tip kurus

Wow! Memang kagum hakak membaca catatan perkongsian wanita yang bernama Siti Aminah Borhan ini. Beliau berjaya hilangkan berat badan sebanyak 67 Kilogram! Daripada berbadan besar bersaiz XXXL sekarang kecil molek  bersaiz S sahaja.

Bukan mudah tau nak ‘berjuang’ untuk dapat berat sebegitu, lebih-lebih lagi kalau jenis yang suka makan. Memang perlu hati kental dan kuat semangat untuk berjaya dapat berat ideal ni.

[#WanitaTerhebat] Kuatnya Semangat Wanita Ini, Dulu 125kg Kini 58kg Sahaja! Ini Tip Yang Dia Amalkan

Berikut merupakan antara perkongsian tip yang wanita ini amalkan.

Faham tak perasaan pergi cari baju, berkenan sangat tapi tak muat? Lepas tu tambah sedih lagi, Fitting baju nikah tak muat? Tragik ke tidak? Baju nikah koyak masa nikah? Faham tak susahnya nak kurus? Faham tak saya memang kuat makan? Saya boleh habiskan kek 1.2kg dalam satu masa .
Tapi itulah realiti yang saya lalui. Sebab apa? Sebab saya SANGAT gemuk!

Setiap kali lalu sebelah orang mulalah rasa cemburu, cemburu dengan orang lain, cemburu kenapa saya ni tak macam diorang.Dari kecik nak cari baju pun susah sampai nak buat benda pun susah.Tapi sekarang saya dah berjaya, dah berjaya rasa yakin mcm orang lain. Saya berjaya turunkan 67 kg kurang daripada setahun.

IKLAN

Berat dulu 125kg – 58kg

Nak tahu saya berjaya macam mana, ini saya kongsikan tip and korang boleh follow ok!

DO and DON’T

  • Cari BIG WHY ? Kenapa nak berubah , setiap kali rasa nak berputus asa , fikir balik BIG WHY!
  • Set small goal , contoh 3kg Dalam masa seminggu.
  • Beginner , boleh buat kalori count.
  • Katakan tidak kepada minuman manis (membazir kalori , better you eat than you drink your kalori).
  • Stop makan makanan berat before 8pm, boleh amik snack or light food kalau lapar.
  • Senaman sekurang-kurangnya 1jam sehari atau burn 1000kcal sehari.
  • Pastikan pembuangan besar lancar setiap hari.
  • Big no to junks food , process food and fast food and aneka sos .
  • Kurangkan makanan berminyak, berkuah .
  • Jangan takut dengan penimbang, timbang selalu untuk monitor berat dan focus on your goal

Contoh meal plan;

IKLAN
  • Pagi 
    Scramble egg 2 yellow 5 white + 2 roti wholemeal.
  • Snack
    Green apple.
  • Lunch
    Nasi senggengam atau kurang , lauk ayam grill dan ulam-ulaman.
  • Snack
    Almond 10bji.
  • Dinner
    Chicken wrap atau subway ( tanpa sos).
  • Supper 
    Red apple

p/s : minum air kosong banyak.

[#WanitaTerhebat] Kuatnya Semangat Wanita Ini, Dulu 125kg Kini 58kg Sahaja! Ini Tip Yang Dia Amalkan

Contoh: set senaman boleh buat

IKLAN
  • Lari 100m
  • Jumping jack 20 kali
  • Squat 20kali
  • High knees 20 ( each side)
  • Lunges 20 ( each side )

#ulang benda yg sama 5 set and set timing

Kata-Kata Semangat
# Bukan senang nak berjaya apa-apa kita nak buat perlukan pengorbanan , mcm itulah jugak perjalanan nak gemok ke kurus.
# hargai diri sendiri dan start LOVE YOURSELF , bila kita sayang sesuatu mesti kita ingin buat yang terbaik untuk benda yang kita sayang kan?
# jangan letakkan pelbagai alasan , tiada siapa yang boleh tolong kita selain diri sendiri.
# abaikan kata-kata sekeliling yg negative , hanya focus kepada matlamat anda.
# Mulakan sekarang! Never too late .

p/s : Bila dah loose weight nak maintain yg paling susah dan ramai yang failed . Ada masa saya share macam mana nak maintainkan berat badan. Good Luck ?

Siapa yang nak berubah mcm saya boleh cuba amalkan tip yang saya kongsi kan ni!

Kredit: Siti Aminah Borhan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI