Bukan senang nak hilangkan jeragat! Inilah salah satu masalah kulit yang kaum wanita risau sangat. Ada banyak punya yang menyebabkan jeragat, keturunan atau mungkin salah pakai produk.

Kalau dibiar dia makin membiak, jadi mak-mak kena jaga dari awal ya. Nak jimat, boleh guna tip yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Badar Bajrai, sangat mudah. Tinggal nak dengan tak nak buat saja.

Masker Hilangkan Jeragat

Sebab ramai ada masalah jeragat, jadi Aisyah share kat wall Aisyah jugak la. Mudah mudahan ramai serasi dengan masker magic ni tuk hilangkan jeragat.

Kalau korang nak tau, masker magic ni guna bahan dapur je tau. Tapi cam biasa la, paling best sebab kos dia murah banget.

Masa memula jumpa resepi ni Aisyah macam tak percaya sangat. Sekali tengok ramai bagi feedback positive. Perghh, jeragat diorang sebelum ni yang setebal awan mendung tetiba boleh nipis. Ada tu jeragat terus hilang lepas konsisten pakai masker ni.

Tapi macam biasa la, ni rawatan alami. Bukan guna bahan kimia. Jadi kesan dia slow. Slow slow dia, tapi selamat tuk kulit kita. Pastu yang bestnya masker ni boleh cerahkan kulit muka kita jugak tau.

IKLAN

Ehhh, kalau ada masalah jerawat pun boleh pakai masker ni sebab semua bahan bahan masker ni bagus tuk halau jerawat. Dah la, penat type, jom kita tengok resepi;

MASKER MAGIC HALAU JERAGAT

1 biji kentang rebus
1 biji limau nipis atau setengah biji jus lemon
1/2 sdk kunyit serbuk
Air rose secukupnya, pakai air tapis atau mineral pun boleh.

Cara-caranya:

IKLAN

1. Korang blend jek semua bebahan ni sampai dia jadi paste cam custard, betu betul halus. Make sure paste ni tak terlalu pekat, tak terlalu cair tau.

2. Korang urut muka korang dengan masker ni selama 2 minit. Pastu biarkan dia kering jap dalam 15 minit. Jangan lebih tau. 15 min je cukup. Sebab takut muka kering sangat nanti.

3. Balance masker ni korang masuk mangkuk bersih bertutup. Pastu simpan dalam esbok. Boleh tahan tuk 5-6 hari gitu.

IKLAN

Tadaaa, senang jek kan. Barang-barang dia pun murah. Siapa yang ada masalah jeragat teruk, korang boleh pakai masker ni hari hari. Bila dah ok, korang pakai seminggu 4 kali jek.

Tapiiii… ingat betul betul. Jangan pakai lebih dari 15 minit, nanti kulit korang boleh kering. Pastu korang boleh pakai waktu malam jek.

Tips penting, korang jangan lupe pakai sunblock waktu siang tau. Baru la jeragat baru tak boleh datang sebab sunblock tu dah protect kulit kita.

Jangan lupe #share petua ni dan follow Aisyah Badar Bajrai untuk petua cara bajet yang lain.

Selamat mencuba.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI