kek-lapis

Teruja betul tengok susunan kek lapis yang dikongsikan May Jebat dalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN). Bukan seketul dua, tapi 80 biji kek lapis kesemuanya.

Pelbagai bentuk, berwarna warni, cantik pula tu. Lagi teruja, katanya nak dapatkan 80 biji kek itu dia fokus selama empat hari lamanya.

Sepanjang tempoh itu, suami dan anak-anaklah take over kerja dekat rumah. Sementara dia, fokus di kedai.

Sepanjang empat hari itu, suami yang jaga anak-anak, uruskan makan minum, malah menjadi runner untuk membeli bahan-bahan kek jika kehabisan.

Manakala, anak-anak tolong jaga adiknya. Sementara anak sulung, tolong juga cuci-cuci barang. “Jadi sis boleh fokus siapkan 80 loyang kek ni dalam masa 4 hari.” Kongsinya di grup facebook.

Baca sini : Bangun Seawal Subuh, Enam Jam Masak 30 Bekas Lauk Frozen Untuk Keluarga

‘Lega Rasanya..’ Empat Malam Fokus Siapkan 80 Loyang Kek Lapis Sendirian

IKLAN

Dari Jam 8 Sampai 2 Pagi Siapkan Kek Lapis

Ketika Mingguan Wanita menghubungi untuk bertanyakan rutinnya yang padat itu, May memaklumkan yang seawal 5 pagi dia sudah menyiapkan juadah untuk berbuka.

Nanti jam 8 pagi, dia mula buka kedai. Itulah juga masanya untuk mengemas kedainya yang terletak di Cameron Highlands.

Saya meniaga kek lapis kecil-kecilan kat Tanah Rata je.” Macam kek lapis yang disiapkan itu kesemuanya sudah mendapat tempahan daripada ejen-ejennya.

Biasanya bila dah buka kedai, saya siap-siapkan lah untuk membancuh adunan kek lapis. Dan mula melapis.

IKLAN

Kalau ada order scone, ia akan ambil masa sejam dua untuk membuatnya. Lepas itu, saya sambung melapis. Sambil itu membancuh untuk adunan seterusnya.”

Proses itu akan selesai kira-kira jam 1 ke dua pagi. “Kemudian, saya balik rumah rehat dan tidur.”

‘Lega Rasanya..’ Empat Malam Fokus Siapkan 80 Loyang Kek Lapis Sendirian

Sokongan Suami Mudahkan Kerja Isteri

May beruntung kerana dalam kekalutannya itu menyiapkan tempahan, ada suami di sisi yang banyak membantu menguruskan rumah dan persekolahan anak-anak.

Kadang-kadang suami jugalah yang memasak untuk kami berbuka. Sambil dia standby jadi runner tolong belikan bahan-bahan untuk saya membaking.

IKLAN

Malam-malam lepas anak-anak tidur, dia datang kedai temankan saya sampai ke pagi.” Kongsi ibu kepada empat orang anak.

Anak sulungnya, 14 tahun, kedua, 12 tahun, anak ketiga, 9 tahun dan yang bongsu 2 tahun setengah.

Begitulah kentalnya perjuangan ibu untuk mencari rezeki. Biarpun terpaksa bersengkang mata sehingga ke pagi, ibu tetap teruskan usaha tanpa merungut.

Mingguan Wanita : Suami yang memahami juga membantu memudahkan kerja-kerja ibu di dapur sebenarnya. Malah, keprihatinan suami itulah yang buat isteri jadi lebih tenang.

Sumber/Foto : May Jebat

https://www.youtube.com/watch?v=xb7atTF3Bws

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI