Dirinya lebih rela berpuasa daripada meminta-minta makanan daripada jiran, nenek dari Jakarta, Indonesia ini tinggal sebatang kara sejak kehilangan suami.
Biarpun dia hidup serba kekurangan tetapi dia masih gemar teruskan hidup tanpa menyusahkan orang lain dan rela berlapar.
Nenek Tinggal Sebatang Kara Sejak Kehilangan Suami
Seorang wanita warga emas yang hidup susah menyatakan bahawa dia bertahan hidup dengan berlapar dan minum air teh berusia empat hari, lapor laman Merdeka.com kelmarin.
Wanita bernama Sunimah itu hidup sebatang kara dan telah kehilangan suami sejak 20 tahun lalu. Dia juga tidak mempunyai anak atau cucu.
Sunimah kini hanya bertahan hidup dengan menumpang tinggal di rumah orang lain yang keadaannya sudah hampir roboh.
Akaun Instagram @rumahyatim yang berkongsi kisah Sunimah berkata, wanita itu hanya mampu melakukan kerja menjemur kerak nasi kerana tubuhnya sudah tidak mampu melakukan pekerjaan berat yang lain.
Lebih Rela Berpuasa Daripada Meminta-Minta
“Nenek sudah terbiasa lapar, namun kadangkala ada jiran tetangga yang akan memberikan makanan kepada nenek,” katanya.
Sekiranya tiada jiran yang memberikannya makanan, Sunimah akan berpuasa kerana menurutnya, itu lebih baik daripada meminta-minta.
Ads
Wanita itu juga akan menyimpan air teh sehingga empat hari dan akan meminumnya sedikit demi sedikit supaya ia bertahan lama.
Kisah nenek Sunimah membuatkan netizen bersedih dan mahu membantu nenek itu.
“Di mana (lokasi) ini?,” tulis seorang netizen.
“Semoga nenek sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan untuk terus berjuang ya. Tuhan melihat, Tuhan tidak pernah tidur,” tulis seorang lagi netizen. -Agensi
Mingguan Wanita : Walaupun tak berdaya, nenek ini berusaha meneruskan hidup dengan caranya sendiri tanpa mahu menyusahkan orang lain. Kagum betul.
Macam mana baik pun suami, tapi bila sampai tergamak berkasar dengan isteri, tetap ianya satu kesalahan yang susah untuk dimaafkan. Hari ini, suami YouTuber masakan terkenal berusia 29 tahun, ditahan reman selama tiga hari oleh Makmahah Majistret Ipoh.
Dikatakan bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya berusia 28 tahun mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.
Suami isteri itu dikatakan bertengkar di perkarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh semalam.
Suami YouTuber Bawa Senjata Sabit
Suspek dalam keadaan marah malah mabuk, membawa senjata sabit. Dia mencari isteri dan adik iparnya. Bagaimana pun, dia tak dapat bertemu adik iparnya itu. Ia menyebabkan suami YouTuber itu memukul isterinya.
Kejadian yang berlaku jam 5.54 petang itu juga dilihat oleh seorang jururawat yang ternampak lelaki mabuk dengan memegang sabit cuba masuk ke salah satu wad hospital berkenaan.
Dipercayai, pasangan itu bergaduh disebabkan masalah keluarga. Berpunca selepas mangsa tak menyebut nama suaminya dalam satu anugerah baru-baru ini.
Pergaduhan berlarutan sampai keesokan hari (semalam), dan itu yang membawa nya ke hospital mencari adik isterinya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Dan masih menjalankan siasatan lanjut ke atas kes yang berpunca dari perselisihan faham ahli keluarga ini.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.
MW :Sungguhlah! arak itu memang boleh buat orang hilang kewarasan diri, dan tergamak buat macam-macam benda tak baik dekat orang yang dia sayang.
Sungguh memilukan hati apabila rancangan percutian ke Cameron Highlands berakhir tragedi apabila tujuh daripada sepuluh ahli keluarga meninggal dunia dalam kemalangan.
Tidak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga yang selamat melihat pemergian mereka berlaku dalam sekelip mata.
MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa, ternyata ujian ini sangat berat dan diharap ahli keluarga tabah menghadapinya.
Percutian Berakhir Tragedi
Mengerikan apabila tujuh individu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza maut sejurus kenderaan dinaiki bertembung dengan lori, petang semalam.
Dalam kejadian 5.45 petang itu, Perodua Alza itu didakwa membawa sekurang-kurangnya 10 penumpang termasuk kanak-kanak sebelum terbabit kemalangan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh menghala ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang.
Sumber berkata, tujuh maut itu membabitkan dua kanak-kanak, dua lelaki dewasa dan tiga wanita manakala tiga mangsa cedera adalah dua kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa.
Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan sebahagian penumpang tersepit di dalam kenderaan itu.
“Susulan itu anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.55 petang.
“Sebaik tiba, anggota bomba mendapati terdapat tiga mangsa masih berada di dalam kenderaan itu. Semua mangsa parah dan tersepit,” katanya.
Difahamkan anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan semua mangsa terbabit.
Mayat semua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
MW: Ajal, maut di tangan Tuhan. Namun begitu dalam kegembiraan menghabiskan masa bersama keluarga, beringatlah dan sentiasa berhati-hati dalam menjaga keselamatan diri serta keluarga. Semoga keluarga ini tabah menghadapi ujian berat ini.
Marilah hulurkan derma takat mana yang mampu kepada keluarga ini, apa yang kita tengok tak seberat rasa luluh yang si ibu tanggung. Bukan sahaja terpaksa sabar melihat derita si kecil, malah berusaha mencari rezeki untuk tanggung kos perubatan.
Apa yang dipaparkan adalah realiti yang dikongsi oleh Puan Husna Mat Jusoh untuk mengurangkan beban keluarga ini, bagi yang sudi menyumbang boleh semak akaun bank untuk teruskan niat hulurkan derma.
Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.
Di sini saya sebagai wakil bagi pihak ibu Fatin Aisya Shahrin serta ibu saudara Raisya Zaif kepada baby Nur Qaireen Nayla binti Syafiq Rizal.
Lahir pada 5 Sept 2017 yg lalu di Hospital Sultan Ahmad Shah, HoShas Temerloh Pahang dan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh utk rawatan dan pembedahan.
Sehingga kini baby Nayla masih belum berkesempatan melihat dunia luar akibat masalah yang dihadapi. Baby Nayla masih ditempatkan di NICU Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Penghidap Penyakit Spina Bifida
Untuk pengetahuan, baby Nayla mengalami penyakit Spina Bifida dan Hydrocephalus dan telah menjalani pembedahan sebanyak 3 kali di bahagian belakang serta kepala.
Bantuan dana derma untuk menanggung kos perubatan, pembedahan serta sara hidup diperlukan kini. tuan-tuan, puan-puan yang budiman boleh membuat bayaran ke acc berikut.
Akuan Bank CIMB:
Fatin Nur Aisya Shahrin 7607159182 CIMB Bank 01126919729
Hulurkan tangan ringankan beban.
Feel free to share.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.