anak tak dengar cakap

Hati ibu mulai remuk bila anak berani membentak dan anak tak dengar cakap. Bermacam kata-kata kurang enak ibu tuturkan sebab panas hati dengan sikap anak. Andai ini yang ibu sering alami, lihat kembali di mana Allah di hati ibu.

Ikuti perkongsian yang begitu bermanfaat daripada Puan Ainizal Abdul Latif. Bagaimana beliau muhasabah diri setiap kali berhadapan dengan anak-anaknya.

Jika Anak Tak Dengar Cakap & Ulang Kesilapan Yang Sama, Mak Selidik Dulu Hubungannya Dengan Tuhan

Ini Perkongsiannya

Sering saya merungut-rungut sekiranya anak mengulang kesilapan yang sama setiap hari. Seiring itu, ketika anak memohon maaf, saya akan susuli dengan bebelan yang panjang, kenapa masih ulang lagi kesilapan yang sama?

Penat.

Tiba-tiba terfikir, bagaimanalah jika Allah juga ‘penat’ dengan dosa yang kita lakukan setiap hari?

IKLAN

Kita sendiri sering mengulang-ulang dosa kepada Allah, khilaf, lalai dan bertaubat. Namun yang Allah janjikan ialah keampunan dan kasih sayangNya yang tidak bertepi.

Maka, adakah patut kita marah kepada anak yang mengulang-ulang kesalahan dan mohon ampun maafnya kepada kita, kita balas dengan bebelan yang panjang.

Insaf.

IKLAN

Marahlah, untuk mendidik. Bukan kerana mahu melepaskan nafsu dek kerana perasaan penat itu tadi.

Kalaulah mendidik anak, semudah hari ni ajar, esok dah pandai. Hari ni marah esok dah jeran nak buat salah. Hari ni di tegur, terus ingat sampai bila-bila. Tidaklah Allah merakamkan kisah dan ujian kesusahan nabi mendidik umat di dalam Al Quran.

Betapa manusia ni seperti fitrahnya seorang anak, sentiasa dalam keadaan khilaf, tidak tahu, mengulang-ulang kesalahan dan taubat.

IKLAN

Salah. Taubat. Kembali. Ulang. Sampai, dijemput tuhan.

Anak ini refleksi hubungan engkau dengan tuhan. Betapa engkau ingin di dengari kata-katamu oleh anak, dahulu kan lah dengan mengikut apa yang di suruh Allah.

Degil anak kepada kita, culas nya anak dengan Al Quran, seringnya anak melakukan kesilapan, cermin lah juga betapa degilnya kita kepada tuhan, betapa culasnya kita dengan Al Quran, dan betapa seringnya kita juga mengulangi kesilapan.

Tuhan, moga kami tidak pernah penat bertaubat sebagaimana seringnya kami melakukan khilaf.

Sumber/Foto: FB Ainizal Abdul Latif via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI