pukau suami

Kebanyakan wanita yang sudah kahwin mesti abaikan bab jaga badan, mungkin sebab dah ada anak. Tapi tahukan anda penampilan untuk pukau suami itu cukup penting? Tambah pula kalau lelaki yang jenis suka pandang sesuatu yang cantik.

Nak ke si dia pandang wanita lain?

Ada sesetengah wanita, sebelum kahwin badan langsing macam kerengga. Tapi lepas ada anak, semuanya menggeleber dan berat badan naik.

Bukan senang nak jaga badan lepas dah bersalin. Yelah, sebelum kahwin ada masa untuk diri sendiri. Dah kahwin ada anak, sibuk jaga suami dan anak je.

IKLAN

Sebenarnya ada cara mudah dan rahsia untuk kekal cantik macam anak dara walaupun dah ada anak.

1. Jangan tidur lambat

Purata waktu tidur yang dicadangkan untuk orang dewasa ialah 6-7 jam sehari. Tapi ramai wanita hanya dapat masa tidur 5-6 jam sahaja. Ini cara mudah untuk kulit kekal cantik dan awet muda.

IKLAN

2. Pastikan cukup rehat

Walaupun sibuk sepanjang waktu, curi masa rehat selama 15 minit untuk kembalikan tenaga yang hilang. Memang ajaib. Anda akan rasa lebih aktif dan bertenaga.

3. Rajinkan diri untuk keluarkan peluh

Sibuk mana pun anda, lakukan senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Senaman akan meningkatkan tahap tenaga anda. Tak percaya? Cubalah dulu dan lihat hasilnya nanti.

IKLAN

4. Banyak minum air putih

Pastikan anda minum air secukupnya setiap hari. Air penting untuk fungsi sel, menyingkirkan toksin dari badan, melancarkan peredaran darah, mengawal suhu badan, dan buat anda bertenaga sepanjang hari.

5. Buang sikap cepat marah, banyakkan ketawa

Ketawa melegakan tekanan, meringankan otot, meningkatkan “rasa gembira” endorphins, dan mengurangkan hormon tekanan (cortisol). Ketawa membantu kesihatan fizikal, emosional dan mental. Ketawa juga buatkan anda nampak lebih muda.

Macam mana pendapat anda sendiri? Rasa nak jaga badan atau biar dengan penampilan serabai, janji hal rumah tangga teratur? Tepuk dada, tanya selera. Moga artikel ini bermanfaat buat kaum Hawa di luar sana!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI