maskerkentang

Sepanjang sebulan Ramadan ni, aku tengok muka kawan-kawan perempuan kusam giler. Apa taknya, pagi-pagi buta dah bangun masak sahur. Ada yang bangun seawal jam 4 pagi sebab nak masak pelbagai menu untuk suami dan anak-anak.

Inilah rutin sebahagian besar wanita yang berkeluarga. Penat dan mengantuk, semua tolak tepi. Demi nak tengok suami dan anak-anak happy, mak-mak sanggup berkorban segala-galanya. Kalau dah sebulan rutinnya begitu, bukan kulit je kusam tapi eye back dah macam panda. Hitam je bawah mata sebab tak cukup tidur.

Masalah yang aku cerita ni pun berlaku pada diri sendiri. Sehari dapat lelap 3-4 jam je sehari, so badan memang letih. Muka pun ‘rabak’ je. Tapi aku jenis yang tak biarkan muka sememeh sebab bagi aku, tiada alasan. Suami mana pun mesti suka tengok isteri cantik, rapi dan harum. Jadi harap maklum ye kengkawan.

Walaupun penat orang perempuan kena cantik tau. Bukan untuk suami je tapi diri sendiri. Bagi yang mampu, bolehlah manjakan diri di spa. Tapi bagi yang nak berjimat, jom cuba masker kentang ni. Amalkan seminggu sebelum raya, confirm muka berseri di pagi Syawal. Aku dah buat, memang kulit jadi halus, cerah dan glowing. Hilang masalah kulit kusam dan mata panda. Korang cuba tau, mesti seronok tengok perubahan yang best pada kulit.

Buat Sendiri Masker Ubi Kentang

Bahan-bahan:

2 biji kentang

Sedikit tepung jagung/ tepung ubi

IKLAN

Cara membuat:

1. Rebus kentang sehingga lembut.

2. Kemudian sagat kentang.

3. Campurkan kentang yang disagat bersama tepung jagung.

4. Gaul sebati, jadikan masker harian.

IKLAN

5. Sapu pada seluruh wajah dan leher, biar selama 20 minit.

6. Selepas itu, bilas dengan air bersih.

Tip Mujarab

Jika mahukan hasil yang terbaik lakukan setiap malam.

Manfaat/ Kelebihan

1. Cerahkan kulit

IKLAN

2. Haluskan kulit

3. Boleh atasi sunburn

4. Kurangkan kedutan pada wajah

5. Atasi masalah kulit kusam

6. Kecutkan jerawat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI