Lelaki Ini Kongsi Cara 'Download' Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Yang Sahih Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM

Memang banyak aplikasi Al Quran yang ada di media sosial. Bimbang dengan kesahihannya, mak ayah mula rasa susah hati nak download aplikasi Al Quran yang ditemui dalam App Store atau Play Store. Lelaki ini, Najmi Farisham kongsikan rupanya ada satu aplikasi Al Quran yang boleh dimuat turun ke telefon pintar mak ayah secara percuma tanpa perlu ada perasaan bimbang. Sebab aps ini dah diiktiraf kesahihannya oleh MCMC, KDN dan JAKIM.

Kata beliau, “Zaman maju ini, sudah terlalu banyak aplikasi al-Quran yang dapat ditemui dan dimuat turun masuk ke telefon pintar masing-masing melalui App Store dan Google Play.”

“Namun begitu, kadang-kadang timbul juga rasa risau dalam hati, adakah ayat al-Quran yang dimasukkan tidak diseleweng? Ataupun mungkin juga terjemahan ayatnya jauh terpesong dari makna asal?”

Disebabkan itulah, kali ini aku nak kenalkan kalian semua dengan satu aplikasi al-Quran hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Lebih dari itu, aplikasi ini telah mendapat kelulusan besar dari pihak Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Percetakan al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326). Menjadikan ia satu-satunya (setakat ini) aplikasi al-Quran mudah alih yang diperakui kesahihan maklumatnya oleh pihak berkuasa tempatan.

Bukan senang-senang nak cetak al-Quran ini woih! Lesen itu perlu terutamanya nak banteras golongan yang cuba nak ubah ayat suci al-Quran walaupun hanya satu ayat.

Baca juga : Anak umur 14 tahun masih gagap, amal baca Al-Quran nampak kesannya

8 Perkara Mak Ayah Akan Temui Dalam Aplikasi Al Quran

Berikut merupakan keistimewaan dan fungsi aplikasi ini:

1. Susunan ayat mengikut Mushaf Madinah.

2. Interface dan grafik setiap muka surat yang menyelesakan pandangan mata ketika membaca.

3. Pengenalan ringkas bagi setiap surah. Diturunkan di mana dan apakah intipati yang dapat diperolehi daripada surah berkenaan.

4. Menyediakan terjemahan dari Tafsir Pimpinan ar-Rahman bagi setiap ayat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

IKLAN

5. Suara audio merdu bacaan al-Quran dari imam-imam besar seperti Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar (Imam Masjid Jami’ di Jeddah), Syeikh Ali Al-Huzaifi (Imam Masjid Nabawi), Syeikh Ibrahim Al Akhdar (Bekas Imam Masjid Nabawi) dan Almarhum Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf (Bekas Imam Masjid Nabawi).

6. Audio boleh dimuat turun dari muka surat ke muka surat yang lain mengikut suara imam pilihan masing-masing.

7. Pembaca boleh buat carian terus ke halaman yang diingini mengikut ayat, juzuk dan surah.

8. Disediakan mod malam bagi mengelakkan pembaca merasa silau ketika bacaan di tempat gelap.

Baca juga : ‘My new baby’ mudahkanlah Ya Allah, moga ramai dapat manfaat darinya – Neelofa

Muat Turun Aplikasi Al Quran Secara Percuma Di Sini

Aplikasi dengan nama Smart Quran ini boleh dimuat turun secara percuma oleh semua pengguna peranti Android mahupun iOS. Klik di bawah ya:

IKLAN

✅ Play Store: http://bit.ly/SmartQuranAndroid

✅ App Store: http://bit.ly/SmartQuranAppsStoreiOS

Jemput beramai-ramai muat turun aplikasi ini sebagai salah satu tanda sokongan terhadap usaha yang ditunjukkan institusi agama di negara kita ini. Saiznya tak besar mana pun, dalam 200 MB sahaja. Sesuai untuk pelbagai jenis telefon pintar.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam mencipta aplikasi yang baik ini. Moga ada manfaatnya buat kita rakyat Malaysia.

Ini Antara Yang Mak Ayah Perlu Faham Sebelum Mula Download

 

Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Download’ Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Lengkap Terjemahan Malah Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM
Ini senarai surah, juzuk dan penandanya. Disertakan sekali jumlah ayat dan surah berkenaan diturunkan di mana, sama ada Mekah atau Madinah.’

 

IKLAN
Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Download’ Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Lengkap Terjemahan Malah Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM
Sebelah kiri gambar adalah dalam mod malam. Kanan pula mod biasa.

 

Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Download’ Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Lengkap Terjemahan Malah Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM
Tekan pada ayat lama sikit, nanti akan keluar pilihan seperti gambar di atas.

 

Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Download’ Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Lengkap Terjemahan Malah Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM
Jika tekan “Muqaddimah”, inilah yang akan keluar. Pengenalan bagi setiap surah di dalam al-Quran.

 

Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Download’ Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Lengkap Terjemahan Malah Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM
Ini pula contoh terjemahan dalam bahasa Melayu. Sebelah kanan di bawahnya pula beberapa pilihan imam untuk dengar bacaan mereka. Boleh pilih yang mana kalian suka.

 

Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Download’ Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Lengkap Terjemahan Malah Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM
Yang menariknya adalah mereka yang tak berkebolehan dalam bahasa Arab boleh buat carian perkataan menggunakan bahasa Melayu dan juga Inggeris.

 

Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Download’ Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Lengkap Terjemahan Malah Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM
Ini di bahagian tetapan (setting). Di sinilah kalian boleh pilih bahasa (Melayu atau Inggeris), mod malam, peringatan untuk membaca dan lain-lain.

 

Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Download’ Aplikasi Al Quran Secara Percuma, Lengkap Terjemahan Malah Diiktiraf MCMC, KDN Dan JAKIM
Nah, siap ada cap pengesahan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) woih!

 

#SHARE jika bermanfaat!

Sumber/Foto : Najmi Farisham

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI