mengejek

Istilah mengejek ini sebenarnya timbul daripada cara kita terima teguran atau kata-kata seseorang. Kadang orang buka mulut niatnya nak betulkan apa yang nampak salah atau mungkin selamatkan keadaan daripada terus jadi buruk tetapi kita ‘telan’ teguran itu dengan aura negatif dan akhirnya kita anggap orang nak bermusuh!

Haaa… itu yang salah dan nasihat pun boleh bertukar jadi kata-kata jahat! Untuk renungan dan buka hati kita secara perlahan-lahan, jom baca perkongsian daripada Dr Syahr Musafir ini…

Saya pernah menegur seorang rakan lelaki yang ‘berdating’ dengan aweknya di sebuah bilik tertutup. Saya nasihatkan, “Biarlah itu jadi kali terakhir kamu berdua berdua-duaan…”

Hasilnya, aweknya datang bersemuka dengan saya, saya dimarahi oleh aweknya dan salah satu ayat yang saya masih ingat adalah “Kalau nak bagi nasihat pun, janganlah sampai menghina kami macam kami tak reti agama, tak tahu batas-batas dan macam kami berzina terang-terangan.”

IKLAN

Saya tak pernah menghina, saya pesan berdua-duaan lelaki dan perempuan adalah tak baik, kalau tempat sunyi lagilah tak baik. Janganlah buat lagi… Dikatanya saya menghina?

Saya pernah menegur seorang rakan lelaki yang merokok depan isteri dan dua orang anak mereka yang masih kecil (lebih kurang usia 2 tahun dan bayi 6 bulan) di sebuah restoran. Kebetulan saya terserempak mereka baru selesai makan-makan. Biasalah, lepas makan mesti nak berasap. Sebab dia rakan saya, saya sebutkan “Jom kita lepak jauh sikit, kau nak merokok, takut baby kau tak selesa nanti…”

IKLAN

Hasilnya, beberapa rakan lain yang juga hisap rokok, mereka semua pulaukan saya. Dengar cerita, si dia kata saya mengejek perokok. Entah apalah cerita yang disebarkan, saya jadi kambing hitam yang anti-perokok. Kalaulah saya anti-perokok sekalipun, saya bukan nak putuskan hubungan dengan orang yang perokok. Bagi saya, kawan tetap kawan.

Apa point saya?

Saya nak jelaskan ayat “Dia ejek saya” tak semestinya bermaksud dia betul-betul mengejek. Boleh jadi dia menasihati, tetapi dikatakan mengejek. Boleh jadi dia berseloroh, tetapi dianggap menghina. Boleh jadi dia tak cakap apa-apa pun, tetapi ditokok-tambah…

IKLAN

Sebab manusia nak dengar apa yang dia nak dengar, bukan apa yang dia perlu dengar. Ayat nasihat yang lembut penuh hikmah boleh dikatakan ayat maki-maki sumpah-seranah hanya kerana dia rasa sentap dengan nasihat yang diberikan.

Para pelajar tahfiz atau aliran agama menegur remaja-remaja berdua-duaan bercinta bagai atau menegur remaja-remaja berpeleseran dengan aktiviti lepak atau dadah, adalah normal. Suspek-suspek yang positif ganja kata pelajar tahfiz ejek mereka, logiknya kita boleh nilai sendiri pihak mana yang benar. Sekalipun itu adalah ejekan, ejekan itu adalah ‘nasihat’ yang benar sebab apabila nasihat lembut tak diendahkan, ada masanya kena marah, atau sindir, atau tengking kasi sentap.

Dr Syahr Musafir

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI