petua cantik

Wanita mana yang suka kedutan? Belum berusia dah dipanggil makcik, gara-gara muka nampak tua sebelum masanya. Eh, jangan biarkan ia berlaku. Tangani segera dengan 5 petua mustajab ini.

Mula-mula sekali, pasang niat yang baik-baik. Sememangnya penuaan adalah fitrah kejadian manusia tapi kita boleh memelihara anugerah Tuhan ini dengan sebaik mungkin.

Petua #1 : Bangun Tidur Minum Air Suam

Sejurus bangun tidur dan sebelum mandi, minum air suam dahulu. Biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat sambil berselawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur kita ada enzim yang boleh dijadikan ubat.

Petua #2 : Mandi Air Embun

Mandi air embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Kata orang tua tua, khasiatnya mampu menyerikan wajah, menyihatkan tubuh badan dan awet muda.

Petua #3 : Urut Muka Dari Bawah Dagu Hingga Ke Atas Dahi

Urut muka dengan air dari arah bawah dagu hingga ke atas dahi sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali. Jangan sesekali urut wajah dari atas ke bawah kerana boleh mempercepatkan kedutan.

IKLAN

Petua #4 : Amalkan Baca Surah Yusuf

Supaya wajah nampak muda daripada usia sebenar, amalkan membaca Surah Yusuf selepas solat Subuh dan minum air suam sebanyak tiga teguk.

Petua #5 : Amalkan Produk Minuman Kesihatan

Kalau nak muda dari dalam, amalkan produk minuman kesihatan Nutrima Cellcode ni. Ia dihasilkan selepas 10 tahun proses R&D di MARDI, kaya phloretin-g iaitu antioksidan semula jadi untuk membantu mengurangkan kedutan wajah, menyamarkan jeragat, menganjalkan kulit dan melambatkan penuaan.

Muda-Muda Lagi Kena Panggil Makcik, Ini Sebabnya Wanita Berlumba Amalkan Petua-Petua Mustajab

IKLAN

Menariknya tentang produk Nutrima Cellcode ni, ia berbentuk cecair dan mudah diminum setiap hari. Dahlah sedap, tanpa bahan pengawet pula tu. Lebih meyakinkan, ia pernah terpilih untuk dipersembahkan kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V Ibni Sultan Ismail Petra tempoh hari.

Acara penyampaian Nutrima Cellcode sebagai produk negara ini disampaikan sempena Makan Malam DiRaja anjuran Society for Anti-Aging Aesthetic (SAAARMM) di ibu negara.

Muda-Muda Lagi Kena Panggil Makcik, Ini Sebabnya Wanita Berlumba Amalkan Petua-Petua Mustajab

IKLAN

Bukan tu saja, Nutrima Cellcode pun ada tandatangan perjanjian dengan Tokyo Institute of Technology Japan di Japan Halal Market Fair 2018 baru-baru ini. Ini bertujuan bagi menghasilkan versi serbuk tanpa menjejaskan kandungan phloretin-g dan antioksidan di dalamnya.

Muda-Muda Lagi Kena Panggil Makcik, Ini Sebabnya Wanita Berlumba Amalkan Petua-Petua Mustajab

Jadi kalau dah amalkan 5 petua ni, InsyaAllah sapa-sapa pun boleh kekal muda remaja dari luar dan dalam. Produk Nutrima Cellcode tu pun mudah dibeli secara online di website KPJ Shoppe atau mana-mana kedai KPJ Shoppe/KPJ Pharmacare di seluruh hospital KPJ. Senangnya!

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI