Awas Ye, Jangan Banyak Tidur…Boleh Undang Penyakit Kronik!

Dah tak tahu apa nak buat, tidur. Nak keluar tak boleh! Mungkin ramai yang keluarkan kata-kata itu. Sepanjang tempoh PKP ini masing-masing sudah dilanda kebosanan dan buntu bagaimana nak habiskan masa seharian di rumah. Nak keluar rumah tak boleh. Akhirnya ramai yang asyik tidur, sampai berlebihan daripada yang sewajarnya!

Boleh Tidur, Tapi Pastikan Berkualiti

Apa yang dimaksudkan dengan tidur yang berkualiti? Menurut Dr. Muhammad Nabhan Khalil Azizan, Pakar Psikatri Hospital Kuala Lumpur, yang ditemu bual menerusi telefon di Mingguan Wanita Talkshow, tidur berkualiti apabila bangun tidur, kita akan rasa segar. Sebaliknya pula, tidur itu tak berkualiti mungkin tidur itu tak lena, terganggu atau kurang tempoh tidur yang diperlukan.

Memang Tengah Bosan Tapi Jangan Banyak Sangat Tidur, Boleh Undang Penyakit Kronik!

Menurut Dr. Muhammad Nabhan lagi, tempoh tidur bergantung pada umur dan individu. Misalnya untuk bayi, memerlukan 16 jam sehari. Semakin membesar, tempoh tidur akan berkurang. Untuk orang dewasa, anggaran tempoh tidur atara 7-8 jam sehari.

IKLAN

Untuk warga emas, memerlukan 7 jam sehari. Namun kebiasaannya warga emas sering menghadapi masalah tidur; sering terbangun dan kurang nyenyak. Ini menyebabkan tempoh tidur mereka sebenarnya tidak mencukupi.

Bagaimana Dapatkan Tidur Berkualiti?

  1. Amalkan tabiat tidur sihat, tidur waktu yang tetap.
  2. Senaman bantu dapatkan tidur nyenyak. Tapi tak digalakkan bersenam pada waktu malam terutama hampir waktu tidur kerana ia menyebabkan otak masih aktif. Seeloknya lakukan pada waktu petang.
  3. Elakkan ambil kopi, teh dan rokok selepas jam 4.00 petang.
  4. Elakkan tidur berlebihan waktu siang. Sebaiknya sekitar 20-30 minit saja untuk menggelakkan sukar tidur malam.
  5. Tempat tidur yang selesa.
  6. Kurangkan stres.
  7. Minum teh chamomile yang memberikan rasa tenang.

Power Nap VS Tidur Berlebihan

Pernah dengar Power Nap atau tidur sekejap pada waktu siang?  Menurut Dr. Muhammad Nabhan, banyak budaya yang mengamalkan ‘power nap’ seperti masyarakat Meditteranean. Bahkan dalam Islam sendiri digalakkan untuk tidur sekejap pada waktu siang, agar badan dan minta cergas untuk bangun solat tahajud pada tengah malam.

IKLAN

Walau bagaimana pun, hati-hati jangan terlalu banyak tidur pada waktu siang kerana ia boleh mendatangkan mudarat pada tubuh. Terdapat kajian yang mendapati, sekiranya tidur berlebihan, risiko untuk mendapat penyakit-penyakit kronik lebih tinggi seperti jantung, strok dan darah tinggi.

IKLAN

Wanita Perlu Tidur Lebih Lama Daripada Lelaki?

Menurut Dr. Muhammad Nabhan, tidak banyak kajian yang menyatakan wanita perlu tidur lebih banyak berbanding lelaki. Namun memang terdapat kajian yang membenarkannya dan wanita memang perlu tidur lebih lama berbanding lelaki tapi hanya 20 minit lebih sahaja ye! Ini mungkin kerana tugas wanita yang lebih memenatkan.

Jangan lupa saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow pada jam 8 malam nanti, di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 dengan topik Tidur Berkualiti.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI