bihun soto

Bihun soto ini pun dalah satu menu glamour musim raya, tetapi rasanya tetap tak sama sebab masing-masing ada rahsia memasak. Namun kekuatan bihun soto ini juga tetap pada kuahnya. Kalau sedap kuahnya, maka sedaplah rasa bihun soto yang dibuat!

Bagi Puan Rozainie Zainal sendiri, dia menghasilkan menu ini dengan beberapa petua tersendiri. Nah, jemput godek!

Resepi Bihun Soto

Hari ni zai nak share 1 of my KILLER RESEPI iaitu Bihun Soto. Bukan nak cakap apa tapi kenyataan, igauan kepada sesiapa yang pernah menikmatinya. Bak kata anak buah “Soto mama terbaik di dunia “.

Zai bagi resepi ni so ikut bulat-bulat, ikuti step by step cara nak masak ni tau. Tips nya masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan, Zai halalkan resepi ni.

1. Resepi ni sukatan untuk 1 ekor ayam bersaiz besar

2. Potong 4 dan bersihkan

1. Bahan kisar :

Bawang besar 5 ulas (pilih saiz sederhana)
Bawang putih 6 ulas
Halia lebih kurang seinci setengah
Kunyit hidup seinci

2. Serai 4 batang (ketuk)

3. 2 peket kecil rempah kurma Babas

4. 1 peket kecil rempah sup Babas

5. Kiub pati ayam Knorr – zai guna Knorr.. dah cuba jenama lain..tak best.

IKLAN

6. Sup Bunjut Tulang Adabi

Panaskan minyak

Dalam peket Sup Bunjut Tulang Adabi ada benda-benda dalam pic ni..kejap lagi korang mesti faham kenapa.

Goreng dulu 5 sekawan tu sampai naik bau… faham dahh.

Masukkan pula serai yang dah di ketuk dan bahan-bahan kisar tadi… tumis sampai naik minyak.

Bahan kisar dah naik minyak masukkan rempah kurma dan sup Babas. Zai tak bancuh dengan air rempah-rempah tu..Kalau korang takut rempah tu cepat hangit..boleh je bancuh dengan air dulu.

Bila rempah-rempah tadi dah naik minyak.. masukkan ayam dan gaul rata-rata.

IKLAN

Bila ayam dah agak kecut…masukkan bunjut dan sedikit air..gaul rata-rata lagi ya.

Ayam dah kecut jadi boleh lah masukkan air..bab air berapa banyak nak taruk..terpulang pada korang..kalau nak kuah sup pekat masuklah air sikit..kalau nak kuah cair masuklah air banyak..kalau zai..zai lebih suka kuah yang tak terlalu pekat atau cair..so so je..sederhana katanya.

Terjunkan kiub pati ayam berapa ketul nak letak ikut korang lah..karang kata concent pasal kesihatan lah..terlalu banyak perisa lah..ini lah..itu lah..so korang decide sendiri k.

Bila ayam dah masak keluarkan.

Bila ayam kita dah keluarkan..masa ni kuah sup dah kurangkannn..so top up air semula..boleh la letak garam dan Pak Aji..perisa dah sebati dan cun..tutup api.

Pun selain bihun korang boleh jugak makan dengan mee kasar dan nasi impit.

IKLAN

Aksesori :

1. Tauge (tak payah celur).

2. Daun sup dan bawang di racik-racik.

3. Kacang tanah goreng..tips nak goreng kacang tanah..masukkan kacang dalam kuali sebelum minyak panas..make sure api kecik.

4. Bawang goreng.

5. Ayam yang dah masak tadi tu korang racik-racik kan…korang nak racik halus-halus buatlah..zai kemalasan nak racik halus-halus.

Kuah kicap power melelehhh

Bahan-bahan:

Cili padi
Bawang putih
Limau nipis
Kicap lemak manis Cap Kipas Udang

Cara-caranya:

Masuk minyak masak lepas tu terus masukkan cili padi dan bawang putih dan tutup dengan penutup..jangan tunggu minyak panas..sat gi lintang pukang korang..meletop-letop. Zai suka goreng sampai hangus sikit..terangkattt rasanya tau..angkat.. masukkan dalam pengisar, letak kicap dan perahan limau nipis. Kisarrrrr… tak perlu letak air.

Tarrraaaaa… sekarang korang mesti dah terliurrrr kan kan kannnn..apa lagi serrrrrbuuuu!

Semoga bermanfaat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI