribuan terima kasih di atas ucapan dan teguran membina dari uncle-uncle dan aunty-aunty semua. Kakak perasan memang ada sedikit kesilapan teknikal masa buat sifir 8 tu. Semua tu buat kakak lagi bersemangat nak belajar dengan lebih gigih lagi dan lebih berhati-hati dalam pengiraan.

Doakan kakak dapat pergi sekolah dengan gembira esok yer. Terima kasih semua.

Sumber/Foto/Video : Sarah Rahim

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI