Siapa sangka situasi jiran kerap mendengar bunyi bising di rumah berakhir dengan tragedi apabila seorang suami ditemukan maut dipercayai dipukul isteri di kediaman keluarga di tingkat tiga, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.
Suami Dipukul Isteri
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi di kediaman keluarga mangsa yang turut dihuni isteri serta anak-anaknya.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul isterinya berusia 35 tahun hingga menyebabkan kematian.
“Anak mangsa yang berada di rumah berkenaan menjadi saksi utama kejadian itu.
“Polis masih menyiasat motif kejadian dan sama ada suspek menggunakan senjata.
“Suspek iaitu isteri mangsa ditahan bagi membantu siasatan dan polis turut memohon perintah reman,” katanya.
Ads
Raub berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jiran Kerap Dengar Bunyi Bising
Sementara itu, seorang jiran mangsa hanya dikenali sebagai Seri, 25, berkata sejak dua bulan lalu dia kerap mendengar bunyi bising dari kediaman mangsa.Beliau berkata, bagaimanapun dia kurang pasti sama ada keluarga berkenaan berdepan masalah.
“Mungkin mereka berselisih faham hingga saya terdengar bunyi seperti pintu dihempas dengan kuat, kerusi diheret dan sebagainya.
Ads
“Namun kami tidak sangka ia berakhir dengan tragedi dan ada jiran memaklumkan kaki mangsa juga diikat serta memiliki kesan lebam di tubuh.
“Difahamkan pasangan berkenaan memiliki dua anak berusia dua dan 11 tahun,” katanya.
Pasangan Kerap Bergaduh
Seorang penduduk Zaidah Neng, 46, berkata pasangan suami isteri itu kerap bergaduh dan wanita tersebut pernah ditahan polis sebelum ini.
“Saya memang kenal pasangan suami isteri berkenaan, tetapi kami tidaklah terlalu rapat cuma dia selalu datang beli burger di gerai saya.
“Wanita berkenaan baik sahaja orangnya, cuma dia seperti ada masalah mental, jadi ada ketikanya dia akan bertindak garang dan kerap marah-marah serta bercakap seorang diri dalam bahasa Mandarin,” katanya kepada pemberita.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk siasatan lanjut kira-kira pukul 11 pagi tadi.
Mingguan Wanita: Jika terdapat sebarang penganiayaan mahupun masalah dalam rumahtangga segeralah mendapatkan bantuan daripada pihak sepatutnya. Jangan dibiarkan berlarutan kelak boleh memudaratkan diri nanti.
“Al-Fatihah buat ayah tersayang” pemergian Allahyarham bapa Noryn Aziz akibat kanser hati tahap empat semalam cukup syahdu buat penyanyi terkenal ini.
Perkongsian mengenai perkhabaran duka tersebut diberitahu oleh Noryn menerusi satu kenyataan media. Noryn menyatakan arwah bapanya, Abd Aziz Mohd Dali meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat.
“Al-Fatihah Buat Ayah Tersayang”
Noryn turut memberitahu bapanya meninggal dunia pada jam 2.30 petang semalam di kediaman keluarga mereka di Shah Alam, Selangor.
“Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn kembali ke Rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami di Shah Alam,” katanya.
Jenazah disolatkan di surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman, U10, Shah Alam selepas solat Isyak, malam tadi.
“Terima Kasih Buat Arwah Ayah Tersayang”
Noryn turut berkongsi berita duka itu di akaun Instagramnya.
“اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
“Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn, Hj Abd. Aziz Mohd Dali telah kembali ke rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami.
“Terima kasih. Al-Fatihah buat ayah tersayang,” luah Noryn.
Kejamnya suami pada ibu anak 2 yang masih kecil ini. Bukan dikira bulan Ramadhan pun. Kalau nafsu dah kuasai akal fikiran, tak perlu hasutan syaitan. Sendiri pun boleh bertindak di luar kawalan.Tak sayangkah lagi pada isteri yang satu ketika dulu pernah kau cinta, tak kasihkah pada isteri yang pernah mengandungkan zuriatmu wahai suami.
Oh.. kejam sungguh suami ini. Sementara kudratmu masih kuat, kau bertindak sesuka hatimu. Pedih dengar cerita yang dikongsi Ustaz Ebit Lew ini. Macam mana seorang suami tergamak belasah isteri sendiri yang tentu-tentu lemah serba serbi.
Ibu Ini Nak Lari Dari Suami, Tapi..
Semalam selepas ceramah ada seorang kakak jumpa saya. Mukanya bengkak bersama 2 anak kecil di Petronas.
“Ustaz Ebit Lew kan?”
“Ya, saya.”
Dengar kisahnya buat hati saya sedih. “Kakak nak ke mana ni.”
Rupanya kena belasah dengan suami. Puasa-puasa ni pun ada orang belasah isteri. Sakit hati saya mendengarnya. Ya Allah.. berilah hidayah pada suaminya bertaubat dan jadi pemimpin yang baik..
Dia nak lari rumah. Tapi bila saya ajak report polis dia tak nak. Dia sayang suaminya. Nak lari duit minyak pun tak ada. Bawa kereta.
Saya kata, “Saya belanja duit minyak akak. Saya isi penuh.”
Balasnya, “Ustaz saya tak pernah isi minyak penuh. Biasa RM10 yer.. yer akak saya selalu begitu. Kadang tinggal kereta tepi jalan jer.”
“Nah ambil duit belanja ni.”
“Ish! tak apa ustaz.”
“Tak apa, untuk anak akak. Ni nombor telefon saya. Jika perlu apa-apa bagitahu saya. Nak ke mana ni.”
“Saya nak balik rumah. Terima kasih ustaz. Suami tak tinggal duit belanja dekat rumah. Syukur saya jumpa ustaz.”
Memberilah Walau Sebiji Tamar
Bila saya pergi dari situ saya rasa sedih campur gembira. Bila saya pergi sana sini sekarang dah lama tak bayar makan. Ada orang bayarkan Ada yang bayar senyap-senyap. Saya tak tahu siapa pun yang bayar. Rasa nak menangis sebab, buat saya rasa nikmat Allah tak berhenti.
Sebab tu jangan risau nak memberi walau kepada orang gila atau sesiapa pun. Kerana kita ada tuhan yang sedang menilai. Allah sedang menilai kita semua. Setiap kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan. Dia pencipta, pemelihara dan pemberi rezeki..tuhan sekalian alam.
Memberilah walau RM1, walau sebiji tamar, walau sepinggan nasi, walau sekeping roti canai kerana bagi sesetengah orang sekeping roti canai pun amat bernilai kerana sepanjang hari tak makan. Lagi kita suka memberi lagi kita dikasihi Allah yang Esa. Allah yang satu.
Ada orang yang hari raya ini nak isi minyak pun tak ada duit. Ada yang nak berjalan pun berfikir. Nak pergi beraya pun fikir nak bagi duit raya. Risau duit tak cukup. Kita tak perlu bantu semua orang. Cukuplah kita bantu seorang. Seorang itu insyaAllah ingat dia pula bantu 10 orang yang lain.
Saidina Umar r.a tak boleh tidur lena jika ada orang kelaparan. Tak selera makan sedap jika ada orang lapar. Kita makan dan tidurlah dengan sempurna tapi ingat-ingat juga anak yatim dan orang susah. Tengok- tengok sikit ya keliling kita. Pusing-pusing tengok manusia sekitar yang lapar dan susah. Tegur beri salam. Dakwah dan doakan mereka.
Terima kasih di atas keprihatinan Tuan/Puan. Infak buat kasih umat anda boleh disalurkan ke akaun :
Apabila kerajaan umum beri kebenaran untuk merentas negeri mulai 10 Jun, ramai yang berhasrat untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Namun perlu ingat, sebelum memulakan pergerakan ke lebuhraya rancang dulu baik-baik perjalanan, lebih-lebih lagi jika tempoh jarak yang jauh. Perjalanan balik kampung dalam keadaan norma baru tak lagi sama seperti dahulu. Berdasarkan SOP Rentas Negeri sebelum ini, pengguna lebuhraya berkemungkinan berdepan dengan situasi berikut.
Rancang baik-baik perjalanan anda kerana berkemungkinan :
Tiada sebarang kemudahan makanan dan tempat solat disediakan di kawasan rehat dan rawat (RnR).Kalau kedai makan di RnR buka pun nanti, nasihat saya bungkus ja makanan sebelum masuk Highway. Lagi kurang contact dengan orang luar, lagi selamat diri kita.
Hanya tandas awam sahaja yamg dibenarkan beroperasi di RnR.
Pengguna tidak dibenarkan keluar dari kenderaan kecuali ke tandas.
Dilarang melakukan aktiviti berkumpulan ketika dalam perjalanan.
Stesen Minyak hanya beroperasi untuk masa-masa yang tertentu sahaja.
Tiada perkhidmatan “Tambah Nilai” di Plaza Tol.
Ini SOP Rentas Negeri sebelum ni. Tunggu SOP baru pada atau sebelum 10hb June ni untuk rentas negeri.
Semoga anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Pakat-pakat balik tengok orang tua dulu sebelum nak ke tempat lain.
Nota kaki : Kalau boleh, kurangkan berhenti di RnR, hanya singgah untuk ke tandas sahaja. Lagi kurang contact dengan org lain, lagi selamat diri kita dan keluarga kita.
Kena ingat ya, nanti bila singgah RnR, tandas ramai, kedai makan ramai, nak beli jajan pun ramai.So, bagi ada rasa takut sikit bila dah ramai-ramai macam tu. Sebab ramai-ramai tu datang dari negeri yang lain-lain tu. Extra caution guys.
MW: Semoga sama-sama kita ambil langkah berjaga-jaga. Hati-hati bawa kereta bila balik kampung, kurangkan singgah di R&R dan seeloknya amalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri sebaiknya. Ingat kita masih belum menang, sama-sama putuskan rantaian covid19 ini.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...