Masaklah walau sesibuk mana pun isteri. Tak boleh hari-hari, setiap hujung minggu pun jadilah. Kata orang, hendak menawan hati suami, perlulah jaga perutnya. Bermakna isteri kena memasak dan menyediakan hidangan enak untuk suami. Mungkin ada wanita yang tak bersetuju tentang perkara ini. Tapi cuba tanyakan pada suami, pasti ramai yang mengiakan kata-kata itu!
Masaklah, Hati Suami Pasti Gembira
Ada juga suami yang cakap berlapik kerana tak nak menyakitkan hati isteri, “ saya tak kisah awak tak masak pun sebab faham awak penat kerja. Cuma, kalau awak masak, lagi saya suka. Rasa seronok sangat.”
Bagi isteri, penat bekerja dan melayan anak-anak membuatkan mereka rasa membeli makanan lebih mudah. Lebih-lebih lagi bagi yang anak-anak masih kecil. Belanja membeli makanan yang dah siap lebih murah berbanding membeli barang basah untuk dimasak.
Nak seronok, boleh ajak suami sama-sama beli barang basah. Itu juga sebenarnya masa kualiti suami dan isteri.
Itu kata isteri. Bagaimana pula bagi suami yang dalam diam sebenarnya ingin isterinya lebih rajin ke dapur dan menyediakan hidangan untuk dirinya dan anak-anak? Bukan dia tak faham kepenatan isteri, tapi dia teringin nak merasa air tangan isteri. Yelah, dah ada isteri takkan memanjang makan makanan beli.
Untuk isteri, jangan ambil kesempatan pula bila suami macam tak kisah kalau isteri tak masak. Suami mana yang tak nak makan masakan isteri? Sedap tak sedap belakang kita. Yang penting, effort atau usaha isteri nak masak paling penting.
Puji Masakan Isteri
Jika sesekali isteri masuk dapur untuk memasak, suami akan puji masakannya walau pun mungkin tidak selazat yang dibayangkan. Itulah sebenarnya tanda suami menghargai usaha dan penat lelah si isteri itu.
Kemudian suami akan komen, apa kekurangan masakannya itu secara elok-elok dengan niat supaya isteri boleh perbaiki mutu masakannya kelak. Contohnya, mungkin jika lebih pedas, akan lebih sedap. TAPI, suami jangan sesekali mengkritik masakan isteri dengan secara marah-marah atau merendahkan isteri. Silap hari bulan, isteri langsung mogok masak!
Masaklah Walau Lauk Yang Ringkas
Selain itu, suami sebenarnya TAK KISAH LANGSUNG walau anda hanya masak lauk yang ringkas untuknya. Hanya dengan satu lauk saja pun dia mampu makan bertambah. Tak seronok ke wahai isteri?
Ads
Namun, suami jangan terlalu cerewet kerana kadangkala skill masakan ini perlu diasah. Kalau rajin masak, lama-kelamaan gerenti memang sedap air tangan isteri!
Tawar Diri Jaga Anak
Memang betul, kadangkala isteri terkejar-kejar pulang kerja hendak uruskan anak-anak pula. Jadi, seeloknya suami tawarkan diri untuk menjaga anak ketika isteri sibuk di dapur. Jadi, isteri pun tak rasa terbeban bila tugas dikongsi bersama.
Suami boleh ambil tugas mandikan anda dan mempersiapkan anak. Waktu itu juga adalah waktu untuk anda bersama anak-anak setelah seharian bekerja. Itu juga tanda suami memahami kepenatan anda dan dia cuba ringankan beban anda! Bahagia tak?
Bantu Isteri Masak
Jangan salah sangka, isteri bukan malas nak masak tapi kadangkala dia memang penat kerana seharian bekerja. Jadi, jika suami hendak isteri rajin masak, anda juga kena rajin membantunya. Selain menjaga anak, suami juga boleh bantu isteri di dapur seperti tolong mencuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Percayalah, hilang penat isteri bila suami membantunya. Tak percaya, cubalah!
Bagi isteri yang tak berapa pandai masak, suami bagi semangat untuk belajar memasak. Kalau perlu, ambil inisiatif untuk ke kelas belajar memasak.
Ads
Suami Berkias
Ada suami yang suka ‘berkias’. Bila dia ingin isteri masak, mungkin ketika di pejabat, dia akan menelefon dan memberitahu yang dia teringin hendak makan sesuatu masakan dan tawarkan diri hendak singgah membeli barang keperluan balik kerja nanti. Secara tak langsung, dia memberitahu yang dia nak anda masak hari itu.
Masaklah, Jangan MALAS!
Tak dinafikan, ada isteri yang memang malas nak masak. Asyik nak membeli saja. Aduh. Susah juga tu. Tak boleh macam tu kerana itu tanggungjawab isteri untuk sediakan makanan untuk suami dan anak-anak.
Bahkan, bila masak sendiri, banyak faedah bila memasak sendiri. Boleh kawal perbelanjaan rumah dan makanan yang dimasak sendiri sudah tentu terjamin bersih berbanding di kedai yang kadangkala kita tidak tahu sejauh mana tahap kebersihannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kalau ada yang baru beranak kecil, ini rahsia yang cukup bagus untuk anda amalkan tip banyakkan susu badan. Tambah pula jika anak anda jenis nak menyusu sejam sekali! Ada dua cara yang anda boleh cuba resepi daripada Puan Sya Bell, pilih dan sila buat!
Saya nak share lagi resepi milkbooster natural dan Homamade sebab saya tengok ramai pula sugest kat orang lain air kotak longan yang viral tu.
Ada super power boleh tambah susu dan ada super duper power tambah kahak kat anak. Kesian la kat baby tu, saya kesian baby berkahak sangat tak selesa. Sebab itu saya share lagi.
Bahan-bahan boleh cari kat kedai ubat cina sensei, kalau awak rasa serasi, bolehlah amalkan. Tapi tolong jangan pengaruhi mommy-mommy lain.
Milkbooster saya.. saya pilih natural dan sihat. Alhamdulillah full bf twiny Boy.
Cara rebus:
Kurma merah
Logan kering
Gojiberry
Campur sikit Brown sugar dan letak daun pandan
Memang sedappp sangat.
Cara kedua (lagi sedap rasa lai chee kang)
Rebus
Kurma merah
Logan kering
Gula batu
Buah kundur
Barli
Daun pandan
Yummy… sangat lah sedap dan sihat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mengajar si kecil berpuasa bukan suatu tugas yang susah. Yang penting ibu bapa harus menjaga pemakanan mereka sepanjang hari berpuasa. Makanan pemberi tenaga sangat penting untuk diberikan kepada anak-anak kecil anda yang sedang belajar untuk berpuasa. Ketahui apakah makanan pemberi tenaga yang sesuai untuk kanak-kanak dan apakah makanan yang perlu dihindari mereka sepanjang bulan Ramadan nanti.
Bersahur dan berbuka
Ketika berpuasa, waktu sahur adalah waktu penting untuk setiap individu yang berpuasa. Oleh yang demikian amatlah penting untuk si kecil anda yang belajar berpuasa untuk bangun dan makan makanan pemberi tenaga ketika bersahur. Makanan kaya serat yang digalakkan ketika si kecil bersahur adalah:
Nasi
Roti
Mi atau mihun
Bijirin
Mama juga perlu pastikan makanan yang disediakan kurang lemak, kurang minyak dan kurang gula. Seperti diketahui umum, makanan masin tidak bagus untuk kesihatan tubuh. Ketika berpuasa, elakkannya terutamanya ketika bersahur. Pengurangan pengambilan makanan masin bukan sahaja akan dapat mengelakkan penyakit bahkan kita tidak akan rasa terlalu dahaga ketika sedang berpuasa di pagi hari.
Dalam pada itu, ada juga makanan yang perlu dipertingkatkan pengambilannya iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Mungkin ramai yang tidak tahu, kebanyakan buah-buahan tempatan seperti ciku, betik, pisang dan belimbing besi mengandungi lebih banyak khasiat berbanding buah-buahan import seperti epal, pir mahu pun lai. Selain vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran turut menyumbangkan kandungan serat kepada tubuh.
Dalam penyediaan juadah berbuka puasa pula, disarankan untuk mama masak menu yang mengandungi karbohidrat iaitu nasi atau mee, protein dan kalsium seperti daging, ikan, ayam, kekacang dan susu serta jangan lupa sayur-sayuran atau buah-buahan. Mulakan waktu berbuka puasa dengan mengajar si kecil menjamah kurma terlebih dahulu. Kurma terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera.
Tip menu Ramadan untuk kanak-kanak
Masakan panas boleh menambahkan selera makan anak-anak. Sebaiknya sediakan masakan panas untuk mereka ketika bersahur.
Sediakan juadah kegemaran mereka sebagai galakan untuk berpuasa.
Pelbagikan menu masakan supaya mereka tidak jemu.
Sediakan makanan yang mudah dimakan dan mengenyangkan seperti sup dan makanan berkuah untuk si kecil.
Elakkan masakan pedas dan berempah untuk keselesaan perut mereka sepanjang berpuasa.
Pastikan menyediakan buah-buahan ketika berbuka dan bersahur.
Pastikan anak-anak minum air kosong ketika bersahur dan berbuka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Zaman sekarang kebanyakan mak ayah semangat latih anak puasa walau anak baru berumur 4-5 tahun. Yang sekerat hari tu kira OK lagi, tapi yang jadi isu sampai mak ayah tahan anak nak berbuka semata-mata nak anak belajar berpuasa.
Alhamdulillah kalau ada anak-anak yang berjaya, tahniah buat mak ayah. Tetapi yang tak best bila ada kes anak-anak yang keluar masuk pergi sekolah dengan cuaca panas, tetap dipaksa puasa. Sudahnya sampai anak kurang air dalam badan.
Kalau anak dah akil baligh, memang patutlah mak ayah tegaskan. Ini anak baru 4-7 tahun. Kasihan. Rasanya ada betulnya pandangan Doktor Khairul Faizie ini, betulkan solat anak dulu baru latih puasa.
Patut Ke Latih Anak Puasa?
Aku teringat kisah patient aku, Ramadan 2- 3 tahun lepas. Kisahnya si emak datang bawa si anak yang sekolah darjah 4 atau 5. Anaknya sakit perut. Anaknya sakit perut sebab berpuasa. Anaknya tak larat nak puasa, penat ke sekolah (itu alasan anak), tapi si emak tetap paksa anak puasa, sampai budak tu sakit perut ala gastrik dan datang ke klinik untuk dapat rawatan.
Beginilah..
Aku teringat pesan Almarhum Dato Seri Abu Hassan Din Al Hafiz tentang puasa bagi kanak kanak. Almarhum bagi nasihat yang lebih kurang begini :
“Ramai antara kita yang beria ia menekankan latihan puasa kepada anak anak kecil, which is good as an early exposure. Cuma tak ramai yang menekankan latihan SOLAT.
Ramai yang bangga dan siap beritahu orang anaknya umur 6- 7 tahun berjaya puasa Ramadan penuh sebulan, tapi adakah anak itu disuruh solat? Anak tu penuh tak solat 5 waktu sehari semalam?
Di mana kita nak letak pahala puasa itu, kalau tidak solat? Tak salah latih anak puasa, tapi amat salah kalau tak latih anak solat. Umur 7 tahun dah perlu disuruh solat. Mungkin masa tu buat satu waktu sehari. Umur 8, dah boleh buat 2 waktu sehari, by the time umur 10 tahun, boleh dipukul (DENGAN HIKMAH) andai anak tidak mahu solat.”
Pastikan Anak Dah Akil Baligh
Puasa ni antara syarat WAJIB nya ialah BALIGH.
Budak sekolah darjah 4, darjah 5 dah baligh ke?
Tak perlu lah nak dipaksa puasa kalau budak tu tak larat. Yang dewasa pun boleh berbuka kalau tak larat / tak sihat, ini kan pulak budak umur 10 tahun.
Jangan risau sangat tentang puasa, risaukan tentang solat. Datuk Seri Hassan Din berkata juga:
“Kalau anak kita dah biasa dengan solat (jaga solatnya), maka Insya Allah dia akan jaga puasa nya.”
Orang yang solat, amat amat jarang dia tak puasa. Tapi orang yang puasa, belum tentu dia solat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.